Sunday, October 31, 2010

Doa sahabat itu mengiringi

Sahabat bertemu dan berpisah kerana Allah, Ya Allah…peliharalah persahabatan ini. Syukurku Ya Allah, akhirnya Kau pertemukan jua dua hati ini. Antara aku dan sahabat pena yang 5 tahun berkomunikasi melalui alam maya. Suburkanlah hati kami dengan cinta kepadaMu, tingkatkan iman kepadaMu serta berjuang hanya demiMu. Ya Allah, berkatilah seluruh kehidupan kami, usaha kami dalam perjuangan menuntut ilmu ini bukanlah demi peperiksaan semata, tetapi hanya keranaMu Ya Allah. Tanamkanlah rasa rindu kami supaya sentiasa dekat kepadaMu Ya Allah. Aku rindukan sahabat untuk berjuang, aku rindukan sahabat untuk sama-sama menuju redha Ilahi. Semoga hari-harimu bakal membentuk pelangi nan indah. Hilangkan segala kegusaran, Allah ada di setiap perjalanan.

Buat sahabat yang bukan lagi sahabat pena, bahkan sahabat fiddunia wal akhiroh.

NUR FATIHAH AINUN HAMZAH. UiTM Kuala Pilah, Kampus Beting.

30 OKTOBER 2010

Tuesday, October 26, 2010

Kita bertanya, Al-Quran menjawab


1) KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


2) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


3) KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


4) KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


5) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200


6) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


7) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


8) AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


9) APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
- Surah At-Taubah ayat 111


Sunday, October 24, 2010

KESYUMULAN = MENYELURUH


Mak bapak...

Terima kasih kerana telah menjagaku
Sejak Dia meniupkan roh dalam jasadku
Memeliharaku sebaiknya
Menegur silap langkah tentang hakikat kehidupan
Mengajar dan menunjukku atas setiap perbezaan baik dan buruk
Membimbingku memilih jalan kehidupan
Terima kasih mak bapak, keranamu aku lebih mengerti nilai pengorbanan
Redhailah anakmu ini kerana Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayahbonda

Sanak saudaraku...
Kehadiranmu dalam hidupku membuahkan rasa syukurku
Rasa syukur atas setiap jalinan persaudaraan
Atas segala perkongsian perngalaman kalian
Juga perkongsian suka dan duka

Sahabat...
Tiap nasihat dan kata-kata kalian mengajarku berfikir
Hakikat sebuah PERJALANAN di bumi Tuhan
Memperjelas akan matlamat hidup seorang khalifah dan hamba Tuhan

Guru...
Hadirmu meneruskan tanggungjawab ibu bapaku
Kalian bukan sekadar mengajar abjad-abjad dan digit-digit
Malah membimbingku menjadi insan berguna atau sebaliknya
Mengajar selok belok berhadapan masyarakat yang pelbagai

Bakal anak-anak didikku...
Dikaulah generasi yang akan meneruskan perjuangan kehidupan
Rosaknya kamu, rosaklah dunia
Satu pintaku
Jadikanlah ISLAM sebagai cara hidupmu
Biar bidang apa yang kamu ceburi
Pasti kamu berjaya dalam redha Ilahi

Pemimpin...
Kalianlah lampu suluh kami
Taatnya kalian kepada Sang Pencipta
Amanlah dunia dari segala kefasikan dan kekufuran

Alam...
Terdapat rahsia yang tersimpan disebalikmu
Kewujudanmu tanda kekuasaanNya
Aku belum puas BERJALAN MENCARI JAWAPAN...
Kerana luasnya ilmu Tuhan...
Meski hingga terbaringnya aku di liang lahad...

Hatiku...
Dikau ibarat raja bagi diriku
Suci dan bersihnya kamu, memberi impak yang besar dalam tindakan dan fikiranku
Aku boleh tenang keranamu,
Juga boleh runsing keranamu
Dikau AMAT PENTING dalam hidupku

Agamaku...
Penyuluh hidupku
Juga cara hidupku
Ibarat tongkat bagi si buta
hilangnya engkau dari diriku
Tiada lagi erti hidup ini

Rasulullah...
Yang sering merindui umat
Yang sanggup menanti umat di pintu syurga
Allah...betapa mulianya hatimu
Akhlakmu...menarik hati-hati kaum musyrikin untuk menerima fitrah ISLAM sebagai cara hidup

Allah...
Pemilik hatiku...
Satu kekuatan untuk mengharungi mehnah kehidupan di dunia...
Bisa pancarkan HIDAYAH yang didambakan setiap insan
CintaMu bisa merubah insan hina kepada mulia

Palestin...
Kalian tidak bersendirian
Bersabarlah atas penderitaan dunia ini
Kami akan bantu perjuangan ini dari jauh
Doa kami sentiasa mengiringi
Teruskan pertahankan hak milik ISLAM
Janji Allah itu pasti
YAHUDI ZIONIS TIDAK PERNAH MEREDHAI
KEMENANGAN PASTI KITA GENGGAM!!
KERANA ALLAH BERSAMA KITA


Ku bermohon padaMu Allah
Sinarilah
Hatiku
Jagalah mak bapakku
Temanilah ahli keluarga dan sanak saudaraku
Dampingilah sahabat-sahabatku
Ajarilah guru-guruku
Didiklah anak-anak didikku
Pimpinlah pemimpin-pemimpinku
Turunkan rasa syukurku pada alam ciptaanMu
Peliharakanlah agamaku
Bantulah kami mempertahankan Baitul Maqdis
Rindukanlah aku pada syahid dijalanMu seperti RasulMu

"JADIKAN KAMI HAMBA YANG MENGAMALKAN ISLAM SECARA KESELURUHANNYA"

Bukan sekadar agama keturunan
Mahupun agama dalam kad pengenalan...
Wallahualam..

anamusleh,
16 Zulkaedah 1431H
11.30 am.
Matikanlah aku dalam keadaan yang Kau redhai Ya Allah


~Maaf atas partition yang tertinggal untuk dilistkan~


Friday, October 8, 2010

Ilmu Allah itu luas

Sedang khusyuk menelaah pelajaran (dulu saya agak rajin, adalah dalam setengah jam boleh tahan mengadap buku, sangat berbeza dgn skrg)...tiba-tiba tertera di skrin watchphone ku...

Tet...tet...1 new message

msg dari saudari afifah...

"Salam. Nanti kalau zaiton nak p surau annur message saya ye"...

"Ok. InsyaAllah nanti saya p surau..lagipun malam ni ada kuliah maghrib oleh en. suhaimi kan."

"Ok, t kite p dlm kul 7 ye."

"Ok fifah..=)."




Di surau inilah terakam seribu pengalaman manis pertama bagi penulis. Hati mana yang tidak tersentuh tatkala tarbiah dari penciptaNya menyentuh dengan ilmu-ilmu dan mahabbah bersama sahabat dalam menuju redhaNya. Digarapnya segala pemberian Tuhan sebagai persediaan menghadapi hari mendatang. Kerana baginya, biarlah dugaan datang melanda, hadapi dengan tenang. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama

Tak sabar rasanya nak mendengar kuliah maghrib di surau annur. Begitulah rasanya tiap kali ada pengisian rohani. Takkan ku lepaskan bagi menambah thaqafah diri demi meningkatkan keimanan kepadaNya..ditambah pula sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Di sana tiada gap walaupun saya dengan afifah berlainan program dan berlainan kelas. Rindunya pada kerendahan hati yusniza, kepetahan afifah dengan loghat kelatenya,...dan sahabiah lain yang dirindu.

