Tuesday, December 28, 2010

Matangkah kita?

  1. Menghabiskan nilai kad telefon prabayar untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.
  2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.
  3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.
  4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun.
  5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
  6. Susah hati jika tidak menerima surat, emel atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada ibu bapa anda di kampung.
  7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
  8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.

MasyaAllah, mari kita sama-sama koreksi diri, perbetul mana yang tak kene dengan diri..agar ketemu hakikat kebenaran kehidupan ini.

Tuesday, December 21, 2010

Hukum mendengar suara wanita


Q : Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara seorang wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui pertalian talian perhubungan yang lain?

“Maka seseorang itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati seorang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seorang wanita hendaklah mengucapkan ucapan yang sopan.”


A : Suara seorang ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap aurat menurut pendapat sahih. Oleh itu, seseorang wanita dilarang mengucapkan tasbih di dalam solat ketika mendengar sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seorang wanita dilarang meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Tetapi sebahagian ulama’ mengharuskan seorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri para sahabat pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebahagian lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut tidak ada sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan syahwat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud :

“Maka seseorang itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati seorang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seorang wanita hendaklah mengucapkan ucapan yang sopan.”

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seorang wanita sewajarnya menjawab soalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah dalam keadaan yang sangat diperlukan sahaja untuk melakukannya, percakapan mereka adalah yang menghasilkan faedah syara’ bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak dikeluarkan suara yang lembut serta tidak akan menyebabkan kepada rangsangan nafsu dari salah seorang darinya. Yang paling utama mereka hendaklah meninggalkan perbuatan itu melainkan ketika sangat perlu.



Thursday, December 16, 2010

Rahsia Solat


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.


sumber : www.iluvislam.com



Friday, December 3, 2010

Tahniah RapidKL perkenal bas wanita

Kebanjiran masalah sosial yang melanda, saya tafsirkan ia merupakan suatu bencana alam kerana bersifat 'hukuman' bagi seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya. Lantaran itu, Syarikat Bas RapidKL telah melakukan inisiatif terbaik untuk mengatasi sedikit sebanyak masalah ini. Tahniah! Ramai yang telah membuka mata dan mencari jalan keluar sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi isu anak luar nikah selepas perkenal coach wanita bagi penumpang KTM.

Antara faedah memperkenalkan RapidKL wanita ini adalah :
  1. Menyahut seruan "La taqrabuzzina" dengan menutup mukaddimah-mukaddimah zina yang mana menggalakkan percampuran lelaki dan wanita.
  2. Keselamatan wanita semakin terjamin walaupun berada di tempat awam.
  3. Menghalang pasangan bercinta yang 'haram' untuk menaiki bas yang sama.
  4. Menghindarkan gangguan seksual di kalangan penumpang bas wanita.


Kebaikan akan terus berpanjangan jika mendapat sokongan daripada orang ramai. Perkhidmatan bas RapidKL ini akan berterusan sehingga 31 Dis 2010. Maka, rakyat kota raya Kuala Lumpur dan sekitarnya, sokonglah usaha murni ini demi kebaikan semua. Diharap perkhidmatan ini harus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bas kepada orang awam. InsyaAllah.

Berita penuh :

Tuesday, November 9, 2010

Men, Angel, Satan


Manusia : Ehh, dah subuh dah?
Malaikat : Bangunlah wahai anak adam, tunaikanlah solat subuh mu...
Syaitan : Alahhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lg ni...zzzzz....

Manusia : Nak makan, laparlah...
Malaikat : Wahai anak adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan : Ah, tak payahlah...dah lapar ni!! Mmm, sedapnyaaaa....

Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak adam, pakailah pakaian yang menutup aurat...
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia : Azan sudah kedengaran...
Malaikat : Wahai anak adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa...rilex lah...awal lagi ni....

Manusia : Eh, eh...tak boleh tengok ni...berdosa...
Malaikat : Wahai anak adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Syaitan : Perggghhh...best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni...

Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak adam, cegahlah ia...
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah!!

Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ni kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak adam, nasihat menasihatilah sesama kamu...
Syaitan : Sendiri fikirlah, semua dah besar...buat apa susah-susah...pandai-pandailah...

