Sunday, January 15, 2017

ANAK PERTAMA SUSAH MAINTAIN HB 11 KE ATAS, ANAK KEDUA MUDAHNYA CAPAI 11.

Alhamdulillah, hati mana yang tak gembira bila disahkan mengandung.

Namun, yang menjadi igauan kebanyakan wanita hamil adalah bacaan haemoglobin (HB).

Dalam 1 sel darah kita ada beribu² lemon hb. Hb inilah yang membantu angkut oksigen ke seluruh badan.

Kenapa nurse dan doktor amat tekankan tentang bacaan hb ni?

Bila hb rendah bermakna jumlah hb dalam darah tadi rendah.

Kesannya, oksigen tidak dihantar secara efisyen ke seluruh badan termasuklah otak.

Apa terjadi bila bacaan hb rendah?
πŸ™€ Anda mudah pitam sewaktu hamil
πŸ™€ Menyebabkan kelahiran pramatang
πŸ™€ Mudah keguguran
πŸ™€ Kelahiran bayi kurang dari 2.5 kg

Bermacam² tips dah dilakukan untuk maintain hb ni.
πŸ‘‰ Makan kerang
πŸ‘‰ Makan sayuran hijau
πŸ‘‰ Elakkan kaffein
πŸ‘‰ Makan tembikai

Hampir putus asa saya untuk capai bacaan hb sekurangnya 11. Tips² di atas dah dibuat, keputusannya tetap mengecewakan. 😞 Sehingga satu tahap doktor mengesahkan saya anemia 😒. Saya berjaya capai bacaan 11.1 beberapa hari sebelum melahirkan rashid.



Sebenarnya, langkah yang terbaik untuk maintain bacaan hb adalah dengan banyakkan darah merah.

Alhamdulillah untuk yang kedua ni, setakat sekarang bacaan hb saya tak pernah bawah 11 lagi. Satu kejayaan buat saya yang ada history anemia. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ Gembira bukan kepalang.




TIPS MAINTAIN HB SEWAKTU HAMIL
🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊

First thing first kena faham bahawa bila anda hamil, ada 1 lagi nyawa yang memerlukan oksigen yang mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangannya.

Bila oksigen cukup, insyaallah cukup sifatnya dan sempurna zahirnya.

Perlu difahami bahawa bacaan hb ni berkaitan dengan kepekatan darah. Darah yang terlalu cair menyebabkan bacaan hb rendah.

Sebagai contoh, sekiranya sifat bayi sempurna, tetapi jika darah terlalu cair ia akan melambatkan proses pembentukan otak bayi. Kesannya bila anak meningkat usia dan fungsi otaknya kurang.

Tips untuk maintain hb :
1. Pastikan pengambilan zat besi juga asid folik mencukupi.
2. Multivitamin yang mengandungi zat besi tidak digalakkan diambil bersama produk tenusu kerana boleh mengurangkan penyerapannya.
3. Hb akan bertambah 1g/dL sekiranya kita mengambil vitamin selama 10-14 hari secara konsisten.
4. Multivitamin yang mengandungi zat besi jika diambil bersama Vit C akan mengoptimumkan penyerapannya. Jadi, ianya cepat dan menjimatkan!

Saya mengambil jalan short cut dengan mengambil ketiga² produk ni kerana ianya lengkap dengan zat besi, asid folik dan vit c.



Jika saya tidak mengandung saya mengambil ketiga² hanya sebiji setiap hari.

Tetapi bagi memastikan bacaan hb saya di paras 11 dan ke atas, saya mengambil vita lea sebanyak 2 biji sehari.

Alhamdulillah, saya gembira dengan resultnya. Kini, setiap kali perlu buat check up tidak perlu risau lagi.

Saya yang suka menulis,
🌹Zaiton Muhaimin
013-602 8873

#tipsmaintainhb
#elakhblow
#tipshamil

TAK SANGKA DIREZEKIKAN ANAK KEDUA SELEPAS BERDETOKS

Sebenarnya nak detoks badan, tak sangka lain pula jadinya.
🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩🚩

Kisahnya bermula awal tahun lalu. (maaf saya tak ingat exact date saya mula ambil Vivix tu)

Dalam akhir feb 2016 camtu. Time tu ada promo Vivix. Saya beli dan consume sendiri. Memang dah aim lama nak ambil Vivix. Tujuan utama saya, nak sel badan saya lebih sihat, lebih bertenaga, tak lembik, nak bersihkan toksin² dalam badan saya.

Saya ambil sebelah pagi satu sudu besar. Seingat saya tidak setiap hari (ada cheat day juga), melompat².

Alhamdulillah, memang rasa kelainannya selepas berVivix, kurang rasa letih. Boleh maintain lagi selepas balik sekolah, melayan si hero rashid.

πŸ˜ͺ Sehingga sampai hari saya period bulan mac. Saya pelik period saya abnormal, sehingga 15 hari.

Saya mula tak sedap hati risau saya keguguran ke. Saya google macam mana bentuk janin yang gugur, bagaimana rasa sakitnya dan sebagainya. Tapi saya tak puashati, siap bertanya kepada kawan saya yang pernah alami keguguran. Dia suggest saya untuk buat check up. Lebih jelas.

Saya jumpa doktor, memang saya tiada ambil apa² pil perancang, and then ada bgtau doktor saya ada ambil supplemen (Vivix). Doktor nasihatkan saya untuk stop dulu Vivix.

Period saya tak normal berlarutan selama 3 bulan, setiap cycle 15 hari.

Saya ada review juga testimoni dari pengguna Vivix yang lain. Untuk info, Vivix ni tinggi antioksidan, dia akan remove apa sahaja bendasing yang ada dalam badan kita termasuklah toksin moksin.

Selepas bulan ramadhan, bulan julai, period saya lewat seminggu. Dan saya disahkan mengandung.

Actually, memang sejak rashid berumur setahun mengharap juga direzekikan lagi anak kedua. Yes, trauma bersalin tu still ada. Tapi naluri keibuan, rindu bau baby, rindu nak tengok keletah baby. Rindu macam² moment selepas bersalin tu πŸ˜ƒ.

Dan tak sangka Allah beri rezeki selepas puasa tu.

Bila teringat balik part saya mengalami period tak normal tu, baru saya dapat kaitkan, Vivix tu bantu 'bersih'kan rahim saya. Kemungkinan juga ada darah nifas saya dulu yang tak keluar habis, yang masih melekat.

Alhamdulillah, gembira? Jangan cerita. Saya pandang muka rashid, alahai nak jadi abang dah dia.

Seriously, tak rugi saya ambil Vivix, dia membersihkan apa² sahaja yang tak bersih dalam badan kita.

Diakui, memang waktu berpantang bersalinkan rashid saya ada melanggar pantang, ada ketika saya pasang kipas semaksimumnya. Saya tidak bertungku dan mungkin itu salah satu faktor saya lewat sikit mengandung kali ke2.

Benar, Vivix ni ikhtiar untuk hamil. Yang penting, yakin padaNya. Jaga kesihatan diri, do the right things πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Untuk tau lebih lanjut pengalaman saya hamil selepas berVivix, boleh pm inbox saya.

P/s : sila dapatkan konsultansi sebelum mengambil produk ini.

Monday, November 21, 2016

RAMBUT GUGUR DAH BERKURANGAN!!!


Inilah dilema wanita selepas bersalin, rambut gugur yang melampau…kadang rasa dah kenapa dengan rambutku, lemah sangat ke??? Risau sangat. Lagi-lagi bila anak dah start main air liur….haaa, bukan salah si kecil tau…itu memang nature depa…

Jadi, ibu-ibu sanggup ke tengok rambut gugur setiap kali sikat? Kadang boleh dapat segumpal genggam kan?

Jangan risau lagi, dulu cik ton pun macam tu…anda tak sakit pun…sebenarnya fenomena rambut gugur selepas bersalin adalah kerana faktor hormon. Saya amalkan purifying shampoo, nourishing scalp & esp.

Purifying shampoo - bersihkan rambut dari kotoran
Nourishing scalp - suburkan kulit kepala
ESP - baiki tekstur rambut


Alhamdulillah, gabungan ketiga2 produk ni, rambut saya semakin kuat dan jumlah rambut yang gugur semakin kurang…sekarang saya dah tak risau lagi. Nak bersalin lagi pun tak risau dah. #eh
Sape yang perlukan set rambut gugur ni boleh roger cik ton 013-6028873.



Sunday, November 13, 2016

ATASI KULIT MUKA BERMINYAK

For those yang ada masalah kulit muka berjerawat, kulit berminyak, cik ton suggest bertukar ke pencuci muka NUTRIWHITE.
Sangat best dengan baunya yang segar, for sure no chemical. Sebotol yang tahan hampir setahun. Bayangkan, kita hanya perlu spend tak sampai RM10 pun sebulan untuk pencuci muka. Lagi satu, senang sangat nak travel sebab memang dalam botol. Tak khuatir kena gigit tikus ke, kencing lipas ke. Kuantiti 150g. Besar baq hang, don't worry siap ada expired date nak make sure selamat digunakan.
Plus, anda akan perasan kulit muka lebih cerah. Cubalah!
Sesiapa yang nak boleh pm cik ton 013-6028873.


