Tuesday, December 21, 2010

Hukum mendengar suara wanita


Q : Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara seorang wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui pertalian talian perhubungan yang lain?

“Maka seseorang itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati seorang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seorang wanita hendaklah mengucapkan ucapan yang sopan.”


A : Suara seorang ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap aurat menurut pendapat sahih. Oleh itu, seseorang wanita dilarang mengucapkan tasbih di dalam solat ketika mendengar sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seorang wanita dilarang meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Tetapi sebahagian ulama’ mengharuskan seorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri para sahabat pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebahagian lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut tidak ada sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan syahwat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud :

“Maka seseorang itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati seorang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seorang wanita hendaklah mengucapkan ucapan yang sopan.”

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seorang wanita sewajarnya menjawab soalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah dalam keadaan yang sangat diperlukan sahaja untuk melakukannya, percakapan mereka adalah yang menghasilkan faedah syara’ bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak dikeluarkan suara yang lembut serta tidak akan menyebabkan kepada rangsangan nafsu dari salah seorang darinya. Yang paling utama mereka hendaklah meninggalkan perbuatan itu melainkan ketika sangat perlu.



No comments: