Thursday, April 22, 2010

Frekuensi dan gelombang cinta nafsu vs cinta sejati

Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta mampu menjadikan manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi atau jika tidak mendapat restu orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah.

Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka akan rela mengorbankan apa sahaja yang mereka cintai demi memperolehi keredhaan Zat pemberi cinta. Mereka tak gundah gulana kerana kehilangan cinta duniawi, kerana Allah sebagai Zat pemberi ketenteraman peribadi yang taat ini amat menyedarkan bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.

Begitulah cinta, ia mampu melambungkan manusia pada darjat kemuliaan yang tak terhingga. Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sumbang. Tak ada nada ternoda. Amat terjaga dan tenang yang mereka perolehi. Demikian indah dan asli irama cinta sejati.

CINTA YANG SEJATI ADALAH CINTA ILAHI

Edited from EXTRO.BIZ

No comments: