Tuesday, December 6, 2011

Andai jiwa itu kosong

Bismillahirrahmanirrahim. Salam 10 Muharram buat para pembaca.

Firman Allah : “Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

Kadang kala, penulis lupa hakikat penciptaan sehingga lupa terhadap pentarbiyahan diri, sewajibnya amalan-amalan ruhiyah ini menjadi rutin harian agar tabah, sabar dan ikhlas menempuhi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam mendepani cabaran kehidupan.

  • Qiamullail
  • Solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, solat tahajud, solat sunat istikharah, solat sunat hajat, solat sunat taubat.
  • Al-Ma’thurat pagi dan petang
  • Zikir
  • Bacaan dan penghayatan Al-Quran
  • Solat berjemaah
  • Puasa sunat
  • Peningkatan thaqafah
  • Kehadiran dalam majlis-majlis ilmu
  • Kewajipan sebagai anak, pelajar dan ahli masyarakat

Semoga saya, anda dan semua tekad untuk mendisiplinkan diri agar dapat menghayati tiap pelaksanaan amalan ini, sebagai bukti cinta kita kepada Allah Rabbul Jalil, agar akhirnya dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan tenang dan redha. Selamat menyambut Hari Asyura 1433 H.

Thursday, November 10, 2011

Usah Mengimani Segulung Ijazah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukurku ke hadrat Ilahi, akhirnya berjaya melepasi satu kertas peperiksaan yang mana amat menguji daya kreativiti dan inovasi kami dalam melahirkan buah fikiran di atas helaian-helaian kertas berbekalkan ilham cetusan dari Yang Esa.

Subjek bagi semester ini sedikit sebanyak membuka mata saya mengenai seni, teknologi dalam pendidikan, alam sekitar serta metodologi pengajaran. Meskipun begitu, ia tidak melupakan saya kepada suatu kuasa yang menggerakkan hati, pemikiran dan minda untuk menerawang, mencari segenap kekuatan untuk memulakan langkah memasuki dewan peperiksaan yang juga merupakan salah satu medan perjuangan sebenar abad kini. Sungguh, saya akui jika di matrikulasi dahulu saya merasakan peperiksaan adalah medium yang saya sangat teruja untuk hadapi, tetapi kini ia seakan menjadi suatu perkara yang perlu saya gali dan kaji dengan mendalam. Kehidupan sepanjang proses mendapatkan segulung ijazah bukan sekadar berlegar pada 3K (Kuliah, kafeteria, kediaman) malah membawa saya meneroka segala ilmu, kemahiran dan pengalaman.


Jatuh bangun

Itu sudah menjadi lumrah. Ada kala air mata menjadi saksi bagi Sang Hati yang tidak mampu lagi berbicara suram. Corak pendidikan bernuansa barat ternyata menguji ikhlas atau tidaknya sang hati untuk memenuhi jalan penuh berliku ini. Biarpun semudah ABC ditutur dibibir anak-anak muda yang masih mentah tidak kenal apa itu kuliah, tutorial dan praktikal. Ya, IKHLAS itu kuncinya. Ada yang kental sehingga ke titik PhD, malah ada juga yang 'syahid' di medan jihad ini.

Di sebalik segulung ijazah itulah terlukis segala peta onak duri kehidupan pengajian
Di sebalik segulung ijazah itulah terakam segala jerit perih mengawal keluar masuk anasir-anasir kehidupan
Di sebalik segulung ijazah jugalah terabadi kenangan bersama menggapai cita, ilmu, pengalaman, cerita duka gembira, belajar tentang alam dan manusia yang pelbagai rencam.

Tetapi, usahlah mengimani segulung ijazah kerana husnul atau su'ulnya natijah kehidupan bergantung pada berkatnya kehidupan di sisi Tuhan. Jadikanlah ijazah itu sekadar kaedah untuk mencapai Mardhatillah, bukan sebagai suatu matlamat. Sahabat, usah gentar andai rebah di pertengahan perjalanan, kerana beribu peluang kan menyapa dalam suasana yang tak menang tangan. Carilah Tuhan, kerana di situ kau kan mengerti makna setitik ilmu buat penyuluh seluruh kehidupan. Kejarlah penghidupan akhiratmu, dunia akan mengejarmu secara automatik.

