Sunday, January 6, 2013
Al-Habib
La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, alaihi salatullah wa alihi wal ahibba
La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, alaihi salatullah wa alihi wal ahibba
Shine your mercy like the sun, and be gracious as the earth
Let your kindness come like rain that cares not whom it falls upon
and let ocean deep your wisdom be, your heart and lanterns spreading peace
Give yourself in love of him, be like al-habib
and in your deepest needs and in your deepest grieve, call on him in humility
Place your trust in the one, to whom creation turns
You'll find redemption and find peace
La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, alaihi salatullah wa alihi wal ahibba
Be a blazing fire of truth, be a soothing balm of peace
With the light of your sincerity, break the clouds of tyranny
Let your faith be like a blessed tree, give your shade to all who seek
May your roots run true and deep, take your strength from al-habib
Ya nabi salamalaik, ya rasulle salamalaik, ya habib salamalaik
salawatullah alaik
And all the certainty will bring tranqulity, contentment with allah's decree
Give thanks for all that comes, be patient and know that someday you will return to him
La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, alaihi salatullah wa alihi wal ahibba
Hold fast to the company of the folk of certainty
Through the gaze and through your love for them,
May you be as one of them
Be as gentle as the whispering breeze, spread solace to the world we're in
Let your heart and soul be mirror clear, give life and love to al-habib
Ya nabi salamalaik, ya rasulle salamalaik, ya habib salamalaik
salawatullah alaik
And stand before allah like nothing else exists, and worship him like you are seen
Be with all creation and all your deeds and words
As though you have no self to clean
La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, alaihi salatullah wa alihi wal ahibba
Yet when you master all of this, forget not your neediness
Were it not for allah's grace, none of this can be achieved
So be humble as the lonley earth, that all creatures walk up on
Be the slave of the most merciful, take your light from al habib
So shine your mercy like the sun, send your light across the earth
Let your kindness flow like rivers, quench the thirst of all who come
and let mountain strong your spirit be, let your heart melt out of love for him
Take the road that leads to him, may you be with al-habib
Ya nabi salamalaik, ya rasulle salamalaik, ya habib salamalaik
salawatullah alaik (x2)
La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, alaihi salatullah wa alihi wal ahibba (x2)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
To hear the song, just click on these links :
Youtube
Aida's Wed
Saturday, December 29, 2012
Sum Up of Unforgettable 2012
Billahirrahmanirrahim
Saat saya menulis entri ini saya
sedang ditaklifkan menyiapkan beberapa kertas kerja bagi program tahun hadapan.
Ya, taklifan tidak pernah surut. Ia sentiasa menunggu. Meneliti kembali takwim
PGPI 2013 membuat dada sedikit sesak. Ya Allah, mampukah saya dan rakan lajnah
bagi menggalasnya? Alhamdulillah, dalam keterpaksaan menerima taklifan tersebut
saya cuba untuk mencari rasionalnya. Mungkin ada ‘hadiah’ ingin Allah berikan
kepada kami. Pengalaman itu guru terbaik. Bila lagi jika tidak sekarang? Saya
ada lebih kurang 11 bulan sahaja lagi bagi mengutip berjuta pengalaman sebelum
ke dunia kerjaya. Dalam minggu pertama praktikum program itu bakal berlangsung.
InsyaAllah saya bersama rakan lajnah cuba menyusun sebaik mungkin agar objektif
program tersebut tercapai. “Kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan
kebenaran yang tidak tersusun.” InsyaAllah, kata-kata ini tersimpan kemas dalam
minda. So, the Truth must always in front side.
Melihat pertukaran demi
pertukaran pimpinan PGPI menjadikan setiap perancangan disusun dengan lebih
baik. Ada sahaja program diselitkan setiap minggu bagi mengelakkan ‘bais
sekadar cantik di pandangan’ berlaku. Apa yang pasti semoga semakin ramai jiwa
muda mudi yang tersentuh hatinya dengan kebaikan melalui kempen biah solehah
yang dijalankan sepanjang tahun. Pesan saya buat semua pimpinan majlis
tertinggi juga rakan lajnah, “Jika kamu
menolong agama Allah, Allah pasti menolong kamu.” Yakinlah dengan janjiNya.
Usah berputus asa dengan karenah birokrasi, karenah protokol yang hanya
membantutkan usaha dakwah. Bergeraklah, yang pasti jaga hubungan baik dengan
Allah, jangan pernah offline
denganNya. Kerana keberjayaan usaha dakwah yang dilakukan adalah bertitik tolak
dari hati serta keberkatan Ilahi. Para salafussoleh amat mementingkan
kebersihan hati. Kerana segala sifat mahmudah juga mazmumah berpunca dari hati.
Dalam berprogram letakkan Allah sebagai tujuan serta sentiasa bayangkan
Rasulullah sentiasa bersama dan baginda akan tanya kita apa yang kita
sumbangkan demi Islam. Mutabaah amal perlu sentiasa disemak dan dipertingkat.
Hanya hati yang hidup dapat menghidupkan hati yang lain. Lihatlah semua mad’u
dengan pandangan mata dakwah. Jangan dihina diri yang belum menerima hidayah.
Terus berdoa agar mereka menjadi lebih baik dari kita InsyaAllah.
Dakwah takkan bergerak tanpa ilmu
Kefahaman adalah penting dalam
kita melakukan kerja dakwah. Hal ini kerana dakwah tidak akan tercapai matlamat
jika sekadar semangat semata-mata kerana semangat boleh hilang bila-bila masa.