BEZA SUPPLEMEN DAN UBATAN

Supplemen adalah makanan tambahan dan bukannya ubatan yang berfungsi untuk merawat penyakit.
Supplemen diperlukan untuk menampung keperluan nutrisi dalam badan yang boleh hilang akibat cara pengambilan makanan yang tertentu. Antara salah satu faktornya, nutrien sayuran yang boleh hilang akibat dimasak terlalu lama, toksin yang terdapat pada hidupan akuatik akibat pencemaran air, pendedahan kepada bahan kimia akibat faktor industri turut menyumbang kepada kesan kesihatan dalam jangka masa panjang. Ianya sukar dielakkan melainkan kita ada alternatif lain.
Supplemen dihasilkan bagi mengelakkan kesan buruk jangka panjang ini. Jadi, kesan pengambilan supplemen boleh dilihat dalam jangka masa panjang kecuali jika anda mengamalkan supplemen berikut, kesannya boleh dirasai serta merta :
√ Ostematrix - melawaskan pembuangan pada keesokan hari, tiada sakit lenguh² badan.
√ Herb lax - membersihkan usus, kesannya boleh dirasai dalam tempoh 12 jam selepas pengambilan
√ Esp - mengenyangkan, membekalkan tenaga sepanjang hari
√ Performance drink - mengekalkan stamina untuk melakukan kerja-kerja berat
Zaiton Muhaimin
Pengedar Shaklee Malaysia
Id : 1178012


Tuesday, June 28, 2016

MEALSHAKES YANG BERKHASIAT

ALHAMDULILLAH, ANAK DAH TAK SEMBELIT

Runtun hati saya tengok si kecil yang menahan sakit sembelit

Ada yang jenis nak membuang tapi tak lawas

Tambah pula jenis picky-eater, tak nak makan sayur, tak nak makan ikan atau daging

Ibu dah cuba macam-macam nak bantu yang tersayang, tapi belum berhasil

Mealshakes dirumus khas untuk elakkan sembelit

Bukan untuk kanak-kanak je, cikton yang memang jenis sukar membuang sekarang dah normal, 
alhamdulillah

Konsisten amalkan sejak ramadhan ni

Hepi je rasa, dah kurang sakit-sakit kepala, badan lesu

Yang bagusnya mealshakes ni bantu cukupkan keperluan nutrisi anak-anak kita

Berminat ibu-ibu?

Jom pm cikton untuk details
Harga asal RM121

Tapi, bulan ni ada promo,
Nak dapatkan harga promo boleh pm saya terus
013-602 8873

Jom sihat bersama-sama!


Saturday, June 11, 2016

TIPS KEKAL SIHAT SEPANJANG BERPUASA

BEST LA RASA PUASA TAHUN NI
===========================



Tau tak kenapa saya cakap camni?
Bukan bermakna puasa tahun lepas tak best, tapi tahun ni sangat lain rasanya.
Rasa kenyang lebih lama selepas sahur tu.
Kalau sebelum-sebelum ni, sampai tengahari je dah menggigil-menggigil dan breastfeed anak juga kan...so, banyak sangat kalori yang digunakan kalau bf anak ni...mommies yang bf anak mesti mengerti perasaan saya.
So, terdetik hati nak share...apa yang membuatkan saya dapat bertahan lebih lama.

Saya ambil mighty 3 germs ni waktu sahur...esp, mealshakes dan performance drink.

Seperti yang semua sedia maklum...esp berasaskan protein tumbuhan yang tidak diubahsuai, dan indeks glisemiknya rendah...tau tak...makanan yang berindeks glisemik rendah ni lambat dihadam, jadi membuatkan kita lambat rasa lapar...dan seperti yang disyorkan Kevin Zahri, lebih baik ambil protein lebih berbanding karbohidrat untuk kekal bertenaga dan elak keletihan yang keterlaluan sepanjang berpuasa.

Habis tu, apa pula fungsi mealshakes? Mealshakes ni bantu melengkapkan keperluan nutrisi sepanjang puasa dan bantu elak sembelit.
Kita bila berpuasa nak pastikan semya keperluan khasiat makanan diambil agak sukar bukan? Tu yang kadangkala boleh sebabkan sembelit. Jadi, saya gantikan dengan mealshakes...alhamdulillah, setakat 5 hari berpuasa ni tak pernah lagi sembelit dan harapnya berterusan hingga hari terakhir.

Performance drink pula biasa yang ambil mereka yang banyak gunakan tenaga untuk lakukan aktiviti seharian. Contohnya ahli sukan, pekerja buruh, mereka yang banyak lakukan pergerakan seperti turun naik tangga dan lift, doktor yang sentiasa menerima pesakit untuk dirawat, jururawat dan ramai lagi. Fungsi performance drink ni untuk kurangkan kehilangan air daripada badan. Jadi, anda bayangkan kalau kita ambil performance drink ketika sahur, insyaallah badan kita kurang rasa letih. Jika diambil sewaktu berbuka pula, insyaallah dapat menunaikan solat terawih dengan baik tanpa rasa keletihan. Sudah tentu ini yang kita inginkan bukan? Ingin beribadah dengan baik ramadan ini.

Jangan salah faham ye, saya tidak kata takkan rasa lapar dan dahaga jika ambil ketiga-tiganya...sebab puasa ni sendiri mendidik diri kita untuk merasa lapar dan dahaga supaya turut merasai kesusahan mereka yang tidak dapat makan dan minum.