"Ilmu itu ibarat cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang taqwa dan khusyuk"
-Imam Shafie-

Alhamdulillah...terima kasih tuhan di atas peringatan. ^_^

Gambar murid-murid Tahun 6 SK Sikamat menjalani ujian bulanan ketika PBS 3 yang lalu. Ke manakah mereka 10 tahun akan datang?

Salam imtihan buat semua family IPG, semoga kejayaan kan bersama-sama kita kelak berkat ikhtiar, tawakal, doa kalian demi mengejar makna sebenar Mardhatillah.

Saturday, November 5, 2011

Aidiladha Merungkai Seribu Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim, syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara kepunyaan Allah SWT. Aidiladha pada tahun ini saya hanya berpeluang menyambutnya di kampus bersama sahabat seperjuangan memandangkan kekangan tertentu untuk pulang ke kampung bersama keluarga tercinta.


Hari Raya Aidiladha yang diraikan oleh umat Islam mempunyai sirahnya yang tersendiri. Kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah SWT memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Hari Raya Aidiladha juga mengajak umat Islam agar lebih dekat kepada Yang Esa, ia membuktikan cinta dan ketaatan kita dalam beribadah kepadaNya di samping menghayati sirah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Maksud firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 34 :

"Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah)."

Islam telah menggariskan beberapa panduan dan amalan sunat yang boleh dilakukan menjelang tiba Hari Raya Aidiladha :
  • Berpuasa sunat hari Arafah pada 9 Zulhijjah, sabda Rasulullah SAW mafhumnya, " Dihapuskan dosa selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun selepasnya."
  • Melakukan solat sunat Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
  • Menghidupkan malam raya dengan ibadah seperti takbir, zikir, solat sunat tahajjud dan membaca Al-Quran.
  • Memakai pakaian baru dan bersih
  • Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki
  • Bermaafan dengan ibu bapa dan ahli keluarga
  • Bersarapan selepas solat Hari Raya Aidiladha
  • Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang Islam yang ditemui
  • Mandi sunat pagi hari raya
  • Menyegerakan solat sunat hari raya di awal waktu
  • Melakukan ibadah korban

Kaifiat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
  1. Bilangan rakaat : 2 rakaat, 1 salam
  2. Bilangan takbir : 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua (tidak termasuk takbiratul ihram)
  3. Bilangan tasbih : 6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua.
  4. Lafaz niat : اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما/اماما ِللهِ تَعَالَي
    Maksudnya : Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat mengikut imam/imam kerana Allah Taala.
  5. Membaca doa iftitah
  6. Bertakbir dengan mengangkat tangan sebanyak 7 kali dan membaca tasbih sebanyak 6 kali, dimulai dengan takbir kemudian disusuli dengan tasbih secara berselang seli.
  7. سُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا اِلَهَ اِلاَّ الله وَاللهُ اَكْبَرْ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
  8. Membaca surah Al-Fatihah dan diikuti mana-mana surah.
  9. Pada rakaat kedua, bertakbir sebanyak 5 kali dan membaca tasbih sebanyak 4 kali secara berselang seli.
  10. Kemudian membaca surah Al-Fatihah diikuti mana-mana surah.
  11. Selepas salam, khatib akan membaca khutbah dan disarankan memberi tumpuan dan tidak bercakap-cakap.

Hikmah Takbir Hari Raya Aidiladha
  • Melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT
  • Meninggikan syiar Islam
  • Mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT
  • Memantapkan semangat perjuangan umat Islam.

