Monday, September 26, 2011

Not so car mil human sapiens sp

Mahu terus tersenyum...
juga tersenyum..
Rindu pada 'bff'ku..
apalah kabarmu di sana,

Kau tahu teman?
dikala kemarin
rinduku keterlaluan,
pada mereka yang berada dimataku selama 17 tahunku bersama mereka

Kau tahu teman?
ku tidak kisah teman
andai ada bisikan-bisikan
yang bisa menjatuhkan,
bukankah setiap kata, tindak tanduk manusia,
telah ditentukan tuhan?
Jadi, biarku serah segala padaNya kan teman?

Kau tahu teman?
Mungkin sahabatmu ini tidak sebaikmu
Yang pantas merencana kehidupan
Yang tegar menghadapi 'ancaman2'
Kerana hidup ini jalannya panjang,
ku tahu
hidup di dunia, sebuah pendakian
menghadapNya suatu hari kelak di hujung sebuah kehidupan,

Kau tahu teman?
Tatkala senyapku,
Bukanlah sekadar culasan,
Tapi mencari jawapan bagi titik persoalan.

ketahuilah,
saat pertama ku menjejaki kaki ke Taman Ilmu ini,
Kaulah yang pertama yang ku yakini untukku khabarkan keberadaanku.
Ketika di Putrajaya.
Mesti kau terkejut melihatku,
Masakan tidak,
Setahun aku menyepi,
Mengubat hati nan kekosongan,
Jauh nun di utara,
Ku tenang, damai di sana...
Mencari sebilah kekuatan,
Mencari ertinya persahabatan,
Alhamdulillah,
Tepat, Dia memberikan apa yang kita perlukan teman,
bukan yang kita mahukan.
Namun,
Sudah ditakdirkan,
Bumi beradat ini saksi untukku menimba ilmu
Lebih lama dari bumi ILMU PESAKA ABADI
5 tahun setengah
Pahit, maung, madu ditelan walau berliku.
Untuk berbakti kepada agama, anak bangsa, keluarga dan segalanya.

Betul kata ayahmu teman,
Fokus ke hadapan, dan kadang kala perlu sesekali merenung kebelakang
agar tak kecundang buat kali keduanya

Na'am
Na'am
Na'am
Hanya DIA YANG MAHA mengetahui
Aku di sini
Akan terus berusaha untuk menjadi sesebaik insan

Terima kasih atas nasihatmu
tunjuk ajarmu untukku terus 'berdiri' di taman penuh 'berduri' ini.



Sunday, September 18, 2011

Selamat Hari Raya, Maaf Bukan Zahir sahaja~

"Selamat Hari Raya, Maaf zahir je, batin belum ada"... pernahkah kalian mendengar ucapan seperti ini?


PEMBETULAN, memang sejak zaman sebelum merdeka (menurut saya)..Ucapan "Maaf Zahir Batin", sudah biasa diungkapkan. Hanya, sejak akhir2 ini, terdapat beberapa golongan yang hanya mengungkapkan "Maaf Zahir sahaja". Kesalahan secara zahir perlu kita memohon maaf (spt terpukul/tersepak/tercubit dan seumpanya), batin apatah lagi (menyakitinya/mengejek/berkata nista dan seumpamanya yang boleh memberikan kesan yang mendalam kepada hati).


Oleh hal yang demikian, perbetulkan ucapan dan niat kita sewaktu meminta maaf kepada saudara mara dan sahabat handai bermula sekarang.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. ^_^


Ikhlas dari AuniDiyanah.biz


sumber





Thursday, September 15, 2011

Jagalah hati




DiberikanNya rasa gundah dan hilang semangat adalah untuk diberikan hati yang baru, lebih baik, lebih terasa dekat walau di mana dikau berada. Usahlah berterusan berasa 'down', carilah Dia ketika senang mahupun sukar.

Pesan Imam Ghazali :
"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati."

Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru.

Hadith Qudsi daripada Rasulullah SAW. "Jika kamu datang kepadaku secara berjalan, nescaya aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang kepada selangkah, aku akan datang menghampirimu seribu langkah."