Cumanya, mereka yang menyusukan anak seperti saya, yang bekerja di pejabat, surirumah yang sibuk menguruskan rumah dan keperluan anak-anak, masih boleh meneruskan rutin harian seperti biasa tanpa perlu mengeluh keletihan, lapar dan dahaga.

Siapa nak macam saya?
Boleh sapa saya untuk tahu lebih lanjut. Saya sedia membantu anda yang memerlukan.

MIGHTY 3 GERMS (ESP + MEALSHAKES + PERFORMANCE DRINK)
Gabungan terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadan.

Zaiton Muhaimin,
Founder of Sihat Circle
Shaklee Independent Distributor.
No ID : 1178012

Tuesday, April 12, 2016

Rahsia Disebalik Hidangan Ayam

KENAPA PROTEIN TUMBUHAN MENJADI PILIHAN KITA? BUKAN PROTEIN HAIWAN?
Terdapat pelbagai jenis sumber protein haiwan seperti Ikan, daging, kambing, ayam, telur, tenusu dan lain-lain. Setiap hari kita makan. Siapa tak makan semua ni? Tapi.. sebenarnya sumber protein haiwan berisiko tinggi mempunyai hormon dan bahan-bahan kimia. Cer tengok ayam tu.
Contoh mudah, 3 suntikan utama pada ayam :
1. Suntkan hormon pertumbuhan - ayam besaq cepat !
2. Suntikan hormon tambah daging - ayam besaq & daging banyak !
3. Suntikan antibiotik - ayam tak mudah kena jangkitan, mudah untuk dibela
Hormon ini kita makan setiap kali kita makan ayam. Kebiasaannya protein haiwan juga tinggi lemak & kolesterol. Dan ini memberikan risiko penyakit jantung & hati kepada kita. Inilah sebabnya kita perlukan alternatif kepada protein tumbuhan seperti ESP.


p/s : bagus juga kalau dapat makan ayam yang diternak sendiri

Jurnal Ummu Rashid 5.0

Anak bujang akhir-akhir ni dah bijak nak makan sendiri, minum air sendiri. Bagi peluang, walau tak sempurna.
Biar baju basah, biar mulut comot, sambil-sambil ditegur agar semakin hari semakin baik. Belajar melalui pengalaman.
Kalau air tumpah ke lantai, dah pandai ambil kain lap dan lap sendiri.
Anak-anak kecil, bagi mereka panduan, sekali buat insyaallah mereka akan ingat.

Comot-comot baju lepas minum air sendiri

Jurnal Ummu Rashid 4.0

Anak-anak banyak belajar melalui pemerhatian. Diperhatikan, diamati setiap perlakuan lalu ditiru. Itulah proses pembelajaran mereka untuk meningkatkan potensi diri.
"Didiklah anak-anak untuk hidup di zaman mereka."
Zaman sekarang, bukan macam zaman saya yang dahulu (balik sekolah, kaw tim dengan kawan2 jumpa sebelah petang main jadi cangkung, main pondok2, panjat kura-kura tempat jemuran pinang sampai kena marah dengan arwah bapak). Kami bermain tanpa kehadiran ibu bapa di sisi, sebab ketika itu jenayah kurang berlaku, yang penting pandai bawa diri, sebelum maghrib mesti dah terpacak depan pintu rumah.
Pada zaman kini, sangat berbeza, perlu sangat pengawasan. Kawalan penggunaan gajet perlu juga diambil kira. Tidaklah terlalu bebas atau terlalu mengongkong.
Kalau diajar buka kitab atau buku untuk dibaca, insyaallah itulah yang akan ditiru oleh anak-anak.
Kalau dibentangkan sejadah sebelah kita, lama-kelamaan akan ada keinginan untuk mereka belajar cara solat.
Melentur buluh biar daripada rebungnya.

Rashid minta buka photo booth untuk selfie ala-ala twin. Kemudian, senyum sendiri

Jurnal Ummu Rashid 3.0

Saya kenal vitamin B-COMPLEX ni sejak tahun 2004, masa tu berada di tingkatan 3. Emak, kakak dan abang memang amalkan. Saya pula sebab ada orang sponsor, so saya ambil peluang tu. Tak silap saya, 3 bulan sebelum PMR saya berterusan amalkan B-COMPLEX ni.
Alhamdulillah, nyata berbeza...saya memang jenis low blood pressure, mudah rasa keletihan, mudah rasa mengantuk dalam kelas...tetapi, selepas mengamalkannya saya merasai kelainannya.Tiada lagi rasa mengantuk, segar dan mudah nak terima pelajaran.
Sebab FUNGSI utama B-COMPLEX ni melancarkan pengaliran darah..dan membantu fungsi saraf.
B-COMPLEX, VITA LEA, VIT C adalah vitamin wajib saya setiap hari.