Yang paling penting adalah kefahaman, cuba tanya diri kita kenapa kita buat
kerja dakwah? Kenapa dalam masa orang lain sibuk menelaah pelajaran sepanjang
masa, menenangkan fikiran sambil berehat-rehat mendengar lagu-lagu yang
mengasyikkan, menghiburkan diri dengan menonton drama-drama korea, bershopping dan outing sehari suntuk dan sebagainya, tetapi kita tetap juga
menyibukkan diri hadir ke meeting,
usrah, kuliah perdana dan membantu lajnah jamuan menyiapkan hidangan di dapur
bais? Oleh kerana itu disarankan kepada rakan seperjuangan PGPI, untuk terus
menimba ilmu melalui kuliah-kuliah, ceramah, seminar, daurah kitab dan
sebagainya bagi membina thaqafah berkenaan fiqh jihad.
Al-Quwwah dan amanah
Antara 2 sifat pemimpin yang
perlu ada dalam diri mereka adalah kuat dan amanah. “Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata, “ Wahai ayahku!
Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik
yang engkau ambil sebagai pekerja (pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat
dipercaya.” (Al-Qasas : 26).
Dalam kita melakukan kerja
dakwah, 3 perkara yang perlu diberi perhatian iaitu jangan terlalu bercerita bab keduniaan, kedua hadirkan sentiasa rasa takut kepada Allah. Kepimpinan adalah satu
taklifan, bukan tasyrif. Setiap taklifan pasti akan ditanya oleh Allah. “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan
setiap kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinanmu.” Ketiga, sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Jangan hanya bijak beretorik, berdegar-degar tanpa sedikit pun mengharapkan
bantuan Allah ibarat program yang hebat-hebat berjalan hanya kerana usaha
bermati-matian bukannya nusrah Allah. Jagalah aqidah kita wahai teman-teman.
Scorecard vs komitmen
Scorecard peribadi 2013 juga
sedang dalam perancangan saya. Menjadikan segala tiap sesuatu dilihat mempunyai
fokus dan matlamatnya. Apa yang pasti usah jadikan ianya sekadar penghias
dinding di bilik tanpa mengambil apa-apa tindakan dan follow up daripada setiap perancangan yang dilakukan. Ingat, Allah
melihat usaha yang kita lakukan, bukan sekadar natijahnya. Lakukan yang terbaik
sepanjang 2013. Bermula dengannya adalah perancangan. If you fail to plan, you plan to fail! Bermula detik ini, binalah
scorecard kehidupan kita agar perjalanannya nampak sistematik dan
tersusun. Lupakan segala kegagalan yang
lalu dan bangkit dari kekecewaan. Mungkin itu sekadar kejayaan yang tertunda.
Tiada orang yang gagal. Yang ada hanyalah orang yang tidak mahu bangkit dari
kegagalan. Sepanjang 2013 ini juga saya menyarankan kepada pimpinan majlis
tertinggi PGPI agar menyatakan matlamat yang ingin dicapai agar ahli-ahli
bawahan tahu seterusnya akan mewujudkan keselarasan dalam berprogram. Dalam
setiap program perlulah meletakkan objektif,
key
performance index, dan tempoh
masa bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Seterusnya, lakukan post mortem sama ada objektif program
tercapai ataupun tidak dan lakukan penambahbaikan pada masa akan datang.
Buat para muslimah – mengambil ibrah kisah Ummu Sulaim
Saya menyarankan para muslimah
sekalian bagi menyoroti kisah pengorbanan Ummu
Sulaim, seorang mujahidah solehah yang mana mempunyai tadhiyyah yang tinggi
bersama-sama baginda nabi dalam meneruskan perjuangan. Beliau yang sarat
mengandung tetap mujahadah bagi menghantar bekalan makanan. Juga kisah Saidatina Khadijah yang tidak berbelah
bahagi dalam mendorong dan mendokong perjuangan baginda Rasulullah SAW. Kekayaan yang dimiliki diinfaqkan pada jalan Allah.
Antara kisah para sahabat lain yang boleh memberi motivasi kepada kita, Bilal bin Rabah, Saidina Anzalah
dan banyak lagi kisah para sahabat yang boleh kita jadikan contoh.
Muhasabah mencetus mujahadah
Jika dikenang dalam slot muhasabah,
jatuh bangun dalam kerja dakwah, bisa saja lari dari medan dakwah dan tarbiah
ini dan menumpukan 200% pada study.
Tetapi, ingatlah janji Allah :
“Sesungguhnya Allah membeli dari
orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereta dengan memberikan syurga
untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau
terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan
Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya selain Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah
kemenangan yang agung. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadat,
memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan
mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan
gembirakanlah orang-orang yang beriman.” (At-Taubah : 111-112)
“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu
perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu
beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan
jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (As-Saff :
10-11)
Allah dan bagi offer, kenapa kita tak nak ambil?
Cumanya perlukan mujahadahlah sebab lihat semula keperitan, penderitaan dan
pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan risalah dakwah ini sehingga kita
layak merasai kemanisan berada dalam nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Jika
jalan dakwah ini mudah, pasti ramai yang mengikutinya. Segalanya selesa. Tetapi
teman, ia tidak semudah itu. Direject
paperwork dan perlu diperbaiki itu adalah lumrah. Call orang/VIP yang memanjang busy itu adalah perkara biasa. Apabila
meeting dijalankan, ada rakan-rakan
yang tidak dapat memberikan sepenuh komitmen itu perkara biasa. Kerana kita
perlu memahami, setiap orang mempunyai berjuta komitmen lain yang menunggu
untuk ditunaikan. Ada yang dalam masa yang sama sebagai anak merangkap ibu di
rumah, ada yang perlu balik pada tiap hujung minggu. Semuanya ini memerlukan nilai
empati dalam diri kita dan bijaksanaan dalam menyusun perancangan kerja. Sikap
toleransi dan bantu-membantu itu perlu ada. Tetapi, jangan pula kita yang
merosakkan kesucian agama ini. Berdakwah perlu ikhlas. Ingat, ALLAH dan nabi
akan tanya apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam.
Sesungguhnya tiap tinta dalam
entri ini lebih dekat dengan jemari penulisnya dan bila-bila masa saja akan
diuji. Doakanku sahabat semoga aku kuat
menghadapinya.
Kerana akhirnya nanti kita ingin kembali dalam husnul khatimah~
Alfaqirah ilallah
Anamuslehlife2012
29122012
Friday, November 2, 2012
#2 Perjuangan Ramadhan 1433H
+sambungan+
7 Ogos 2012 (selasa)
Pagi itu bangun tido keadaan sy tiada
perubahan, hati rasa sayu. sy berchatting dgn k.aah melalui fb. Bgtau rasa
macam nak berubat, dah tak tahan. Nak pegi sekolah pun macam xda function, x
dapat buat apa2 kerja. K.aah tanya nak balik kampung ke? Mmg hati berat nak
balik tapi malas nak memikirkan prosedur cuti sakit tu, sy xlarat nak uruskan
sendiri, berdiri rasa nak tumbang. Kemudian, setelah difikirkan dan dibuat
pertimbangan, sy rujuk juga pd unit praktikum, sy sms memaklumkan kepada En.Izan
mengenai kondisi sy yang sudah 9 hari demam. Sy mohon kebenarannya untuk ambil
cuti. Tak sangka pula En.Izan tahu perkara ini daripada En.Sufian yang diturut
dimaklumkan oleh a.aris. Alhamdulillah permohonan sy diterima, sy maklumkan kpd
pihak sekolah untuk cuti sakit. Dan yang pasti surat mc itu perlu ada. K.aah
sudi untuk hantarkan sy balik kmpg. Saya bersiap2 sementara tunggu k.aah sampai
dari melaka. Dalam hati terfikir mcm mana la dia nak bwk kete dengan faza yang
masih kecik tu. Moga semuanya selamat.
Dekat pukul 10 xsilap sy, k.aah sampai di
iprm. k.aah bawa saya ke melaka dahulu, sampai di melaka, k.aah terus bawa saya
ke klinik kesihatan tengkera untuk memohon surat mc. Sewaktu menunggu giliran
di klinik, sy dan k.aah merancang utk berubat cara Islam di melaka sahaja. Sy
tny kpd shbt ippm mengenai ustaz yg boleh mengubatkan pesakit yang terkena
gangguan. Dlm masa yg sama sy bertanya juga pd k.nor kalau2 imam shah available
utk ubatkan. Lgpun sy tak bercdg utk cuti lama sbb bimbang akan peratusan
kehadiran ke praktikum kurang. K.nor bgtau xdpt call imam shah, tp dia ada kwn
yang duduk di kuarters Nilai geng2 ustaz haron din jugak yg boleh mengubatkan.
Alahai, jauh la pulak, waktu tu dah berada di melaka. Sy pasrah. Sy dapat dua
hari mc. Selesai urusan di klinik, k.aah bawa sy balik ke rumahnya. Sy berehat.
Kepala still pening, suhu badan yang kadang kala naik kadang kala turun.
Betulla, saat tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya. Saya rasa amat dekat
dengan Allah, betul2 kita perlukan perlindungan Allah. K.aah sarankan sy utk
stay di rumahnya dulu, esoknya baru berubat.
Berada di rumahnya sy rasa seperti
seminggu, ntahlah rasa begitu lama, padahal hny satu mlm! Waktu berbuka hanya
berjaya mkn beberapa suap walaupun sy tgk nasi goreng yg k.aah buat begitu
sedap. Sy jugak mintak air sejuk sebab itu sahajalah yg boleh membuka selera
sy. Sy hanya terperap di bilik.
Menjelang senja, rasa yang sama berulang
lg. Badan sy rasa teramat sejuk, sy pakai sweater, tudung, stokin, tetap juga
sejuk. Tetapi selepas maghrib dlm jam 7.45 keadaan kembali normal. Begitulah
keadaannya 2 3 hari sy rasakan. Sepanjang mlm sy rasa tidak selesa. Tido dengan
keadaan asyik terjaga. Dengan keadaan badan yg panas, ntah brapa puluh kali sy
menuam dahi, perut dan kaki krn rasa x selesa. Betul k.aah kata, keadaan sy mcm
‘gombal’. Nak pggl k.aah pun sy tak larat, apatah lagi nak bgn.
8 Ogos 2012 (rabu)
Pagi tu keadaan agak ok sedikit. Haritu k.aah
terus hantar sy ke jb (seingat sy dalam tengahari @ lepas zohor baru gerak)
sebab pg tu dia siapkan kuih-k.aah mohon
betulkan kalu ingat. Mmg tempahan kuih drp rakan2 pun sy x sempat penuhi
sbb k.aah dah sibuk menguruskan sy dan keadaan sy yang tak terurus, nak jumpa
org lain pun x sempat. Sampai jb dalam waktu petang. Malam tu sy dihantar oleh
abg alim, k.nor ke nuuru syifa (tempat yg biasa sy buat rawatan). K.nor bgtau
alhamdulillah, mgkn rezeki sy dpt buat rawatan mlm tu. Kalau diikutkan imam
shah tak buat rawatan dlm bulan ramadhan kecuali kes2 kecemasan. Sampai di
sana, keluar dr kereta, sy trus dapatkan kerusi utk duduk, sementara menunggu
utk masuk ke bilik rawatan, sy berasa sgt tak tahan sehingga sy terpaksa duduk menyandar
di dinding berdekatan kaunter. Sebaik sahaja imam shah panggil untuk memulakan
rawatan, soalan yang ditanya, “Kenapa lambat sangat datang, teruk sangat dah ni”.
Allahuakbar. Sy tak mampu utk menjawab. Kalau diikutkan hati mmg drp minggu
lepas lg sy nak berubat. Allah..sesi rawatan itu, sakitnya Allah sahaja yang
tahu. Bila kuku ni ditekan, peritnya umpama kene sepit dengan playar. Benar,
Kekuasaan Allah tak boleh ditandingi oleh sesiapa. Makhluk2 tu lemah dengan
kalimah suci. Selesai rawatan, badan sy rasa sgt lemah. Lemah kerana menahan
kesakitan sewaktu berubat. Imam Shah bgtau, “Kalau lambat sikit datang ni boleh
tumbang orangnya”.
Seperti biasa sy perlu mandi air limau 4
hari berturut2 sebagai prosedur rawatan. Abang alim turut mengijazahkan kepada
sy Hizb Bahri untuk diamalkan sebagai pendinding diri.
Kesakitan itu berlarutan sehingga 2 minggu lebih rasanya sehingga saya benar2 pulih, sisa sisa kepala yang masih 'tak centre' masih saya rasai ketika hari raya aidilfitri. pakcik sy yang boleh mengubatkan mengajukan soalan bertalu2 sehingga sy malu. Biarlah berjuta soalan yg ditanya, cukuplah ujian itu sekadar seepisod dr penghidupan sy dan sy tak mahu ianya terjadi lagi. Sy tidak boleh bergerak ke mana-mana keseorangan kini, sy tak kuat. Jiwa sy lemah.
Kesakitan itu berlarutan sehingga 2 minggu lebih rasanya sehingga saya benar2 pulih, sisa sisa kepala yang masih 'tak centre' masih saya rasai ketika hari raya aidilfitri. pakcik sy yang boleh mengubatkan mengajukan soalan bertalu2 sehingga sy malu. Biarlah berjuta soalan yg ditanya, cukuplah ujian itu sekadar seepisod dr penghidupan sy dan sy tak mahu ianya terjadi lagi. Sy tidak boleh bergerak ke mana-mana keseorangan kini, sy tak kuat. Jiwa sy lemah.
Kehidupan saya selepas itu berubah. Banyak
hikmah yang saya perolehi. Saya sangat-sangat diuji dengan kesabaran. Tiap apa
yang kita tuturkan pasti Allah akan tuntut. Dalam keadaan sy sakit itu, sy
hilang selera makan menjadikan berat badan sy hilang hampir 6 kg, sy tak
terdaya untuk berdiri, kepala sy sangat pening dan hanya mampu terbaring.
Sewaktu tido ntah brapa puluh kali saya batuk2 kadang kala sampai muntah.
Terharu melihat k.aah yg byk bantu dan jaga sy.
Selama ini saya banyak berbicara mengenai
sabar dan hikmah. Dan ternyata Allah menguji dalam keadaan yang tidak
disangka-sangka. Jiwa seorang daie juga tidak seharusnya kosong sentiasa perlu
diisi dengan zikrullah. Dan satu perkara yang amat diterapkan oleh adik sy,
azye kita sangat2 perlu sentiasa mengingati Allah, kalau boleh jangan putus
mengingati Allah kerana pada badan kita sudah ada jalan bg ‘mereka’ yang boleh
masuk bila2 masa seandainya hati lalai.
Allahurabbi, kesakitan ini juga
menyedarkan sy bahawa ramai insan disekeliling sy yang amat mengambil berat dan
sayang akan diri sy. Perhatian yg diberikan amat meruntun hati ini. Dalam
kondisi sy yang lemah, kadang kala, nak berjalan ke bilik air sy rasa mcm x
mampu dan takut2 kalau pitam lagi. Sy juga terpaksa solat dlm keadaan duduk krn
x mampu utk berdiri lama. Tp semua ujian ini tidak lain dan tidak bukan sebagai
tanda kasih sayang Allah kepada saya. Saya terima sbg kifarah dosa. Mgkn,
terdapat byk kekhilafan dan dosa yang selama ini ingin Allah padamkan sebelum
sy benar2 ‘kembali’ pd Allah.
Saya sgt terharu pd perhatian yg diberikan
terutama family sy, rakan2 serta pensyarah yg sentiasa beri kata semangat dan
doa agar sy cepat sembuh seperti sediakala. Perubahan yg drastik pd diri sy
amat ketara. Sy susut sehinggakan saudara mara menyedari akan perubahan pd diri
sy pada hari raya. Apa yg boleh sy katakan kini, alhamdulillah, kesakitan itu
mengajar byk perkara kpd sy juga agar sy lebih tabah utk mengharungi kesusahan
yg lebih pd kehidupan akan dtg. Seorg adik beri kata motivasi kepada saya, “Akak
diuji mungkin kerana Allah nak beri sesuatu yang lebih baik”. Dan benar, saya
seperti sudah menyedari akan ‘hadiah’ yang Allah nak berikan itu. Cumanya,
samada benar atau tidak, itu saya belum pasti. Segalanya dalam pengetahuan
Allah.
Wallahualam, mana yang baik harap pembaca
semua ambil dan yg tak tidak baik semoga dapat dijadikan sempadan.
Alfaqirah Ilallah,
Anamuslehlife2012.
Perjuangan Ramadhan 1433H.
Kini, saya sudah boleh kembali tersenyum J
Tuesday, October 30, 2012
Usah celarukan ummah
Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.
Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.
Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.
Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?
Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?
Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?
Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.
Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.
Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.
Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.
Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?
Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.
Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.
Apabila Cinta Silap Dipandang.
Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.
Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.
“Hish, kecik-kecik dah gatal!”
Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.
Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.
“Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
“Hang budak lagi. Belajar dulu.”
Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.
Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.
“Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
“Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
-----------------------------------------------------------
Perbualan di atas ini adalah SMS
------------------------------------------------------------
Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.
“Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
“Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
“Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.
Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.
Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.
Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”
Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.
Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.
Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.
Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.
Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.
Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.
Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.
Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.
Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.
Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.
Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.
Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.
Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.
Sunday, October 28, 2012
[Repost] #1 Perjuangan Ramadan 1433H
Perjuangan Ramadan 1433H
Sebaik-baik peringatan adalah mati. Dan sakit itu antaranya boleh membawa kematian jika tiada penawarnya. Hikmahnya Sakit. Syukurilah waktu sihat anda, kerana Allah sahajalah yang berhak ke atas diri kita. Dia yang berkuasa memberi kita sihat mahupun sakit. Dan jika kita lalai, kita jauh dariNya, dia memanggil lagi kita dengan memberikan ujian agar kita kembali rapat padaNya. Itulah yang dikatakan hikmah tiap ketentuan. Tanda sayangNya.
29 Julai 2012 (Ahad)
Berada di seremban, malam tu dlm pukul 10 lebih ke kedai depan IPRM (prime house) beli air dengan beberapa org shbt naik keretanya. Tak bawak WGH, waktu tu bateri kereta kong. Lepas beli air, sy bergerak ke kereta dahulu tanpa menunggu shbt2 lain, waktu tu mereka semua masih membeli brg. Belum tiba di kereta, sampai depan kedai fotostat LB sy jatuh terjelepuk sewaktu menuruni kaki lima (jatuh yang begitu simple tapi lutut agak luka sehingga seluar terkoyak sedikit, rasa sakit amat smpi sy terpaksa tggu beberapa saat utk bgn sendiri), sy tertunggu shbt2 kalu mrk hampir smpi di tempat sy terjatuh. Mereka memapah saya utk berdiri. Saya jln terjengket2 menahan kesakitan, tiba2 terfikir, mcm x logik cara jatuh td. Tp xpelah, benda dah berlaku. Sampai di bilik, saya dah xlarat, basuh kaki kemudian terus tido (esok perlu bgn awal utk ke sekolah).
30 Julai 2012 (Isnin)
Bangun pagi dah rasa lain macam, badan rasa xsedap mcm org demam, nak mandi pun rasa sejuk je..gagahkan diri jugak, sy kene pegi sekolah. Bgtau hani (pasangan praktikum) rasa mcm x sedap bdn, pegi sekolah pun kene tahankan kaki yang luka tu. Sy tutup dgn tisu supaya luka tak bergesel dgn kain. Sampai di sek, pegi pejabat tandatgn kehadiran, pegi ke bilik guru, duduk saja, pukul 7.30 turun ke perhimpunan. Saya rasa tak aktif haritu dengan rasa badan yang panas. Habis je perhimpunan saya naik semula ke bilik guru. Bayangkan dari jam 8.00 pagi sampai pukul 2.00 petang saya hanya mampu duduk di tempat saya dan tido! Kebetulan hari Isnin saya xda kelas. Sangat tak larat, rasa kaki lenguh, badan sengal. Rasa useless, assignment pun tak tersentuh. Sepatutnya saya boleh gunakan waktu tu utk wat RPH hari selasa. Kadang2 terjaga dr tido, nampak hani tengah buat assignment. Dalam hati, Ya Allah, apa yang aku mampu lakukan, diri aku sgt lemah.
Balik sekolah.
Malam tu, shikin (clasmate) dtg bilik pulangkan buku kalu x silap. Saya hanya mampu terbaring di atas katil. Suruh dia letak je atas meja. Badan saya rasa sejuk sangat, sy bgtau semalam terjatuh, berdarah beku, luka tu ada kesan tergores. Shikin bagi minyak gamat. Adel (clasmate jgk) pun dtg bilik, dia tau je sy demam, dia kata kene tuam bagi turun skit suhu badan, dia bg tuala untuk saya tuam. Saya hanya bangun untuk solat, bimbangkan RPH saya yang tak tersentuh, assignment yang tak tertengok. Saya fikir nak pegi klinik esoknya.
31 Julai 2012 (Selasa)
Pagi tu ckp dgn hani nak pegi klinik. Dia offer utk hantarkan. Jumpa Pn. Su (GPK 1), nyatakan hasrat, dgn badan yang x sihat. Saya ingat nak pegi lepas kelas hani, dlm 8 lebih. Tapi Pn beri kebenaran pegi pkul 11, kemudian dia benarkan untuk terus balik sbb nak pegi klinik kemudian balik sekolah semula mkn masa. Sampai IPRM dlm lepas zohor juga sbb kat klinik ramai org. Hari kedua ni suhu badan dah kurg skit dr smlmnya, alhamdulillah. Mula mcm xlarat nak mengajar, tp sy gagahkan diri juga untuk mengajar, kasihan pd anak murid kalu mis satu kelas pun. Maaf anak2 muridku, preparation cikgu xseberapa. Kesian kamu, yang pasti ada sesuatu yang kamu perolehi drp p&p itu.
1 Ogos 2012 (Rabu)
Demam dah berkurangan tapi suara dah mula serak. Setiap hari sy akan ambil habbatussauda utk kesihatan diri. Mungkin itu turut membantu. Harini tiada kelas juga. Pensyarah pembimbing sains bgtau esok dia nak dtg utk observe.