Manusia : Aku telah berdosa
Malaikat : Wahai anak adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugilah...

Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari itu
Syaitan : Jangan bimbang, tiada siapa yang tahu..jomlah...

Manusia : Uh, letihnya harini...tak solat lagi ni...
Malaikat : Wahai anak adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu..
Syaitan : Hey anak adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah) untukmu....

*Antara malaikat dan syaitan, bisikan mana yang mahu kita ikuti.
Ingatlah sesungguhnya syaitan (musuh utama) itu telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan kita anak adam sebagai peneman mereka di neraka. Kembalilah kepada fitrah, lakukan kebaikan, jauhilah larangannya. Ingat mengingati itu penting supaya kita sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang sia-sia.

Sunday, October 31, 2010

Doa sahabat itu mengiringi

Sahabat bertemu dan berpisah kerana Allah, Ya Allah…peliharalah persahabatan ini. Syukurku Ya Allah, akhirnya Kau pertemukan jua dua hati ini. Antara aku dan sahabat pena yang 5 tahun berkomunikasi melalui alam maya. Suburkanlah hati kami dengan cinta kepadaMu, tingkatkan iman kepadaMu serta berjuang hanya demiMu. Ya Allah, berkatilah seluruh kehidupan kami, usaha kami dalam perjuangan menuntut ilmu ini bukanlah demi peperiksaan semata, tetapi hanya keranaMu Ya Allah. Tanamkanlah rasa rindu kami supaya sentiasa dekat kepadaMu Ya Allah. Aku rindukan sahabat untuk berjuang, aku rindukan sahabat untuk sama-sama menuju redha Ilahi. Semoga hari-harimu bakal membentuk pelangi nan indah. Hilangkan segala kegusaran, Allah ada di setiap perjalanan.

Buat sahabat yang bukan lagi sahabat pena, bahkan sahabat fiddunia wal akhiroh.

NUR FATIHAH AINUN HAMZAH. UiTM Kuala Pilah, Kampus Beting.

30 OKTOBER 2010

Tuesday, October 26, 2010

Kita bertanya, Al-Quran menjawab


1) KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


2) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


3) KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


4) KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


5) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200


6) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


7) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


8) AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


9) APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
- Surah At-Taubah ayat 111


Sunday, October 24, 2010

KESYUMULAN = MENYELURUH


Mak bapak...

Terima kasih kerana telah menjagaku
Sejak Dia meniupkan roh dalam jasadku
Memeliharaku sebaiknya
Menegur silap langkah tentang hakikat kehidupan
Mengajar dan menunjukku atas setiap perbezaan baik dan buruk
Membimbingku memilih jalan kehidupan
Terima kasih mak bapak, keranamu aku lebih mengerti nilai pengorbanan
Redhailah anakmu ini kerana Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayahbonda

Sanak saudaraku...
Kehadiranmu dalam hidupku membuahkan rasa syukurku
Rasa syukur atas setiap jalinan persaudaraan
Atas segala perkongsian perngalaman kalian
Juga perkongsian suka dan duka

Sahabat...
Tiap nasihat dan kata-kata kalian mengajarku berfikir
Hakikat sebuah PERJALANAN di bumi Tuhan
Memperjelas akan matlamat hidup seorang khalifah dan hamba Tuhan

Guru...
Hadirmu meneruskan tanggungjawab ibu bapaku
Kalian bukan sekadar mengajar abjad-abjad dan digit-digit
Malah membimbingku menjadi insan berguna atau sebaliknya
Mengajar selok belok berhadapan masyarakat yang pelbagai

Bakal anak-anak didikku...
Dikaulah generasi yang akan meneruskan perjuangan kehidupan
Rosaknya kamu, rosaklah dunia
Satu pintaku
Jadikanlah ISLAM sebagai cara hidupmu
Biar bidang apa yang kamu ceburi
Pasti kamu berjaya dalam redha Ilahi

Pemimpin...
Kalianlah lampu suluh kami
Taatnya kalian kepada Sang Pencipta
Amanlah dunia dari segala kefasikan dan kekufuran

Alam...
Terdapat rahsia yang tersimpan disebalikmu
Kewujudanmu tanda kekuasaanNya
Aku belum puas BERJALAN MENCARI JAWAPAN...
Kerana luasnya ilmu Tuhan...
Meski hingga terbaringnya aku di liang lahad...