Antara fungsi utama B-COMPLEX...orang sebut vitamin anti-stress

Monday, April 11, 2016

Jurnal Ummu Rashid 1.0

Setengah jam pertama di wad, keadaan Rashid sangat lemah...dan berterusan muntah...pada kiraan saya lebih 8 kali...tapi, saya yakin dan berdoa agar Rashid terus kuat dan cepat pulih. Saya teruskan penyusuan seperti biasa untuk bantu tingkatkan imunisasinya. Pantangnya, jangan diberikan minuman atau makanan yang diproses. Memang akan terkeluar semula.

Si ibu, benar doanya tiada hijab buat si anak. Untuk berikan motivasi buat anak, ibu juga haruslah kuat semangat terlebih dahulu. Ini tarbiah luarbiasa buat semua ibu yang menerima ujian yang sama.

Alhamdulillah, sehari sahaja ditahan di wad. Doktor beritahu, kebiasaannya, kanak-kanak ambil masa 3 hari untuk pulih sepenuhnya.


Air mata ni hilang bila doktor dan nurse hilang daripada pandangannya

Jurnal Ummu Rashid 2.0

25.02.16

Pulang dari sekolah, terus ke rumah bs untuk ambil rashid. 

Diberitahu oleh bs rashid muntah² banyak kali. Memang nampak lemah keadaannya, bukan seperti rashid yang biasa. Bila dipanggil namanya, hanya mampu kedengaran 'hmm'...

Dalam perjalanan pulang, macam² fikir apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Mujur kami pulang awal, mulanya cadang nak dibawa ke klinik taman scientex disebabkan servis di sana terbaik menurut rakan², tapi bila sampai tahap muntahnya dah kekuningan, kami terus ambil medical card rashid, siapkan barang keperluannya dan bawa ke Hosp Pakar Regency.

Alhamdulillah, tak ramai orang, kami terus ke emergency. Check suhu, jumpa doc...doc suggest masuk wad sebab badan lemah sangat, perlu drip air. Hasil x-ray semuanya normal, cuma bacaan sel darah putih x normal.

Kami akur keputusan doc, lepas beberapa jam drip air, rashid berubah seperti sediakala, cergas. Alhamdulillah, cuma masih muntah². Bermalamlah kita di hotel regency ye rashid.

Mujur ready medical card, nak jadikan cerita...mujur saja mc rashid tak lapse...dan ummi pun dah settlekan payment bulan² rm130 hingga mac.

Alahai, ini tarbiah namanya. Kot la sape mampu nak bayar cash bill hospital sampai rm2k++...anyway, thanks a lot agen takaful rashid Hadi Rusdi Azwan Naim...depa byk tolong...


Muka ni hepi lepas kena drip air...beza sungguh...alhamdulillah, semua dah stabil

Wednesday, April 6, 2016

Jom ke Branch

Tadi ada orang teman ummi pergi restock barang di branch
=========

Alhamdulillah, menderu-deru order masuk hari ini.

Lepas balik sekolah, bersiap-siap then ke rumah babysitter ambil si anak syurga.

Sebelum gerak tiba-tiba mak ani datang nak hantar baju dan ambil juwita foundation. Sorry mak ani kejap je tadi datang tak sempat borak-borak lama.

Di branch tadi kebetulan ramai customer, jadi agak lama di situ. Riuh branch dengan lontaran suara emas Rashid, siap jumpa kawan baru. Main-main sampai dah nak balik, macam dan kenal lama.


Sebelum jumpa kawan baru


Pilih-pilih, tickkan nak vitamin mana


Monday, September 7, 2015

Tips Pantas Bagi Wanita Bekerjaya

Tidak dinafikan betapa bahagianya seorang perempuan kerana boleh menjadi isteri dan ibu bekerjaya dalam masa yang sama. Biasanya isteri/ibu adalah orang pertama yang bangun pagi dan dia jugalah yang terakhir akan tidur malam. Banyak perkara yang hendak diuruskan, dari keperluan suami, anak-anak hinggalah hal berkaitan rumah tangga - semuanya sama penting.

Di sini saya ingin kongsikan Tips Pantas Mengurus Bagi Ibu Bekerjaya :

Tips menyediakan makanan

- Untuk sarapan pagi : sediakan menu ringkas berasaskan roti  seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.
- Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
- Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masak sup atau salad sayuran.

Tips menggosok pakaian 

- Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
- Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.

Tips mengemas rumah 

- Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
- Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
- Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
- Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.

Tips mencuci pakaian

- Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
- Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.

Sumber : Majalah Pa&Ma

Sumber http://www.ciklaili.com/2013/05/tip-pantas-mengurus-bagi-ibu-bekerjaya.html#ixzz3l33xTwBy

Thursday, August 1, 2013

Istikharah Cinta

Shafiqah berjalan ke arah meja sambil mencapai beg kuliahnya.

"Kau nak ke mana iqa?"

