Thursday, September 27, 2012

Jodoh belum tentu ; Mati itu pasti


Someone gave me this du'a :
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar tidak jatuh ke dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Rafi, jika aku menikmati cinta hambaMu, janganlah kenikmatan itu melebihi nikmatnya bermunajat kepadaMu

Ya Muiz, jika aku jatuh hati pada hambaMu, jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya 'Azim, jika aku merindui hambaMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu



. : : How can I love when I'm afraid to fall : : .

. : : O Allah, please show me the right way : : .

. : : The way of happiness : : .

. : : Do not let me do love the wrong person : : .


. : : Sometimes I really miss the moment when I was very sick : : .

. : : It can be feel that I closed to You : : .

. : : Do not let me to make decision on my own : : .




Friday, September 14, 2012

Biar berjaya hingga ke syurga =)


Tiada kejayaan datang bergolek

Usaha biar seiring taqwa,

Mengimani,

Bukan sekadar usaha penentu kejayaan,

Tetapi, tawakkalMu padaNya,

Usaha sesungguhNya,

Allah menyukai usaha kamu,

Biar berjaya sampai ke syurga..:)

Saturday, May 19, 2012

Selamat Datang Bulan Rejab



Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya "Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama, Nabi bersabda, "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, "semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam". Maka tanya Rasulullah SAW, "Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya, "Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan". Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu, "Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi."Tambahlah lagi", mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda, "Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan" (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qat'ie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran. Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah, orang kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Redha

Redha hadir seiring hadirnya masalah
Masalah pula datangnya dari ALLAH
Oleh itu selayaknya kepada Allahlah kita mengadu
Kerana hanya Dialah tahu di mana solusinya

Redha itu juga hadir selepas sabar
Insan yang bermasalah akan bermuhasabah
Sebab sesuatu masalah itu muncul
Pasti punya hikmahnya

Redha juga hadir setelah berusaha
Manakan sama insan yang hanya redha tapi tanpa usaha
dengan insan yang berusaha, kemudian berdoa, redha dan tawakal

Redha itu hadir bersamanya hikmah yang tidak ternilai
Hanya yang melaluinya, merasainya merasai kemanisan di setiap masalah yang menimpanya

Hakikatnya, masalah itu hadir kerana Allah rindukan rintihan hati hambaNya
Hakikatnya, masalah itu hadir untuk menjadikan kita seorang berlian yang dahulunya adalah arang
Hakikatnya, di sebalik redha itu ada kemanisannya.

Redha mudah disebut, tetapi hakikatnya sukar dipraktis...
Ia juga adalah sejenis pertarbiyahan direct daripada Allah kepada hambaNya yang disayangi.

Saturday, May 12, 2012

Di jalan dakwah aku menikah



Satu persatu daun berguguran
Tak bersemi
Hilang berpaut

Satu persatu embunan tangisan menitik
rebah ke bumi
tak bersambut

Satu persatu noda menyirna
hilang dipandangan
Suci dizahirkan
semangat terbina

Satu persatu kebaikan terbina
meresap di jiwa
bersatu hati, jiwa, dan raga
meraih kasihNya
(Muhammad : 7)

Masa depan bukan milik aku bukan juga milik kalian
Ia milik Allah
Tumpah kasih pada pencipta alam
Mengagumi kebesaran ciptaan

Bukalah minda
bukalah mata
bukalah hati
lapangkan dada
terima dengan penuh redha
setiap detik perjalanan
ia suatu pertarbiyahan

detik detik berlalu
hanyalah seepisod dari perjalanan
perjalanan menuju Tuhan
sekadar pengujian
buat hambanya
tanda penyerahan sepenuhnya diri kepada Tuhan
seluruh kehidupan yang berlalu
adalah untuk Tuhan
dari Tuhan dan kembali kepada Tuhan
akhirnya akan beroleh sebuah kehidupan yang berbunga-bunga

kita insan
punya cita dan harapan
sandaran padaNya
kasihNya tak beralasan
bisa bangkit dan berlari
tinggalkan segala kenangan
masa depan itu suatu perhitungan
bukan kepastian, bukan jua halangan
mintalah pada Tuhan
Dia yang Maha Menyembuhkan
yang Maha Memakbulkan

Tunas tunas muda bersemi
kerana kita adalah mata rantai perjuangan



‎"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."(KH. Rahmat Abdullah)


Sunday, April 1, 2012

Magnet daie vs kutub daie


Senyumlah tatkala dunia mengusirmu,

Senyumlah seindah suria
Senyumanmu mengukir seribu makna
Biarlah kelukaan itu hanya terkesan di jiwa
Pasti ia sekadar untuk mengujimu