Hatiku...
Dikau ibarat raja bagi diriku
Suci dan bersihnya kamu, memberi impak yang besar dalam tindakan dan fikiranku
Aku boleh tenang keranamu,
Juga boleh runsing keranamu
Dikau AMAT PENTING dalam hidupku

Agamaku...
Penyuluh hidupku
Juga cara hidupku
Ibarat tongkat bagi si buta
hilangnya engkau dari diriku
Tiada lagi erti hidup ini

Rasulullah...
Yang sering merindui umat
Yang sanggup menanti umat di pintu syurga
Allah...betapa mulianya hatimu
Akhlakmu...menarik hati-hati kaum musyrikin untuk menerima fitrah ISLAM sebagai cara hidup

Allah...
Pemilik hatiku...
Satu kekuatan untuk mengharungi mehnah kehidupan di dunia...
Bisa pancarkan HIDAYAH yang didambakan setiap insan
CintaMu bisa merubah insan hina kepada mulia

Palestin...
Kalian tidak bersendirian
Bersabarlah atas penderitaan dunia ini
Kami akan bantu perjuangan ini dari jauh
Doa kami sentiasa mengiringi
Teruskan pertahankan hak milik ISLAM
Janji Allah itu pasti
YAHUDI ZIONIS TIDAK PERNAH MEREDHAI
KEMENANGAN PASTI KITA GENGGAM!!
KERANA ALLAH BERSAMA KITA


Ku bermohon padaMu Allah
Sinarilah
Hatiku
Jagalah mak bapakku
Temanilah ahli keluarga dan sanak saudaraku
Dampingilah sahabat-sahabatku
Ajarilah guru-guruku
Didiklah anak-anak didikku
Pimpinlah pemimpin-pemimpinku
Turunkan rasa syukurku pada alam ciptaanMu
Peliharakanlah agamaku
Bantulah kami mempertahankan Baitul Maqdis
Rindukanlah aku pada syahid dijalanMu seperti RasulMu

"JADIKAN KAMI HAMBA YANG MENGAMALKAN ISLAM SECARA KESELURUHANNYA"

Bukan sekadar agama keturunan
Mahupun agama dalam kad pengenalan...
Wallahualam..

anamusleh,
16 Zulkaedah 1431H
11.30 am.
Matikanlah aku dalam keadaan yang Kau redhai Ya Allah


~Maaf atas partition yang tertinggal untuk dilistkan~


Friday, October 8, 2010

Ilmu Allah itu luas

Sedang khusyuk menelaah pelajaran (dulu saya agak rajin, adalah dalam setengah jam boleh tahan mengadap buku, sangat berbeza dgn skrg)...tiba-tiba tertera di skrin watchphone ku...

Tet...tet...1 new message

msg dari saudari afifah...

"Salam. Nanti kalau zaiton nak p surau annur message saya ye"...

"Ok. InsyaAllah nanti saya p surau..lagipun malam ni ada kuliah maghrib oleh en. suhaimi kan."

"Ok, t kite p dlm kul 7 ye."

"Ok fifah..=)."




Di surau inilah terakam seribu pengalaman manis pertama bagi penulis. Hati mana yang tidak tersentuh tatkala tarbiah dari penciptaNya menyentuh dengan ilmu-ilmu dan mahabbah bersama sahabat dalam menuju redhaNya. Digarapnya segala pemberian Tuhan sebagai persediaan menghadapi hari mendatang. Kerana baginya, biarlah dugaan datang melanda, hadapi dengan tenang. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama

Tak sabar rasanya nak mendengar kuliah maghrib di surau annur. Begitulah rasanya tiap kali ada pengisian rohani. Takkan ku lepaskan bagi menambah thaqafah diri demi meningkatkan keimanan kepadaNya..ditambah pula sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Di sana tiada gap walaupun saya dengan afifah berlainan program dan berlainan kelas. Rindunya pada kerendahan hati yusniza, kepetahan afifah dengan loghat kelatenya,...dan sahabiah lain yang dirindu.

