Tuesday, April 12, 2016

Rahsia Disebalik Hidangan Ayam

KENAPA PROTEIN TUMBUHAN MENJADI PILIHAN KITA? BUKAN PROTEIN HAIWAN?
Terdapat pelbagai jenis sumber protein haiwan seperti Ikan, daging, kambing, ayam, telur, tenusu dan lain-lain. Setiap hari kita makan. Siapa tak makan semua ni? Tapi.. sebenarnya sumber protein haiwan berisiko tinggi mempunyai hormon dan bahan-bahan kimia. Cer tengok ayam tu.
Contoh mudah, 3 suntikan utama pada ayam :
1. Suntkan hormon pertumbuhan - ayam besaq cepat !
2. Suntikan hormon tambah daging - ayam besaq & daging banyak !
3. Suntikan antibiotik - ayam tak mudah kena jangkitan, mudah untuk dibela
Hormon ini kita makan setiap kali kita makan ayam. Kebiasaannya protein haiwan juga tinggi lemak & kolesterol. Dan ini memberikan risiko penyakit jantung & hati kepada kita. Inilah sebabnya kita perlukan alternatif kepada protein tumbuhan seperti ESP.


p/s : bagus juga kalau dapat makan ayam yang diternak sendiri

Jurnal Ummu Rashid 5.0

Anak bujang akhir-akhir ni dah bijak nak makan sendiri, minum air sendiri. Bagi peluang, walau tak sempurna.
Biar baju basah, biar mulut comot, sambil-sambil ditegur agar semakin hari semakin baik. Belajar melalui pengalaman.
Kalau air tumpah ke lantai, dah pandai ambil kain lap dan lap sendiri.
Anak-anak kecil, bagi mereka panduan, sekali buat insyaallah mereka akan ingat.

Comot-comot baju lepas minum air sendiri

Jurnal Ummu Rashid 4.0

Anak-anak banyak belajar melalui pemerhatian. Diperhatikan, diamati setiap perlakuan lalu ditiru. Itulah proses pembelajaran mereka untuk meningkatkan potensi diri.
"Didiklah anak-anak untuk hidup di zaman mereka."
Zaman sekarang, bukan macam zaman saya yang dahulu (balik sekolah, kaw tim dengan kawan2 jumpa sebelah petang main jadi cangkung, main pondok2, panjat kura-kura tempat jemuran pinang sampai kena marah dengan arwah bapak). Kami bermain tanpa kehadiran ibu bapa di sisi, sebab ketika itu jenayah kurang berlaku, yang penting pandai bawa diri, sebelum maghrib mesti dah terpacak depan pintu rumah.
Pada zaman kini, sangat berbeza, perlu sangat pengawasan. Kawalan penggunaan gajet perlu juga diambil kira. Tidaklah terlalu bebas atau terlalu mengongkong.
Kalau diajar buka kitab atau buku untuk dibaca, insyaallah itulah yang akan ditiru oleh anak-anak.
Kalau dibentangkan sejadah sebelah kita, lama-kelamaan akan ada keinginan untuk mereka belajar cara solat.
Melentur buluh biar daripada rebungnya.

Rashid minta buka photo booth untuk selfie ala-ala twin. Kemudian, senyum sendiri

Jurnal Ummu Rashid 3.0

Saya kenal vitamin B-COMPLEX ni sejak tahun 2004, masa tu berada di tingkatan 3. Emak, kakak dan abang memang amalkan. Saya pula sebab ada orang sponsor, so saya ambil peluang tu. Tak silap saya, 3 bulan sebelum PMR saya berterusan amalkan B-COMPLEX ni.
Alhamdulillah, nyata berbeza...saya memang jenis low blood pressure, mudah rasa keletihan, mudah rasa mengantuk dalam kelas...tetapi, selepas mengamalkannya saya merasai kelainannya.Tiada lagi rasa mengantuk, segar dan mudah nak terima pelajaran.
Sebab FUNGSI utama B-COMPLEX ni melancarkan pengaliran darah..dan membantu fungsi saraf.
B-COMPLEX, VITA LEA, VIT C adalah vitamin wajib saya setiap hari.



Antara fungsi utama B-COMPLEX...orang sebut vitamin anti-stress

Monday, April 11, 2016

Jurnal Ummu Rashid 1.0

Setengah jam pertama di wad, keadaan Rashid sangat lemah...dan berterusan muntah...pada kiraan saya lebih 8 kali...tapi, saya yakin dan berdoa agar Rashid terus kuat dan cepat pulih. Saya teruskan penyusuan seperti biasa untuk bantu tingkatkan imunisasinya. Pantangnya, jangan diberikan minuman atau makanan yang diproses. Memang akan terkeluar semula.

Si ibu, benar doanya tiada hijab buat si anak. Untuk berikan motivasi buat anak, ibu juga haruslah kuat semangat terlebih dahulu. Ini tarbiah luarbiasa buat semua ibu yang menerima ujian yang sama.

Alhamdulillah, sehari sahaja ditahan di wad. Doktor beritahu, kebiasaannya, kanak-kanak ambil masa 3 hari untuk pulih sepenuhnya.


Air mata ni hilang bila doktor dan nurse hilang daripada pandangannya

Jurnal Ummu Rashid 2.0

25.02.16

Pulang dari sekolah, terus ke rumah bs untuk ambil rashid. 

Diberitahu oleh bs rashid muntah² banyak kali. Memang nampak lemah keadaannya, bukan seperti rashid yang biasa. Bila dipanggil namanya, hanya mampu kedengaran 'hmm'...

Dalam perjalanan pulang, macam² fikir apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Mujur kami pulang awal, mulanya cadang nak dibawa ke klinik taman scientex disebabkan servis di sana terbaik menurut rakan², tapi bila sampai tahap muntahnya dah kekuningan, kami terus ambil medical card rashid, siapkan barang keperluannya dan bawa ke Hosp Pakar Regency.

Alhamdulillah, tak ramai orang, kami terus ke emergency. Check suhu, jumpa doc...doc suggest masuk wad sebab badan lemah sangat, perlu drip air. Hasil x-ray semuanya normal, cuma bacaan sel darah putih x normal.

Kami akur keputusan doc, lepas beberapa jam drip air, rashid berubah seperti sediakala, cergas. Alhamdulillah, cuma masih muntah². Bermalamlah kita di hotel regency ye rashid.

Mujur ready medical card, nak jadikan cerita...mujur saja mc rashid tak lapse...dan ummi pun dah settlekan payment bulan² rm130 hingga mac.

Alahai, ini tarbiah namanya. Kot la sape mampu nak bayar cash bill hospital sampai rm2k++...anyway, thanks a lot agen takaful rashid Hadi Rusdi Azwan Naim...depa byk tolong...


Muka ni hepi lepas kena drip air...beza sungguh...alhamdulillah, semua dah stabil

Wednesday, April 6, 2016

Jom ke Branch

Tadi ada orang teman ummi pergi restock barang di branch
=========

Alhamdulillah, menderu-deru order masuk hari ini.

Lepas balik sekolah, bersiap-siap then ke rumah babysitter ambil si anak syurga.

Sebelum gerak tiba-tiba mak ani datang nak hantar baju dan ambil juwita foundation. Sorry mak ani kejap je tadi datang tak sempat borak-borak lama.

Di branch tadi kebetulan ramai customer, jadi agak lama di situ. Riuh branch dengan lontaran suara emas Rashid, siap jumpa kawan baru. Main-main sampai dah nak balik, macam dan kenal lama.


Sebelum jumpa kawan baru


Pilih-pilih, tickkan nak vitamin mana