Friday, March 22, 2013

Allah sedang berbicara tentang IMAN kamu

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Rabbana
Ya Rabbana
Ya Rabbana

Oh agak bersarang blog ini. Tak semua yang kita rancang menjadi. Kita merancang, Allah jua merancang, tetapi ingat perancanganNyalah yang terbaik. 

Kadang kita rasa kita sahajalah yang betul, susah menerima pendapat orang lain. Tetapi satu perkara yang perlu diingati. Kadang kala Allah datangkan insan, makhluk lain untuk menguji kita. Untuk menguji kita apa yang sering kita perkatakan. Benar, janji Allah itu pasti. Dan Allah sangat tidak suka kepada orang yang tidak melakukan apa yang telah diperkatakannya. 

Dan seandainya kita mengimani bahawa ujian itu adalah sebagai tanda sayangNya, tanda keprihatinanNya pada kita, pasti kita tak mudah mengeluh dengan ujian yang hadir itu. Pasti dan pasti setiap bucu kesukaran hidup, kesedihan adalah sebagai borderline agar kita tak mudah terjerumus ke jalan-jalan neraka. Hidup punya turun naik. Kadang kita berada di atas, kadang berada di bawah. Kadang kita syukur, kadang kita kufur. Ujian-ujian itulah sebagai sign dari Allah agar kembali kepadaNya. 

Mengharap keredhaan Allah adalah jauh lebih bermakna berbanding mengharap pandangan manusia. Kita memang tak boleh menutup mulut manusia. Fokuslah kepada pembersihan hati berbanding memikirkan cakap-cakap manusia. Sebab sampai kita ke liang lahad pun tak mustahil masih akan ada manusia yang bercakap-cakap tentang diri kita. Jadi, mengharap pandangan Allah itu adalah lebih besar kesannya kepada hati. 

Ubat hati ada lima perkara. Kenapa perlu selalu dibersihkan hati? Hati tempat jatuhnya pandangan Allah. Bukan harta, bukan kecantikan. Dan dunia ini milik orang yang baik, bukan yang hanya cantik. Pernah merasai kedamaian yang amat sangat? Syahdu bukan? Tenangnya bukan kepalang. Saya pasti dan pasti saat itu adalah ketika penyerahan kehidupan adalah semata-mata kepada Allah. Tiada bersandarkan selain Allah. Tatkala tempat paling mulia diletakkan di tempat yang paling rendah. Saat memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan. Saat mengenang mati itu pada bila-bila masa sahaja. Saat dan ketikanya kita tiada punya sesiapa kecuali Dia dan Dia. Saat kita hanya mengharap rahmatnya agar terselamat dari seksaan api nerakaNya. Cara pembersihan hati ada 5. Baca Al-Quran dan maknanya, solat malam (qiamullail), berkumpul dengan orang-orang soleh (pergi ke majlis ilmu), perbanyakkan amalan berpuasa, berzikir malam (sentiasa mengingati Allah). 

Andai, kita tahu jalan ke syurga itu tidak mudah. Pasti dan pasti kita takut dan tidak pernah terlintas untuk menderhakaiNya, untuk melanggar perintahNya. Yang mana perintah solatnya yang akan pertama ditanya untuk dihisab, yang mana perintah menutup auratnya, yang mana perintah menjalankan segala amanah dan tanggungjawab. Manusia sebagai hamba dan khalifah. Tidak terlepas dari tanggungjawab. Pintalah selalu kekuatan dan ketabahan hati untuk melalui liku-liku dan ujian dalam kehidupan. Kerana ada insan yang awal hidup sangat soleh, tetapi penghujungnya sebaliknya. Malah ada insan yang awal hidupnya biasa-biasa sahaja, tetapi dengan hidayahNya, ia terpilih untuk ke syurga berkat rahmatNya. Doa itu senjata paling ampuh buat kita, jika kita sombong untuk berdoa, sanggupkah kita menahan panasnya api neraka?

Hidup ini sebentar cuma, entah esok atau lusa, kita dijemput Yang Esa. Berhajatlah untuk mati dalam ketenangan dan redhaNya. Usah biarkan sedetikpun sehari-harian kita lupa akan Allah. Mungkin sedang kita memandu, sedang kita makan, sedang kita bersolat kita dijemput untuk kembali kepada pencipta diri  kita. Berhajatlah dari sekarang untuk kembali dalam keadaan husnul khotimah. Berdoalah, berusahalah. Jauhi yang mungkar dan lakukan yang diperintahkan. 

Aku ingin berjiran denganmu wahai pembaca entri ini. Aku ingin berjiran denganmu di syurganya. 

Allahumma ya muqallibal qulub, thabbit qulu bana 'ala dinika wa'ala to 'atiq. 

Sunday, March 3, 2013

Nota #2 : Seminar Baitul Muslim 2.0



PENGURUSAN JIWA....oleh Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Saleh

  • Lelaki dan wanita berbeza kerana struktur dan fungsi otak yang berbeza.
  • Penceraian berlaku bilamana nakhoda tidak tahu ke mana nak bawa perkahwinan itu. Jadi, matlamat haruslah sama.
  • Wanita perlu memberi, lelaki juga perlu memberi. Means – wanita perlu beri ketaatan sepenuhnya kepada suami. Lelaki perlu beri syurga kepada isteri. Redha ada pada hati. Isteri perlu beri ketaatan sepenuhnya pada suami agar suami redha (saling berkaitan).
  • Syurga isteri ada pada suami, neraka suami ada pada isteri. Syurga dan taat hanya boleh diberikan dengan HATI. Mentaati dengan hati, mentaati dengan aqal adalah dua perkara yang berbeza. Isteri yang taat kepada suami tanpa hati, suami boleh rasa.
Bagaimana mengurus hati?