Di matrik, walaupun jadual di sana pack, tapi kami masih sempat pergi hampir ke semua program-program dan kuliah-kuliah agama yang dianjurkan. Surau annur tidak lekang dengan Nur Islami. Hampir dikatakan setiap hari diisi dengan majlis ilmu. Jika tiada kuliah maghrib oleh en. suhaimi, en. mahfuz menjadi penggantinya. Perkongsian ilmu dan pengalaman mereka bersama kami amat bermakna. Mana tidaknya, pada kala umur sebeginilah remaja mencari & membentuk identitinya. Masih segar dalam ingatan saya pada perkongsian en. mahfuz berkenaan sahabatnya sewaktu di kampus dahulu. Sahabatnya merupakan pelajar cemerlang di kampus dan pernah menjadi pelajar terbaik SPM di seluruh Malaysia. Hendak dipendekkan cerita, kejayaan sahabatnya bukanlah hanya hasil titik peluhnya sendiri, tapi dengan berkat dan rahmat dari Allah. Dengan berpandukan ungkapan basmallah. "Rahmat Allah untuk semua makhluk, tapi rahim Allah untuk hambaNya yang terpilih sahaja". Beliau bukanlah seorang yang 'gila study', tapi qiamullail itu kuncinya. Beliau akan tidur awal dan bangun awal. Pada keheningan pagi itulah beliau akan bangun, berqiam serta menelaah pelajaran. Subhanallah, sungguh indah cara hidup yang bersyariat itu. Dunia dapat, akhirat insyaAllah juga telah dijanjikan. Segala yang dilakukannya dalam jagaan dan redha Allah SWT.

Malangnya di sini, boleh dikatakan rehat yang mendominasi, tapi nak membuka lembaran tafsir quran pun tak sempat, pelbagai alasan diberikan assignment, ISL, folder, presentation. Itulah dunia, tiada sudahnya...luangkanlah sedikit masa demi kesihatan rohani. Hampir setiap hari kita memberikan makanan kepada minda dan jasmani, tapi sanggupkah mengabaikan rohani yang padanya kita akan beroleh ketenangan. Sama-samalah kita memuhasabah diri, tanya pada rohani. Sihatkah dia???

p/s : wallahu'alam...peringatan juga buat insan anamusleh yang sentiasa dahagakan sentuhan hati nurani. Moga Allah sentiasa bersama kita, dalam ingatan dan denyutan nadi.

Tuesday, October 5, 2010

Sebuah kegemilangan


Sewaktu berPBS di SK SERI KELANA

Tinggal beberapa minggu lagi menuju penghujung semester ini. sudah 5 semester ku cuba, moga kali ini berjaya. yeay! kuatkan azammu. Kejayaan yang bakal ditempa bukan milikku tapi milik mutlakNya. Terima kasih insan. ALHAMDULILLAH..SYUKRAN YA ALLAH (^_^). Masih boleh tenang berdampingan dengan assignment. Assignment membuatkan saya tekad untuk mempelajari fardhu kifayah. semoga ianya berguna kelak kepada anak-anak mendatang. Doakan cikgu ye adik2.

p/s : semoga lebih sistematik. Hehe...I'm the logical mathematic learner. Tak leh bende2 yang berserabut, sume nak sistematik saja...


Nur Qalbu


Hati yang mahukan ketenangan dan kebahagiaan lebih mudah didampingi dari hati yang dipaksa untuk dilembutkan.
Semoga hati-hati itu lembut untuk menerima cahayaMu.
CAHAYA itu bisa merubah dunia.
Bisa merubah sang singa menjadi sang kucing yang penyayang.
Bisa merubah seorang raja yang kejam menjadi seorang raja yang adil.
Kami tak kuasa merubahnya kecuali dirinya dan Allah.
Kami hanya mampu berusaha.

Usahlah tangisi atas usaha yang hanya sedikit jika hatiNya tidak tercuit dengan pujukan demi sebuah ketenangan hati.
Bukan najitah yang dinilaiNya, tapi usahamu kalian.
Berdoalah, perbaikilah cara, datanglah dengan hati yang lembut dan penuh mengharap padaNya.
Moga kelak dipermudahkanNya untuk melembutkan para hati.
Barakallahulakum~

p/s : syukran ya sahabat. KMPP menjadi saksi. teruskan usaha kalian. moga kelak lebih ramai hati2 yang terpaut pada izzahnya ISLAM.