Mlm tu sy xtido, neves, kalu bleh nak buat yang terbaik utk prak kali ni. Buat preparation. Air kosong sentiasa di sisi. Disebabkan saya berdegil xnak makan ubatan klinik, saya hanya bergantung pada safety treatment. Call mak, minta restu + mohon doakan esok dpt buat dgn baik, pesan call kejut andaikata tertido. Tak bgtau mak sy demam, xnak dia risau lagipun rasa dah nak sembuh.
2 Ogos 2012 (khamis)
Fikir idea dan BBM sampai xtdo, tak sempat mkn utk sahur, Cuma minum air kosong. Mak call, sy angkat tel, bgtau mak, “Eton tak tido mak, mohon sekali lagi doakan pengajaran & penyeliaan berjalan lancar.”
Khamis ada 2 kelas, 7.40 dan 12.30. Kedua2nya 1 jam. Di kelas yang pertama (5 Daisy), saya pitam. Waktu tu dah step yang keempat. Tengah terangkan pada murid, saya mcm terstuck, rasa lain macam, kepala berpusing, minta kebenaran pada murid utk ke bilik persediaan sebentar. Bilik tu cuma bersebelahan dgn makmal. Sampai di bilik, rasa terus duduk di kerusi dan kepala saya terus terlentuk di atas meja, pandangan saya gelap, saya tiba2 teringat, tadi tak sahur dan tak tido. Saya terfikir murid-murid yang tengah saya biarkan, dengan bisingnya, risau perkara yang tak sepatutnya terjadi. Saya gagahkan diri untuk teruskan p&p, x mampu, saya pergi kepada seorg murid untuk beri arahan seterusnya. Selepas beri arahan, saya masih rasa pening, pandangan gelap, saya berjalan semula ke bilik persediaan utk rehat sementara murid-murid siapkan tugasan yang saya beri. Baru sampai di pintu bilik, saya pegang dinding, pandangan semakin gelap, tau2 sy dah terduduk, tiba2 sy terdengar suara “cikgu kenapa?cikgu tak sihat ke?” Saya baru tersedar saya dah pitam, saya pesan pd mereka, “Pegi ke bilik guru, bgtau cikgu suraya, cikgu pengsan (tersilap ckp).” Hani dtg, buka kipas di bilik persediaan, saya bersandar di dinding, rehat sekejap, tak lama kemudian, saya tersedar semula, rasa badan berpeluh2. Tengahari tu saya diobserve, ceritakan pada pensyarah sedikit ttg kesihatan saya, dan kisah saya terjatuh ahad mlm isnin tu. Dia tanya saya, kemudian dia kaitkan mungkin ada bersangkutan dgn makhluk yang kita x nampak. Saya bgtau, “saya ada terfikir juga perkara tu en,...hurm.” terfikir nak berubat di nuuru syifa, tapi masa yang membatasi. Mmg prak ni membataskan pergerakan sy. Benar kata beberapa org guru, “nak jadi cikgu ni mmg ssh, dah jadi cikgu mudah.” ...Mmm..
Dalam hari yang sama, pensyarah pembimbing PJ bgtau juga nak dtg keesokan harinya nak observe kami mengajar.
3 Ogos 2012 (jumaat)
Penat, tapi nak buat mcm mana, realiti cikgu praktikum. Mata panda, tak tido malam dah jadi perkara biasa. Saya, insan biasa, lemah, saya rasa x larat. Mlm tu ingat nak stay up lagi preparation utk esoknya, tapi saya tertido. Menyesal! Pagi tu juga saya pulun sebelum sahur untuk siapkan RPH hari jumaat. Saya sangat2 menyesal, Ya Allah, observe kot. Di kelas PJ, sekali lagi diuji dengan anak murid yang merajuk dgn saya sbb dia nak main bola sepak, x mahu blaja kemahiran hoki. Saya dah beritahu bhw pensyarah akan dtg. Ada sorg murid lain beritahu, “Dia sakit hati cikgu,”. Saya pelik dgn jawapannya. Selepas bercakap dgnnya barulah sy faham. Ianya amat menguji kesabaran saya. Saya pasrah, mujur pensyarah memahami, pensyarah beri cadangan bagaimana utk tangani isu sebegitu. Jadikan dia contoh atau ketua bagi aktiviti yang kita lakukan. Kemudian pujian. Murid-murid amat suka pada pujian.
Keadaan dah ok sket, tapi kadang2 pening kepala tetap ada. Suara semakin serak + seksi. Saya banyak berdiam dan memerhati. Takut tiba2 ‘tumbang’ lagi. Dah mampu utk keluar IPRM utk urusan2 seperti beli barang dan sebagainya.
Pagi tu saya rasa seperti smlm, masih memerlukan rehat. Hanya terbaring di atas katil. Ptg lepas zohor, k.saa (junior Pia) pinjam kereta. Tiba-tiba ptg selepas asar saya rasa keadaan seperti isnin mlm selasa terjadi lagi. Badan terlalu sejuk. Tudung saya pakai, sweater, stokin walaupun dalam keadaan terbaring di bilik, pun masih sejuk. Sy msj Azye (adik junior yang selalu sy berkongsi kisah ttg nuuru syifa), dia sarankan perkara yang saya dah buat tu. Hari2 selepas sy sakit, azye bgtau waktu sy msj dia ttg badan sy sejuk teramat ni, dgn tiba2 dia rasa benda yang sama. Kak Aezza (roomate) xda, lepas zohor tu dia balik rumah. Saya keseorangan di bilik. Tempah makanan dgn k.saa. Tak lama tu dilah (JPP yang prihatin) dan k.saa dtg bilik. Saya bgtau xlarat sgt, mrk paksa sy ke klinik lagi sbb suhu badan sy panas sgt. Saya xnak menyusahkan mrk, pada saya doc xbleh buat apa, hanya bg ubat, lagi pun malam nak terawikh lagi, last2 hati saya merelakan utk pegi. Kami gerak lepas maghrib. Mulanya ingat nk pegi klinik Dr. Othman (depan IPRM), tp tutup, sy cdg pegi klinik 1 Malaysia, dia kata dah lama sgt 6 hari tu, kat sana hanya provide ubat, nurse tu sarankan pegi trus klinik kesihatan kat sana bleh check darah, kot ada demam denggi ke. Kami pun pegi klinik kesihatan. Ramai org, ingat suhu badan sy yang dah amat panas ni bleh la masuk ke ruangan emergency, rupa2nya ruangan biasa. Saya tak sedap duduk, berdiri pula rasa nak pitam. Disebabkan ramai org, sy xjumpa tmpt duduk. Saya menyandar di dinding. Tak lama kemudian, MA panggil, dia check suhu, 39.5 degree celcius. Sy bgtau sy x mkn antibiotik lg sblm ni. Antibiotik yang doc bg waktu pertama kali sy pegi klinik selasa tu pun sy x mkn. Saya hanya mkn habbatussauda. Last2, dia bwa sy ke satu bilik, dia beri sy ubat demam dan suruh mkn – kecewa + terpaksa, badanku dimasuki toksid =’( Kemudian sy tggu di ruangan biasa. Tunggu punya tunggu, akhirnya, 10 lebih baru masuk bilik rawatan, ambil darah, xda mslh. Nurse pesan minum air byk2 kalu bleh satu hari satu botol besar tu.
Terfikir saya tak makan apa lagi, tadi xlarat, mihun sup yang pesan pd k.saa n dilah td takut dah tak elok utk dimakan sebab dah lewat malam. nak pegi kedai mkn mesti kedai dah tutup. Kami pun beli apa2 yang patut di koperasi klinik tu. Balik, mkn ubat (terpaksa jugak utk sembuh) dan tido.
5 Ogos 2012 (ahad)
Esok paginya saya tak ingt sgt apa yang berlaku. Yang pasti sy hanya terbaring di katil spt hari yang sebelumnya. Mlm tu emak call, dlm keadaan yang sgt teruk tu, sy terpaksa juga beritahu perkara yang berlaku. Mak ckp, “tu la, masa ko tel haritu (rabu mlm kamis), mak nak tel lagi tak tertelefon (sy tau mak sibuk buat kerepek, ramai org yang order), sy beritahu segalanya, nak tak nak mak pasti akan tau, sebab suara yang serak.” Saya tak lalu makan, mknn yang sy gemari jadi kurg berselera, waktu berbuka pun, sy ambik masa tuk habiskan mknn. Seingat sy, waktu tu pesan dgn k.eza ayam percik, saya hanya makan beberapa gigit saja, tak boleh nak masuk. Saya hanya mampu buka berselera dgn air sejuk.
Mak sebak dgr sy cerita keadaan sy. Waktu tu badan sy teramat susut, berjalan pun terhuyung hayang, kepala berdenyut2. Kemudian mak call semula, katanya esok dia dtg bawak lek esah (makcik tukang urut kat kmpg) utk urutkan saya dengan amri jadi tukang driver (anak sedara, kebetulan dia tgh cuti). Kebetulan juga a.aris kene ke KL esok, ada keje, jd mrk gerak saing dan a.aris dtg skali tunjuk jalan pd amri. Saya mesej k.nor (kakak yang perkenalkan nuuru syifa) minta ayat penawar bagi demam panas. Belum berbalas, dah tidur agaknya.
6 Ogos 2012 (Isnin)
Pagi ni sy cdg nak ke klinik lagi, kalu ke sek pun sy xlarat nak buat apa2, bergerak ssh, berdiri rasa nak terjatuh, mengajar suara xda, dgr bunyi2 bising amat menyakitkan hati. Saya ambil keputusan ke klinik sama waktu mcm nak pegi sek, mak dan a.aris sampai dlm tghari. K.eza offer nak hantar, katanya klasnya start 8.45, tp sy yakin akan lama sbb ianya klinik kesihatan,ramai org. Saya pegi sendiri. Hampir pukul 7 juga keluar. Dalam kelemahan terasa tu, alhamdulillah bleh drive dgn selamat smpi di klinik. Lama di klinik, doc suruh ambil darah lagi dan buat urin test. Seperti keputusan lalu, xda apa2 mslh cuma ada kuman sket dlm darah. Dalam fikiran, mgkn btl apa yang encik ckp haritu, ada kaitan dgn benda2 yang kita xnampak ni. Terlalu lama saya dmm xsembuh lagi. Xmgkn sy jatuh yang biasa2 tu bleh sebabkan demam. Saya bersangka juga mgkn sbb berus gigi yang sy gunakan haritu, ianya dah terbuka lama sbb selepas buka dulu sy baru pakai 2 3 kali, mgkn ada kuman melekat padanya, sebab tekak sy rasa perit sehari sblm demam. Saya masih tinggalkan persoalan itu di benak fikiran sy. Saya balik IPRM, sampai bilik dlm pukul 10 kalu x silap..saya tido, tak lama dlm 12 lebih mak, bapak, lek esah, amri, a.aris, k.uji dan kawan a.aris dtg. K.nor beri ayat penawar ...
“ayat 69 surah anbiya’, baca 7X...baca pd air utk diminum @ basahkan kepala. Yakin, sembuh @ x sembuh sume keje Allah..mcm kata imam syah. Allah turunkan setiap kejadian pasti ada hikmahNya.”
