Bismillahirrahmanirrahim...Bersyukur kehadrat Ilahi kerana sehingga saat kumenulis blog ini, aku masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara segar dan juga nikmat terbesar iaitu iman dan islam. Alhamdulillah...
Sambutan raya korban di rumahku juga ala-ala sederhana seperti pada tahun-tahun lalu. Kenduri doa selamat selepas solat sunat hari raya menjadi kebiasaan. Dan pada tahun ini, dua ekor lembu telah dikorbankan sebagai tanda kesyukuran..alhamdulillah, proses pelapahan dan pengagihan daging-daging korban tersebut berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada awalnya..
Aku, seperti biasa just tgk saja, di bawah ini aku sertakan gambar-gambar sewaktu proses pelapahan daging tersebut.
No comments:
Post a Comment