"Aku nak ke library, cari bahan untuk tesis. Tadi aku jumpa supervisor. Dia kata aku kena tambah sikit lagi sumber bahan bercetak."

"Oh...okay. Err...jangan balik lewat sangat tau."

"Okay. Eh Fifi, kau keluar makan tak petang ni? Nak kirim?"

"Erm...takpelah, aku kurang selera."

Shafiqah mendekati sahabatnya itu. "Kau kenapa Fifi?"

"Tak ada apa."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu demi satu buku mengenai Neurolinguistic Programming diselak Shafiqah di rak buku library.

Kenapa dengan Fifi? Masalah apa yang sedang dihadapinya? Ditanya tak berjawab. Fifi tak semacam dahulu, ceria, ramah, ada sahaja isu-isu semasa yang cuba dikongsikan dengan kami. Tadi, sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Makan pun tak lalu. Muka dia nampak cengkung. Masalah family ke? Kenapa dengan Fifi sebenarnya? Tak boleh jadi ni, dah la kat hostel tu dia seorang diri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum."

"Walaalaikumussalam. Eh, iqa. Cepat kau balik?" cepat-cepat Fifi menyembunyikan buku yang sedang dibacanya di bawah bantal.

"Yup. Aku dah jumpa bahan yang aku nak cari tu."

Shafiqah mendekati Fifi.

"Boleh aku tanya kau sesuatu?"

"Ye, tanya je la. Kau ni, pelik pulak aku. Nak tanya pun kena minta izin."

"Tak. Aku tak pelik. Kau tu yang pelik Fifi. Kau ada masalah ke?"

"Kenapa kau tanya macam tu? Aku okey je la."

"Kau jangan nak sembunyi-sembunyi dari aku la. Aku kenal kau bukan sehari dua tau. Kau buat muka ke, kau tak cukup duit ke, kau ada masalah kesihatan ke, kitorang serumah dapat nampak perubahan tu. Tapi kali ni, kau lain sangat."

"Ish, tak ada apa la. Dah la aku haus nak minum."

Fifi berlalu meninggalkan Shafiqah yang terpinga-pinga di bilik seorang diri. Seketika kemudian, Fifi hilang dari pandangan Shafiqah.

Di bilik, Shafiqah cuba mengambil buku yang disembunyikan oleh Fifi tadi. Mungkin Fifi terlupa bahawa Shafiqah perasan akan perbuatannya.

"Istikharah Cinta? Dilamun cinta ke kawan aku ni? Seingat aku dia ni hati kering."

++++++++ bersambung ++++++++






Sunday, July 28, 2013

4 Hari 3 Malam

“Sekarang, majlis menjemput Pengerusi AJK Surau bagi Sesi 2007/2008 menyampaikan sepatah dua kata.”

Saudara Amir Amsyar menyusun langkah dengan tertib menuju ke rostrum.

“Bismillahirrahmanirrahim...” Beliau memulakan bicara. Aku memang tidak begitu mengenali rakan-rakan PST, lagi-lagi muslimin ni. Sejak keberadaanku di kampus ini, sedikit sebanyak mengubah gaya fikir dan penampilanku. Terlibat dengan organisasi surau mengajarku sedikit sebanyak tentang adab pergaulan, penampilan sebenar bagi muslimat, ukhwah Islami, pengurusan organisasi dan 1001 lagi pengalaman dan ilmu baru yang tidak mungkin dilupakan.

Aku memikirkan tugasan-tugasan tutorial yang masih berbaki ditinggalkan di bilik hotel. Aku tidak menyangka aku akan berada di Hotel Bella Vista, Langkawi pada saat dan ketika ini. Kami berkursus selama 4 hari bermula Khamis sehingga Ahad.

Perasaan? Allah sahaja yang tahu. Memang semenjak kecil aku tidak pernah mengikuti kursus seislamis begini. Paling aku ingat aku pernah menyertai kursus kepimpinan sempena kokurikulum di Melaka. Ala-ala ketenteraan begitu.

Terpinga-pinga aku di buatnya, macam mana aku boleh terlibat dengan AJK Surau ni? Ya...malam itu, malam Allah menjentik taufiq dan hidayah ke dalam hatiku. Mana mungkin aku lupakan. Sesi taaruf oleh Pengerusi AJK Surau Muslimat, Kak Fi di surau Blok B. Oh, sungguh bersopan santun dan bijak orangnya, semangat dakwah yang tinggi dan tidak pernah berputus asa. Mulanya aku menyangka dia adalah seorang pensyarah, tetapi tidak. Dia juga seorang pelajar siswi sepertiku, di tahun akhir. Matang gaya tutur katanya. Dia turut menyertai kursus AJK Surau itu, aku sebilik dengannya dan sahabat baiknya, Kak Su.

“....cumanya, muslimat ni kalau boleh janganlah pakai tudung transparensi.”

