Monday, May 16, 2011

16 Mei 2011


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Selamat Hari Guru

buat cikgu2 yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar

Cikgu TADIKA PT TENGAH

Cikgu SK Seri Merlong

Cikgu SMK (P) Temenggong Ibrahim

Cikgu SMK Parit Betak

Cikgu Sekolah Memandu Bentara Harung

Pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar

Cikgu saya yang sentiasa berada dalam doa,

Cikgu Muhaimin dan Puan Hjh Karti

Terima kasih atas segalanya.

Semoga Allah merahmati kalian.

وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤۡمِنُواْ بِهِۦ فَتُخۡبِتَ لَهُ ۥ قُلُوبُهُمۡ‌ۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)

Edited from iluvislam.com

Wednesday, May 11, 2011

Salam Imtihan ; Selamat Berjuang


Bersempena musim peperiksaan yang bakal tiba, Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) IPG Kampus Raja Melewar kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana seperti ketetapan beikut :




Tentatif :

7.00 malam : Bacaan Al-Mathurat

7.20 malam : Solat Maghrib berjemaah

7.45 malam : Bacaan Yasin

8.15 malam : Tazkirah

8.30 malam : Solat Isyak berjemaah & Solat sunat hajat

9.00 malam : Jamuan

9.15 malam : Bersurai


Persatuan Guru Pelatih Islam mengucapkan selamat berjuang dalam peperiksaan akhir dan semoga semua guru pelatih muslim diberikan kejayaan yang cemerlang. Di samping kita berusaha dan berikhtiar membuat persiapan, marilah bersama-sama kita memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan.

Sunday, May 8, 2011

Forum "Tegaknya Rumah Kerana Tiang"



Keruntuhan akhlak pada masa kini kebanyakannya berpunca daripada aqidah yang goyah. Golongan remaja dilihat sering tersilap langkah bilamana lebih asyik mencari hiburan duniawi berbanding hiburan ukhrawi bagi mencapai hakikat sebenar kebahagiaan yang dicari. Oleh yang demikian, Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) IPG Kampus Raja Melewar memandang serius akan isu ini dan meletakkan harapan supaya guru pelatih Islam sedar dan meyakini akan matlamat sebenar mereka sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini.

Legasi PGPI ingin menjemput semua warga IPG KRM untuk sama-sama menghadiri forum pemantapan aqidah yang bertajuk "Tegaknya Rumah Kerana Tiang". Forum ini diadakan seiring dengan usaha memantap aqidah Islamiyyah dalam kalangan guru pelatih agar mereka jelas akan matlamat hidup dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya liar. Di samping itu, forum ini bermatlamat untuk mewujudkan suasana yang baik di IPG Kampus Raja Melewar serta menyuburkan budaya cintakan ilmu di samping berusaha untuk menjaga imej seorang guru pelatih. Guru pelatih merupakan bakal pendidik yang perlu menjadi contoh teladan yang baik khususnya kepada murid-murid serta masyarakat luar umumnya.

Tarikh : 9 MEI 2011 (Isnin)

Tempat : Balai Islam IPG Kampus Raja Melewar

Masa : 7.45 - 10.00 malam

Tentatif :

7.30 malam : Solat Maghrib berjemaah

7.45 malam : Forum “Tegaknya Rumah Kerana Tiang”

9.15 malam : Penyampaian cenderamata

9.25 malam : Solat Isyak berjemaah

9.45 malam : Jamuan

10.00 malam : Bersurai

Thursday, May 5, 2011

Anonymous

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Amalan yang dilakukan sering mempengaruhi pada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata,
"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pulalah tenteranya"