Yup terlalu byk hikmah yang dpt direnungi.
K.uji yg mudah keluarkan air mata tu dah merah2 mata sebaik sja tgk saya, dia kasihan tgk badan sy yang sgt susut. Kami ke bais, lek esah urutkan saya di bilik helwani, dia kata tegang urat saya, mgkn sebab lama sgt dah demam. Waktu saya diurut, k.uji beri sy air penawar yang diminta drp k.minah (org yang dah biasa rawat org sakit) utk buatkan. K.uji bgtau juga, “K.minah ada bgtau eton 'tertegur' waktu jatuh haritu, kira eton bukan demam biasa ni, lambat sket nak sembuh.” Hmm..aku redha, betul sangkaanku. Sy cdg untuk pegi buat rawatan Islam terus, tapi MASA..a.aris bgtau bleh ambik cuti nnt dia uruskan. Tapi terfikir dia nak ke KL, sempat ke dia nak uruskan? Mak ada tanya jugak, kalu balik kampung senang sket mak tgk2kan..dah terlalu teruk keadaan sy (kak aah kata mcm gombal). Sy memikirkan tgh praktikum, byk prosedurnya..dan sy tak terfikir pun utk inform unit praktikum mahupun mentor krn menyangka ia adalah demam biasa dan akan sembuh spt sediakala dlm beberapa hari lagi. Keputusan – sy stay lagi IPRM. Lepas zohor mereka gerak balik. A.aris ke KL. Melihat kepulangan mak, bapak, Lek Esah n amri saya sayu, sebak dan terharu. Hati nak ikut balik tapi terikat dgn praktikum. Ia bakal menjejaskan markah. Matlamat sy skrg nak berubat dgn rawatan Islam, selagi benda tu ada dlm badan, selagi tulah sy mcm ni, melepek tak bermaya, dan tak pasti bila sy akan sembuh dan bleh ke sekolah lagi untuk mengajar. Setiap ketika badan terasa amat lemah, nak ke bilik air pun ssh, apatah lagi nak buat rutin harian biasa, berdiri lama pun xbleh, apa lagi yang bleh sy lakukan, bilik pun dah tak terurus, atas meja penuh dgn botol2 air, ubat dan sbgnya, tak tersusun, sy rimas, tapi x mampu. Ya Allah, andai ini adalah peluang2 terakhir hidupku, aku mohon ampunilah dosa2ku yang telah lalu. Andai sakit ini adalah ruang penghapusan dosaku, aku redha. Aku byk kelemahan, ampuni dosaku Ya Allah. Byk sgt amanahku yang tak terlaksana,mgkn inilah kifarahnya.
+bersambung+
Wednesday, October 10, 2012
Jiran di Tempat Praktikum
Meninjau beberapa minggu ke belakang,
Ada kala manis,
Ada juga pahit yang dirasai,
Bagi saya yang manis itu perlu diingati,
Yang pahit jadikan sempadan agar tidak mengulangi,
Sesekali saya teringat kepada Adif,
Anak kepada guru di sekolah tempat saya berpraktikum,
Adif baru berumur 6 tahun,
Kehadirannya adakala memberi senyuman kepada saya,
Tatkala saya ditimbuni dengan pelbagai tugasan
Usai sesi persekolahan, dia akan hadir ke sekolah
Setia menunggu mamanya sehingga habis waktu mengajar,
Bermain dengan rakannya, Met yang juga anak guru di sekolah tersebut,
Menonton upin ipin,
Bermain permainan angry bird.
Menurut ibunya dia seorang yang peramah dan mudah masuk dengan sesiapa sahaja,
Benar, dia amat selesa berbual dengan saya dan pasangan praktikum meskipun baru kenal
Ketiadaannya pula sedikit sebanyak menjadikan suasana sedikit sunyi,
Dia baru sahaja menjadi 'abang' beberapa bulan yang lalu,
Doa saya agar Adif menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
Ada kala manis,
Ada juga pahit yang dirasai,
Bagi saya yang manis itu perlu diingati,
Yang pahit jadikan sempadan agar tidak mengulangi,
Sesekali saya teringat kepada Adif,
Anak kepada guru di sekolah tempat saya berpraktikum,
Adif baru berumur 6 tahun,
Kehadirannya adakala memberi senyuman kepada saya,
Tatkala saya ditimbuni dengan pelbagai tugasan
Usai sesi persekolahan, dia akan hadir ke sekolah
Setia menunggu mamanya sehingga habis waktu mengajar,
Bermain dengan rakannya, Met yang juga anak guru di sekolah tersebut,
Menonton upin ipin,
Bermain permainan angry bird.
Menurut ibunya dia seorang yang peramah dan mudah masuk dengan sesiapa sahaja,
Benar, dia amat selesa berbual dengan saya dan pasangan praktikum meskipun baru kenal
Ketiadaannya pula sedikit sebanyak menjadikan suasana sedikit sunyi,
Dia baru sahaja menjadi 'abang' beberapa bulan yang lalu,
Doa saya agar Adif menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
Seminar Penyelidikan Tindakan
Pada hari ini 10 Oktober 2012, saya telah menghadiri
jemputan ke Seminar Penyelidikan Tindakan bagi Pendidikan Sains yang telah
dilakukan oleh para seniors, ambilan Januari 2009.
Seminar ini dijalankan di Golden Straits Villas Beach
Resort, Port Dickson selama tiga hari.
Alhamdulillah, kami telah diberi pendedahan awal dalam melakukan kajian tindakan sebelum tiba tahun akhir kursus.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kumpulan Sains dan
Matematik yang telah berjaya menjayakan seminar ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
