Tuesday, June 28, 2016

MEALSHAKES YANG BERKHASIAT

ALHAMDULILLAH, ANAK DAH TAK SEMBELIT

Runtun hati saya tengok si kecil yang menahan sakit sembelit

Ada yang jenis nak membuang tapi tak lawas

Tambah pula jenis picky-eater, tak nak makan sayur, tak nak makan ikan atau daging

Ibu dah cuba macam-macam nak bantu yang tersayang, tapi belum berhasil

Mealshakes dirumus khas untuk elakkan sembelit

Bukan untuk kanak-kanak je, cikton yang memang jenis sukar membuang sekarang dah normal, 
alhamdulillah

Konsisten amalkan sejak ramadhan ni

Hepi je rasa, dah kurang sakit-sakit kepala, badan lesu

Yang bagusnya mealshakes ni bantu cukupkan keperluan nutrisi anak-anak kita

Berminat ibu-ibu?

Jom pm cikton untuk details
Harga asal RM121

Tapi, bulan ni ada promo,
Nak dapatkan harga promo boleh pm saya terus
013-602 8873

Jom sihat bersama-sama!


Saturday, June 11, 2016

TIPS KEKAL SIHAT SEPANJANG BERPUASA

BEST LA RASA PUASA TAHUN NI
===========================



Tau tak kenapa saya cakap camni?
Bukan bermakna puasa tahun lepas tak best, tapi tahun ni sangat lain rasanya.
Rasa kenyang lebih lama selepas sahur tu.
Kalau sebelum-sebelum ni, sampai tengahari je dah menggigil-menggigil dan breastfeed anak juga kan...so, banyak sangat kalori yang digunakan kalau bf anak ni...mommies yang bf anak mesti mengerti perasaan saya.
So, terdetik hati nak share...apa yang membuatkan saya dapat bertahan lebih lama.

Saya ambil mighty 3 germs ni waktu sahur...esp, mealshakes dan performance drink.

Seperti yang semua sedia maklum...esp berasaskan protein tumbuhan yang tidak diubahsuai, dan indeks glisemiknya rendah...tau tak...makanan yang berindeks glisemik rendah ni lambat dihadam, jadi membuatkan kita lambat rasa lapar...dan seperti yang disyorkan Kevin Zahri, lebih baik ambil protein lebih berbanding karbohidrat untuk kekal bertenaga dan elak keletihan yang keterlaluan sepanjang berpuasa.

Habis tu, apa pula fungsi mealshakes? Mealshakes ni bantu melengkapkan keperluan nutrisi sepanjang puasa dan bantu elak sembelit.
Kita bila berpuasa nak pastikan semya keperluan khasiat makanan diambil agak sukar bukan? Tu yang kadangkala boleh sebabkan sembelit. Jadi, saya gantikan dengan mealshakes...alhamdulillah, setakat 5 hari berpuasa ni tak pernah lagi sembelit dan harapnya berterusan hingga hari terakhir.

Performance drink pula biasa yang ambil mereka yang banyak gunakan tenaga untuk lakukan aktiviti seharian. Contohnya ahli sukan, pekerja buruh, mereka yang banyak lakukan pergerakan seperti turun naik tangga dan lift, doktor yang sentiasa menerima pesakit untuk dirawat, jururawat dan ramai lagi. Fungsi performance drink ni untuk kurangkan kehilangan air daripada badan. Jadi, anda bayangkan kalau kita ambil performance drink ketika sahur, insyaallah badan kita kurang rasa letih. Jika diambil sewaktu berbuka pula, insyaallah dapat menunaikan solat terawih dengan baik tanpa rasa keletihan. Sudah tentu ini yang kita inginkan bukan? Ingin beribadah dengan baik ramadan ini.

Jangan salah faham ye, saya tidak kata takkan rasa lapar dan dahaga jika ambil ketiga-tiganya...sebab puasa ni sendiri mendidik diri kita untuk merasa lapar dan dahaga supaya turut merasai kesusahan mereka yang tidak dapat makan dan minum.

Cumanya, mereka yang menyusukan anak seperti saya, yang bekerja di pejabat, surirumah yang sibuk menguruskan rumah dan keperluan anak-anak, masih boleh meneruskan rutin harian seperti biasa tanpa perlu mengeluh keletihan, lapar dan dahaga.

Siapa nak macam saya?
Boleh sapa saya untuk tahu lebih lanjut. Saya sedia membantu anda yang memerlukan.

MIGHTY 3 GERMS (ESP + MEALSHAKES + PERFORMANCE DRINK)
Gabungan terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadan.

Zaiton Muhaimin,
Founder of Sihat Circle
Shaklee Independent Distributor.
No ID : 1178012

Tuesday, April 12, 2016

Rahsia Disebalik Hidangan Ayam

KENAPA PROTEIN TUMBUHAN MENJADI PILIHAN KITA? BUKAN PROTEIN HAIWAN?
Terdapat pelbagai jenis sumber protein haiwan seperti Ikan, daging, kambing, ayam, telur, tenusu dan lain-lain. Setiap hari kita makan. Siapa tak makan semua ni? Tapi.. sebenarnya sumber protein haiwan berisiko tinggi mempunyai hormon dan bahan-bahan kimia. Cer tengok ayam tu.
Contoh mudah, 3 suntikan utama pada ayam :
1. Suntkan hormon pertumbuhan - ayam besaq cepat !
2. Suntikan hormon tambah daging - ayam besaq & daging banyak !
3. Suntikan antibiotik - ayam tak mudah kena jangkitan, mudah untuk dibela
Hormon ini kita makan setiap kali kita makan ayam. Kebiasaannya protein haiwan juga tinggi lemak & kolesterol. Dan ini memberikan risiko penyakit jantung & hati kepada kita. Inilah sebabnya kita perlukan alternatif kepada protein tumbuhan seperti ESP.


p/s : bagus juga kalau dapat makan ayam yang diternak sendiri

Jurnal Ummu Rashid 5.0

Anak bujang akhir-akhir ni dah bijak nak makan sendiri, minum air sendiri. Bagi peluang, walau tak sempurna.
Biar baju basah, biar mulut comot, sambil-sambil ditegur agar semakin hari semakin baik. Belajar melalui pengalaman.
Kalau air tumpah ke lantai, dah pandai ambil kain lap dan lap sendiri.
Anak-anak kecil, bagi mereka panduan, sekali buat insyaallah mereka akan ingat.

Comot-comot baju lepas minum air sendiri

Jurnal Ummu Rashid 4.0

Anak-anak banyak belajar melalui pemerhatian. Diperhatikan, diamati setiap perlakuan lalu ditiru. Itulah proses pembelajaran mereka untuk meningkatkan potensi diri.
"Didiklah anak-anak untuk hidup di zaman mereka."
Zaman sekarang, bukan macam zaman saya yang dahulu (balik sekolah, kaw tim dengan kawan2 jumpa sebelah petang main jadi cangkung, main pondok2, panjat kura-kura tempat jemuran pinang sampai kena marah dengan arwah bapak). Kami bermain tanpa kehadiran ibu bapa di sisi, sebab ketika itu jenayah kurang berlaku, yang penting pandai bawa diri, sebelum maghrib mesti dah terpacak depan pintu rumah.
Pada zaman kini, sangat berbeza, perlu sangat pengawasan. Kawalan penggunaan gajet perlu juga diambil kira. Tidaklah terlalu bebas atau terlalu mengongkong.
Kalau diajar buka kitab atau buku untuk dibaca, insyaallah itulah yang akan ditiru oleh anak-anak.
Kalau dibentangkan sejadah sebelah kita, lama-kelamaan akan ada keinginan untuk mereka belajar cara solat.
Melentur buluh biar daripada rebungnya.

Rashid minta buka photo booth untuk selfie ala-ala twin. Kemudian, senyum sendiri

Jurnal Ummu Rashid 3.0

Saya kenal vitamin B-COMPLEX ni sejak tahun 2004, masa tu berada di tingkatan 3. Emak, kakak dan abang memang amalkan. Saya pula sebab ada orang sponsor, so saya ambil peluang tu. Tak silap saya, 3 bulan sebelum PMR saya berterusan amalkan B-COMPLEX ni.
Alhamdulillah, nyata berbeza...saya memang jenis low blood pressure, mudah rasa keletihan, mudah rasa mengantuk dalam kelas...tetapi, selepas mengamalkannya saya merasai kelainannya.Tiada lagi rasa mengantuk, segar dan mudah nak terima pelajaran.
Sebab FUNGSI utama B-COMPLEX ni melancarkan pengaliran darah..dan membantu fungsi saraf.
B-COMPLEX, VITA LEA, VIT C adalah vitamin wajib saya setiap hari.



Antara fungsi utama B-COMPLEX...orang sebut vitamin anti-stress

Monday, April 11, 2016

Jurnal Ummu Rashid 1.0

Setengah jam pertama di wad, keadaan Rashid sangat lemah...dan berterusan muntah...pada kiraan saya lebih 8 kali...tapi, saya yakin dan berdoa agar Rashid terus kuat dan cepat pulih. Saya teruskan penyusuan seperti biasa untuk bantu tingkatkan imunisasinya. Pantangnya, jangan diberikan minuman atau makanan yang diproses. Memang akan terkeluar semula.

Si ibu, benar doanya tiada hijab buat si anak. Untuk berikan motivasi buat anak, ibu juga haruslah kuat semangat terlebih dahulu. Ini tarbiah luarbiasa buat semua ibu yang menerima ujian yang sama.

Alhamdulillah, sehari sahaja ditahan di wad. Doktor beritahu, kebiasaannya, kanak-kanak ambil masa 3 hari untuk pulih sepenuhnya.


Air mata ni hilang bila doktor dan nurse hilang daripada pandangannya