Tap, tersentap aku! Errk...apa maksudnya? Tudung jarang ke? Aku melihat fabrik tudung yang aku pakai. Ya Allah...direct Allah bagi teguran. Kata-kata terakhir Pengerusi AJK Surau sungguh menusuk hati kecilku. Sedikit malu sebab diri ini sangat jahil, tudungku jarang rupanya. 

Malam itu, di bilik hotel kami menginap. Sebelum kami beradu, Kak Fi memanggil kami untuk berkumpul. Aku, Fitriah, Kak Fi dan Kak Su.

Di pertengahan sesi sembang malam itu, kami menceritakan pengalaman masing-masing di alam persekolahan, kisah juga tujuan hidup dan sebagainya.

Antara perkara paling menyentuh hati aku adalah perkongsian mengenai penampilan yang sempurna bagi muslimat. Kak Fi sangat menekankan kepada kami mengenai penjagaan aurat. Waima kita duduk bersendirian, kita perlu menjaga aurat kita.

“Kak Fi memang pakai tudung labuh, handsock dan stokin sejak sekolah ke?” tanyaku.

“Ye Auni, Kak Fi memang berpenampilan macam ni sejak sekolah.”

“Sekolah agama?” aku inginkan kepastian.

“Oh tak. Kak Fi sekolah harian biasa.”

Allah...Allah...insan terpilih. Kak Fi juga seperti aku, persekitaran yang bukan secara sepenuhnya menjadi faktor penguat untuk sempurna menutup aurat. Tetapi, dia boleh melakukannya demi maruah diri dan kehormatan.

Diterangkannya lagi, “Aurat kita ni perlu dijaga. Cara kita bercakap juga. Usah bercakap kasar. Muslimah itu dijadikan dengan naluri yang berlemah lembut. Adik-adik tahu kan, doa anak yang soleh solehah untuk ibu dan bapanya, doanya diterima oleh Allah?”

Allah...tertunduk malu aku, sangat lain dengan apa yang diperkatakan oleh Kak Fi.

Dan...aku berazam untuk mengubah sedikit demi sedikit akhlak dan budi pekertiku, aku sayang ibu bapaku. Aku ingin doaku untuk kedua ibu bapaku antara yang dimakbulkan Allah. Juga aku ingin menggapai sekuat-kuatnya Cinta Teragung, Cinta Ilahi. 

Friday, July 26, 2013

Hujung Minggu Itu

Pagi itu aku bersama seorang sahabat, Yusniza berjogging bersama di sekitar tasik yang menjadi tumpuan para siswa siswi melegakan tekanan di minda setelah berhari-hari, pagi petang hingga ke malam menelaah pelajaran.

Berjalanlah kami berdua.

Berkongsi cerita dan kisah hidup.

Nyata, aku dan dia berbeza. Dia terlalu baik dan berlemah lembut ketika berbicara. Malu aku padanya.

Sampai di satu penjuru, kami terpandang pada seseorang yang menarik perhatian hati kami.

'Kak Fi!'

 Benar, orang yang biasa-biasa jika berakhlak mulia, indah tutur kata, pasti akan menarik mad'u-mad'u dekat padanya. 


Berdekatanlah kami antara satu sama lain, bersalaman mesra. Bertanya khabar.

Kami meneruskan perjalanan *jogging* mengelilingi tasik buatan tersebut sambil berbual mesra.

Besar juga keluasan tasik tersebut. Di tengah-tengahnya terdapat sebuah menara. Menara dan tepian tasik tersebut disambungkan oleh dua utas tali yang besar bagi memudahkan untuk para pelajar ke menara tersebut. Satu untuk memegang, satu lagi untuk menapak menuju ke menara. Ada jambatan yang menghubungkan tepian ke menara, tetapi Kak Fi dan sahabat-sahabatnya memilih untuk menggunakan tali tersebut.

Aku melihat Kak Fi dan sahabat-sahabatnya menyeberangi tasik tersebut menggunakan tali yang tersedia.

'Beraninya dia, rasanya dalam juga tasik ni. Mungkin juga ada buaya,' getus hati kecilku.

Kak Fi dan sahabat-sahabat sudah tiba ke menara.

"Zaiton nak cuba?" tanya Kak Fi kepadaku.

"Err...takpe lah Kak Fi. Tak berani la."

"Kami boleh, mesti Zaiton pun boleh. InsyaAllah, yakin!"

Aku menyahut cabaran itu, aku menapak ke atas seutas tali. Tali yang berada di atas kepalaku, ku pegang.

Satu persatu, kakiku melangkah. Menggigil juga. Sesekali ku pandang ke bawah. Macam mana kalau terjatuh ni? Ya Allah, takutnya. Aku tawakal je ni, andai umurku panjang, aku sampai ke menara dan berjaya patah balik semula ke tepian tasik. Andai tidak, Ya Allah...kepadaMu hanya ku berserah.