Rujukan :


Friday, November 4, 2011

Sanah helwah buat teman


Aku mengenalimu melalui satu nama, aku memahamimu melalui satu renungan, aku mengingatimu melalui satu kenangan dan aku menyayangimu melalui satu persahabatan,
Selamat ulangtahun kelahiran teman, ketahuilah bahawa dengan izinNya kita panjang umur, dengan izinNya jugalah kita mampu meneruskan perjalanan kehidupan ini.

Teruskan berjalan memburu Cinta Hakiki!

Sanah helwah Siti Norhafizah Ahmad. ^_^


Saturday, October 15, 2011

Mengajar Erti Syukur

Tersentuh baca artikel ni,

Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.
Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai-nilai kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA.
'Culik' artikel dari sini
Quoted from kak zarina, mantan YDP JPP IPPM (like this status so much)

Kadang-kadang kekurangan orang lain adalah ladang pahala untuk kita supaya kita dapat memaafkan dia, mendoakan dia, memperbaiki dirinya dan menutup aibnya. Ketahuilah, kita dihargai oleh orang lain kerana ALLAH yang menutup aib, kelemahan dan keburukkan kita.

nice ..(^_^)v

Jangan Berputus Asa Melakukan Kebaikan


Teringat kata-kata En. Azlan, "kita nak buat benda baik ni, mesti diuji"...

Yes, I totally agree En.azlan!

(pengalaman menarik terlibat dengan persiapan kedatangan TPM ke IPG KRM)


'Kebitaraan' tu ape?

versatile science sensei

Sentuhan kreatif oleh rakan-rakan sekelas

90 % siap


Monday, September 26, 2011

Not so car mil human sapiens sp

Mahu terus tersenyum...
juga tersenyum..
Rindu pada 'bff'ku..
apalah kabarmu di sana,

Kau tahu teman?
dikala kemarin
rinduku keterlaluan,
pada mereka yang berada dimataku selama 17 tahunku bersama mereka

Kau tahu teman?
ku tidak kisah teman
andai ada bisikan-bisikan
yang bisa menjatuhkan,
bukankah setiap kata, tindak tanduk manusia,
telah ditentukan tuhan?
Jadi, biarku serah segala padaNya kan teman?

Kau tahu teman?
Mungkin sahabatmu ini tidak sebaikmu
Yang pantas merencana kehidupan
Yang tegar menghadapi 'ancaman2'
Kerana hidup ini jalannya panjang,
ku tahu
hidup di dunia, sebuah pendakian
menghadapNya suatu hari kelak di hujung sebuah kehidupan,

Kau tahu teman?
Tatkala senyapku,
Bukanlah sekadar culasan,
Tapi mencari jawapan bagi titik persoalan.

ketahuilah,
saat pertama ku menjejaki kaki ke Taman Ilmu ini,
Kaulah yang pertama yang ku yakini untukku khabarkan keberadaanku.
Ketika di Putrajaya.
Mesti kau terkejut melihatku,
Masakan tidak,
Setahun aku menyepi,
Mengubat hati nan kekosongan,
Jauh nun di utara,
Ku tenang, damai di sana...
Mencari sebilah kekuatan,
Mencari ertinya persahabatan,
Alhamdulillah,
Tepat, Dia memberikan apa yang kita perlukan teman,
bukan yang kita mahukan.
Namun,
Sudah ditakdirkan,
Bumi beradat ini saksi untukku menimba ilmu
Lebih lama dari bumi ILMU PESAKA ABADI
5 tahun setengah
Pahit, maung, madu ditelan walau berliku.
Untuk berbakti kepada agama, anak bangsa, keluarga dan segalanya.

Betul kata ayahmu teman,
Fokus ke hadapan, dan kadang kala perlu sesekali merenung kebelakang
agar tak kecundang buat kali keduanya

Na'am
Na'am
Na'am
Hanya DIA YANG MAHA mengetahui
Aku di sini
Akan terus berusaha untuk menjadi sesebaik insan

Terima kasih atas nasihatmu
tunjuk ajarmu untukku terus 'berdiri' di taman penuh 'berduri' ini.