Senyumlah seindah suria
Pancarkanlah madu kepada manusia
Bukan hempedu yang sedang kita rasa
Kerana senyuman itu punya auranya (Dato' Fadzilah Kamsah)
Menarik hati-hati lain turut sama bergembira
Bahawa hidup ini bukan tamat di sini
Hanya sekadar liku-liku yang perlu dilalui
Pengakhirannya adalah alam sana

Senyumlah seindah suria
Alam akan turut tersenyum kembali kepadamu
Biarlah berjuta sangkaan manusia
Hanya sanya hatimu milikNya

Senyumlah seindah suria
Membuka seluas jalan
Kunci solusi pelbagai permasalahan
Menyinar seluruh alam
Membuka lembaran baru
Bahawa dunia ini luas untuk diteroka

dengan senyuman ramai yang tertarik
dengan senyuman ramai yang terpesona.....dakwah Rasulullah S.A.W
senyum itu kunci akhlak seorang daie

Buka mata, buka minda, buka hati ^_^
Moga hari ini lebih indah dan bermakna daripada semalam!

p/s:saya tertarik dakwah seorang ukhti kerana senyumannya yang dari hatinya lalu menyentuh hati saya. Sungguh, rindu saat manis itu~! Lalu mengapa kita tidak tersenyum?



Tuesday, March 20, 2012

Tiada bertajuk

Luahan hati dan pandang sisi saya terhadap PERKAHWINAN.

Saya akui pabila membuka topik ini, ceriteranya tiada berpenghujung, pasti berepisod. Melihatkan beberapa teman akrab yang sering berkongsi kisah duka dan gembira membuatkan saya terpanggil untuk menyatakan suara hati.

Perkahwinan + jodoh + teman hidup

Benar, segala pandangan saya terhadap perkahwinan adalah hasil daripada pembacaan, kajian personal serta pemerhatian terhadap contoh-contoh yang dibentangkan di depan kaca mata saya. Tidak saya konklusikan sehingga benar-benar terjadi di depan mata. Perkongsian daripada Ustaz Syafiq, Ustaz Hasrizal, Ustazah Fatimah Syarha antara yang pernah saya ambil dan hadam serta rangkumkan menjadi kesimpulan yang mudah bahawa perkahwinan bukanlah seperti permainan pondok-pondok.
Sebenar-benarnya perkahwinan bukanlah sekadar melahirkan rasa cinta, sayang dan rindu. Ia adalah :

- Sebuah amanah dan tanggungjawab
- Terdapat padanya nilai ibadah
- Penyambung generasi gemilang
- Medan menempuhi zaman yang penuh kedewasaan
- Salah satu jalan menuju redha dan syurgaNya

Andai benar permulaannya, lurus niatnya, insyaAllah ia menjadi suatu ibadah yang sungguh terpuji, malah beroleh pahala kerana mencontohi sunnah baginda nabi.

Setiap perkahwinan pasti diuji

Sepertimana jalan menuju ke syurga yang penuh mehnah, begitu juga jalan menuju matlamat perkahwinan. Matlamat perkahwinan seperti yang tersenarai di atas, ianya pasti diuji. Terpulang pada kebijaksanaan dan kebergantungan kita pada yang Esa demi melayari bahtera yang telah terbina. Bisa saja bertekak lantaran tidak sama jenama ubat gigi yang digunakan. Itu semua berbalik pada matlamat individu dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itu Islam menganjurkan perkahwinan yang sekufu, yang sekepala, sematlamat.

Sepertimana yang saya nyatakan di atas, perkahwinan adalah salah satu jalan menuju redha dan syurgaNya kerana mati itu pasti sedangkan jodoh, rezeki itu tidak pasti. Maka itu, teruslah fokus kepada matlamat akhir penghidupan, tetapi usahlah ditentang andai jodoh itu tiba kerana mungkin ada hikmah yang belum tersingkap ingin Allah sediakan untukmu.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Intipati yang pernah saya peroleh daripada bual bicara di ikim.fm, antara kunci kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga adalah kesabaran, komunikasi dan kesedaran tanggungjawab. Hakikatnya, teori tak semudah praktikal ^_^

Mata lebih tepat berbicara daripada lidah, inilah yang terlahir dari mata hati saya.

p/s:kepada rakan taulan dan saudara saudari yang sedang dalam proses, dan yang telah mendirikan rumahtangga. Gantunglah segenap pengharapan dan keyakinan pada Allah, insyaAllah Allah akan meluaskan jalan untukmu menuju syurgaNya.