Sunday, May 23, 2010

Sebuah Hakikat (^_^)

Assalamualaikum
Apa khabar iman hari ini?
Dan bagaimana dengan hati
Semoga Allah tetapkan hati ini
Untuk terus menyusuri jalan dakwah ini
Walau terkadang
Fitnahan
Hujahan
Cacian
Dan makian
Seringkali mewarnai perjalanan panjang ini
Dan raga
Jiwa
Harta
Dan air mata
Telah kita persembahkan di jalan ini
Hingga terkadang lelah
Dan jenuh
Menghampiri tiap jejak PERJUANGAN
Mengharungi jalan ini
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah : 111)
Saudaraku
Mari tanyakan pada hati kita
Wajarkah kita mengeluh
Dalam mengharungi jalan ini
Kerana hakikatnya komitmen adalah sebuah perjuangan dakwah ini
Ada atau tidak kita disana, dakwah akan tetap diperjuangkan
Namun, apakah syurgaNya tidak menyemarakkan api perjuangan kita?
Sahabatku
Mari kita renung sejenak
Potret sebuah negeri
Di mana perjuangan, pengorbanan tidak kenal kata LELAH
PALESTIN
Perjuangan, pengorbanan dan takbir
Membaharu, menggetarkan musuh-musuh Allah!
Jiwa
Raga
Dan air mata yang jatuh ke bumi
Telah mereka persembahkan
Lebih dari yang kita persembahkan
Semuanya demi tertegaknya Islam di muka bumi
Dan menyelamatkan bumi para Anbiya
Semua berlumba-lumba
Menjemput tarian kematian yang paling indah
Dan sesungguhnya mereka tidak MATI!!
Mereka hidup di sisiNya
Bagaimana dengan kita?
Karya apa yang sudah kita persembahkan untuk dakwah ini?
Kita tidak pernah mengetahui
Harus sampai bila jiwa raga ini harus dipersembahkan?
Harus berapa lama deras darah ini harus mengalir?
Harus sejauh mana kaki ini terus melangkah?
Untuk membangun peradaban sebuah negeri yang Allah titipkan
Namun jiwa raga ini, darah ini, kaki ini, tanpa jemu ragu harus terus DISERAHKAN
Hingga Allah kelak menggantinya
Dengan Redha dan syurgaNya nan indah penuh kedamaian..
InsyaAllah.
Wallahu’alam~


inspired from :


Wednesday, May 19, 2010

Exam = Peperiksaan = Imtihan = Ujian Dunia = Meneruskan kelangsungan hidup

Selamat menduduki peperiksaan

Bittaufiq wannajah fil imtihan to all candidates




Academic is no 1, but tarbiyah is not no 2
(Thanks to AJK SURAU coz introduced me this very unforgettable booster)

Hurm..

Hidup dan mati hanya untukNya

Kebejatan pemikiran!!
Bagaikan satu panahan halilintar
Ingin saja kupecahkan tembok konkrit itu
Perit
Jerih
Perlukan kesabaran
Tidak sekali berpatah arah

Dikatanya telah merdeka
Bukankah itu sebaliknya yang berlaku
Disergah andai membantah
Diamari
Diugut
Ah!!
Tidak gentar
Bukankah Yahudi itu telah berjanji menentang agama Allah hingga kiamat?

Jiwa-jiwa perlu bersatu
Kuat
Tidak goyah
Kerana janjiNya pasti
Usah gentar sahabat
Itu mainan musuh
Teruskan berjuang
Demi menggapai redha Pemilik alam semesta
Doaku untuk kalian

Bagaimanakah harus kami hadapinya?
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
~ Al-Imran : 200

Bersabarlah kerana janjiNya yang pasti

Let's us go to this page ====>>>