Di matrik, walaupun jadual di sana pack, tapi kami masih sempat pergi hampir ke semua program-program dan kuliah-kuliah agama yang dianjurkan. Surau annur tidak lekang dengan Nur Islami. Hampir dikatakan setiap hari diisi dengan majlis ilmu. Jika tiada kuliah maghrib oleh en. suhaimi, en. mahfuz menjadi penggantinya. Perkongsian ilmu dan pengalaman mereka bersama kami amat bermakna. Mana tidaknya, pada kala umur sebeginilah remaja mencari & membentuk identitinya. Masih segar dalam ingatan saya pada perkongsian en. mahfuz berkenaan sahabatnya sewaktu di kampus dahulu. Sahabatnya merupakan pelajar cemerlang di kampus dan pernah menjadi pelajar terbaik SPM di seluruh Malaysia. Hendak dipendekkan cerita, kejayaan sahabatnya bukanlah hanya hasil titik peluhnya sendiri, tapi dengan berkat dan rahmat dari Allah. Dengan berpandukan ungkapan basmallah. "Rahmat Allah untuk semua makhluk, tapi rahim Allah untuk hambaNya yang terpilih sahaja". Beliau bukanlah seorang yang 'gila study', tapi qiamullail itu kuncinya. Beliau akan tidur awal dan bangun awal. Pada keheningan pagi itulah beliau akan bangun, berqiam serta menelaah pelajaran. Subhanallah, sungguh indah cara hidup yang bersyariat itu. Dunia dapat, akhirat insyaAllah juga telah dijanjikan. Segala yang dilakukannya dalam jagaan dan redha Allah SWT.

Malangnya di sini, boleh dikatakan rehat yang mendominasi, tapi nak membuka lembaran tafsir quran pun tak sempat, pelbagai alasan diberikan assignment, ISL, folder, presentation. Itulah dunia, tiada sudahnya...luangkanlah sedikit masa demi kesihatan rohani. Hampir setiap hari kita memberikan makanan kepada minda dan jasmani, tapi sanggupkah mengabaikan rohani yang padanya kita akan beroleh ketenangan. Sama-samalah kita memuhasabah diri, tanya pada rohani. Sihatkah dia???

p/s : wallahu'alam...peringatan juga buat insan anamusleh yang sentiasa dahagakan sentuhan hati nurani. Moga Allah sentiasa bersama kita, dalam ingatan dan denyutan nadi.

Tuesday, October 5, 2010

Sebuah kegemilangan


Sewaktu berPBS di SK SERI KELANA

Tinggal beberapa minggu lagi menuju penghujung semester ini. sudah 5 semester ku cuba, moga kali ini berjaya. yeay! kuatkan azammu. Kejayaan yang bakal ditempa bukan milikku tapi milik mutlakNya. Terima kasih insan. ALHAMDULILLAH..SYUKRAN YA ALLAH (^_^). Masih boleh tenang berdampingan dengan assignment. Assignment membuatkan saya tekad untuk mempelajari fardhu kifayah. semoga ianya berguna kelak kepada anak-anak mendatang. Doakan cikgu ye adik2.

p/s : semoga lebih sistematik. Hehe...I'm the logical mathematic learner. Tak leh bende2 yang berserabut, sume nak sistematik saja...


Nur Qalbu


Hati yang mahukan ketenangan dan kebahagiaan lebih mudah didampingi dari hati yang dipaksa untuk dilembutkan.
Semoga hati-hati itu lembut untuk menerima cahayaMu.
CAHAYA itu bisa merubah dunia.
Bisa merubah sang singa menjadi sang kucing yang penyayang.
Bisa merubah seorang raja yang kejam menjadi seorang raja yang adil.
Kami tak kuasa merubahnya kecuali dirinya dan Allah.
Kami hanya mampu berusaha.

Usahlah tangisi atas usaha yang hanya sedikit jika hatiNya tidak tercuit dengan pujukan demi sebuah ketenangan hati.
Bukan najitah yang dinilaiNya, tapi usahamu kalian.
Berdoalah, perbaikilah cara, datanglah dengan hati yang lembut dan penuh mengharap padaNya.
Moga kelak dipermudahkanNya untuk melembutkan para hati.
Barakallahulakum~

p/s : syukran ya sahabat. KMPP menjadi saksi. teruskan usaha kalian. moga kelak lebih ramai hati2 yang terpaut pada izzahnya ISLAM.

Sunday, October 3, 2010

Syukran Kathir

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih buat semua ajk yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri PGPI 2010.

Moga ukhwah Islamiah ini akan berkekalan. Syukran ila muallim wa muallimah pembentuk jiwa.

Ribuan terima kasih juga kepada para pensyarah dan hadirin yang telah meluangkan masa untuk sama-sama hadir ke jamuan tersebut. Ambillah segala kata-kata dan nasihat yang telah disampaikan supaya dapat dipraktikkan dan diamalkan dalam hidup kita.