Sunday, October 31, 2010

Doa sahabat itu mengiringi

Sahabat bertemu dan berpisah kerana Allah, Ya Allah…peliharalah persahabatan ini. Syukurku Ya Allah, akhirnya Kau pertemukan jua dua hati ini. Antara aku dan sahabat pena yang 5 tahun berkomunikasi melalui alam maya. Suburkanlah hati kami dengan cinta kepadaMu, tingkatkan iman kepadaMu serta berjuang hanya demiMu. Ya Allah, berkatilah seluruh kehidupan kami, usaha kami dalam perjuangan menuntut ilmu ini bukanlah demi peperiksaan semata, tetapi hanya keranaMu Ya Allah. Tanamkanlah rasa rindu kami supaya sentiasa dekat kepadaMu Ya Allah. Aku rindukan sahabat untuk berjuang, aku rindukan sahabat untuk sama-sama menuju redha Ilahi. Semoga hari-harimu bakal membentuk pelangi nan indah. Hilangkan segala kegusaran, Allah ada di setiap perjalanan.

Buat sahabat yang bukan lagi sahabat pena, bahkan sahabat fiddunia wal akhiroh.

NUR FATIHAH AINUN HAMZAH. UiTM Kuala Pilah, Kampus Beting.

30 OKTOBER 2010

2 comments:

kamikawanbaek said...

semoga ukhwah fillah ini berkekalan, terikat rapi bersama menuju redha Ilahi. Ameen...

{bintuhamzah} said...

ameen..terima ksih mendoakan..

terima ksih kerna mnjdi shbt sy.

ingtkan sy bila sy terleka,
betulkan sy bila sy silap.

moga redha Allah mengiringi kita bersama.

ukhwah fillah