"Boleh, Zaiton boleh!" kata-kata Kak Fi dan sahabat seolah-olah memberi suntikan semangat yang luar biasa. Sempat aku berdetik di hati. Kuat betul semangat Kak Fi, muslimah hebat ni.

Tup tup, aku tak perasan dah sampai ke menara.

"Kan, dah sampai.."

Tersenyum puas aku.

"InsyaAllah Zaiton, kita kena yakin diri. Banyak perkara yang kita rasa mustahil nak buat, sebenarnya kita boleh capai."

Muslimah tidak lemah. Tapi lemah lembutnya adalah kerana semangat yang tidak mudah luntur!

Monday, July 15, 2013

Saat Hati Disentuh Tarbiah : Prolog

Bismillahitawakkaltu’alallah..Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Diberi secangkir Iman untuk diuji ketaqwaan hambaNya yang benar-benar cinta kepadaNya, diberi sekeping hati yang berkarat dengan nafsu dunia serta penuh dosa dan noda, diberi seorang sahabat untuk membimbing ke jalan yang diredhaiNya. Semoga ukhwah yang terjalin ini berpanjangan dengan rahmat daripadaNya. Syukran aidhon dan mohon keampunan, jaga diri hiasi peribadi. –akhwat akhirat-
Aisyah tersentap membaca SMS dari Kak Muzdalifah, Ya Allah...Kau menghantar mesej tepat pada masanya, saat hati ini berbolak balik, kau peganglah erat hatiku agar sentiasa dekat, kau amarilah aku dengan ayat-ayat cintaMu, agar diri ini dapat kembali kepadaMu dengan tenang, pengakhirannya beroleh keredhaanMu.
***************************************************************************************************************************
Pagi itu, di Kediaman Acasia, Aisyah melihat jari-jemari teman sebiliknya ligat menaip di papan kekunci mengorak langkah dalam jalan dakwah ini, menyiapkan kertas kerja yang bakal diserahkan kepada Ustazah pilihan Rafidah. Dalam nada lirih, Aisyah bisa mendengar temannya bermonolog, “Aku melakukan yang terbaik, dengan keyakinan kepadaMu, aku serahkan segalanya kepadaMu Allahu Rabbi, moga kertas kerja program ini lulus, mudah untuk mendapatkan dana, dan akhirnya program ini dapat berlangsung.” Bagi Auni, biarlah ramai hati-hati yang kan tersentuh dengan program-program Islami sebegini. Kerana dirinya sebelum ini begitu juga, hati ditarbiyah pada masa yang tidak dijangka-jangka, saat membawa hati yang lara, ke bumi yang jauh dari perkampungan halaman, tepat pada masanya, saat hati Auni mencari cinta Hakiki, di situ dia menemuinya. Pengajiannya di KUSZA setahun yang lalu, membawa dia kepada penghidupan baru, penghidupan yang lalu jauh ditinggalkannya, takkan sekali melangkah kembali, biarlah segala yang sudah berlalu kan menjadi pengajaran buat dirinya pada hari mendatang. Dia pasti, jalan itu Allah aturkan pasti punya hikmah yang masih tersembunyi. “Ya Allah, campakkanlah segala kenangan itu sejauh-jauhnya!” Tetapi, disebabkan beberapa kekangan, Auni mengambil keputusan menyambung pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Dakwah dan Pengurusan Islam walaupun dia meninggalkan KUSZA dengan perasaan yang berbelah bahagi.
Aisyah menuju ke dapur yang terletak di penjuru rumah mereka. Berempatnya mereka iaitu Aisyah, Auni, Qasidah dan Shamilah cukup membuatkan mereka akrab sehinggakan jika terdapat diantara mereka yang tidak bersama dirasakan amat janggal dalam kalangan rakan sekampus. Meskipun berlainan jadual kuliah dan tutorial, mereka tetap mencari waktu bersama untuk solat berjemaah, makan berjemaah dan keluar bersiar-siar. Di kalangan rakan sekampus USIM, mereka terkenal dengan gelaran ‘Muslimah Jundullah’. Meskipun personaliti mereka sentiasa istiqamah mengenakan jubah dan tudung labuh, masyarakat kampus USIM tetap menyenangi kehadiran mereka daripada pelbagai peringkat, daripada para pensyarah, staf pentadbiran sehinggalah pengawal keselamatan. Mereka sentiasa bermanis muka meskipun beban pengajian dan tuntutan dakwah mengelilingi kehidupan mereka. Taklifan yang telah diamanahkan kepada mereka sentiasa mereka jaga dengan sebaik mungkin.
“Aisyah, milah dan Idah mana ye?”
“Erm...tadi mereka kata nak pergi Kolej Kediaman Siantan, nak jenguk adik junior yang kene demam campak...erm, lupa pula siapa nama adik tu”
“Siapa? Lily ke?”
“A’ah, lily..lily..budak FQS”
bersambung. . .

AnamuslehCOPYRIGHTreserved