Mintalah fatwa dari hatimu,
“Kebajikan itu adalah perkara yang diri dan hati merasa tenteram terhadapnya, dan dosa itu ialah suatu perkara yang bergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.”
(Hadis riwayat Ahmad)


Hati dan fitrah

  • Masalah kita ialah apabila kita dilanda masalah, sempit dengan dunia, kita tak nak mencari Tuhan (tak nak buka hati untuk Tuhan). Analoginya seperti menuang air ke dalam gelas yang terbalik. Tetapi, cuba tuang air ke dalam gelas yang berkedudukan betul, cantik je air tu mengalir ke dalam gelas.
  • Bila nak ketenangan carilah Tuhan, ketenangannya bukan kepalang.
  • Jangan sulami perhubungan dengan maksiat, ketenangan akan hilang. Analogi perhubungan yang disulami dengan maksiat ibarat meminum air mineral yang dicampur dengan ribena, tak sedap di tekak. Manis tidak cukup, masam pun tak cukup-rasa tak kena. Nikmatnya bersabar untuk mencari jodoh.

Cara mengurus hati
  1. Jadi orang soleh/solehah
  2. Jadi orang soleh/solehah
  3. Jadi orang soleh/solehah
  4. Jangan guna aqal untuk mencari, tetapi gunalah hati untuk berfatwa
  5. Buat perjanjian kesetiaan
  6. Jangan mulakan langkah syaitan
  • Ingin merisik dan sebagainya jangan minta fatwa dari aqal, tetapi mintalah fatwa dari hati. Hati yang ada Allah takut nak buat perkara maksiat. Waktu tunang, jangan call, mesej, emel yang tak berapa perlu/penting. Hanya perlu buat janji persetiaan. Jika dia setia, alhamdulillah. Sebaliknya jika tidak setia, bersyukurlah kerana anda tidak bersama dengan orang yang tidak setia.
  • Wanita punyai kuasa yang sangat dominan dan jangan buka pintunya.
  • “Kita mesti bercanggah dengan nature untuk ikut agama” – as known as mujahadah. Perempuan majoriti suka bercakap. Mengambil contoh Saidatina Khadijah yang dapat melawan nature untuk tidak banyak bertanya right after Rasulullah balik dengan perasaan gelisah setelah menerima wahyu.
  • Apa yang Khadijah buat, dia tidak banyak bertanya apabila melihat kegelisahan Rasulullah, sebaliknya hanya menenangkan baginda dengan menyelimuti baginda. Setelah tenang, barulah ditanya perkara yang telah berlaku kepada baginda. 
Urus perbezaan lelaki dan wanita
  • Mulut lelaki di hati, hati wanita di mulut
  • Cara bertanya menentukan cara jawapan. Fikir dahulu sebelum bertanya. Bilamana suami dan isteri ingin menegur perlu ada sense of touch.
  • Mengambil ibrah sirah nabawiyah. Bilamana manusia dinilai sikap/perangai masa silamnya, Saidina Umarlah yang dianggap paling teruk, tetapi segalanya dimurnikan semula kerana berlakunya perubahan dalam dirinya. At last, manusia boleh berubah kerana agama. 
bersambung +++
_______________________________________________________________________________________

"Jika bukan kita yang mendidik ummah mengenai pengurusan hati, jiwa dan cinta, takkanlah nak tunggu silibus barat memberikan pendapat?"

*Feel free to click share, let's us spread the goods..(^_^)

Saturday, March 2, 2013

Nota #1 : Seminar Baitul Muslim 2.0

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah pada 16 dan 17 Feb yang lalu saya berkesempatan mengikuti satu Grand Event, Seminar Baitul Muslim siri ke 2 di PICC.

Bermulanya terdetik di hati untuk mengikuti seminar ini adalah apabila saya melihat info di Page OHCS. Bertitik tolak sambutan SBM 1.0 yang menggalakkan, maka SBM 2.0 turut dirancang. Walaupun tidak berkesempatan hadir ke SBM 1.0 atas hal tertentu, namun  alhamdulillah, pada kali ini Allah memberi peluang kepada saya untuk menggarap segenap ilmu berkenaan pembinaan keluarga Islam.

Juga, niat pertama saya tidak lain dan tidak bukan ingin mengetahui sedalam-dalamnya definisi Keluarga Islam yang sebenarnya menurut pandangan ilmuwan dan ulama’ yang telah diundang.

Alhamdulillah, meskipun mendaftarkan diri pada detik-detik terakhir tempoh early bird, akhirnya Allah permudahkan juga jalannya. Bersama kakak senior dan seorang adik junior menuju ke PICC, saya dapat lihat ramai sebenarnya jiwa yang inginkan ilmu, hari pertama yang majoritinya adalah seusia saya. Benar, pengisian mendalam mengenai keluarga Islam seperti ini jarang diadakan di luar. Dan juga saya akui, jika hanya mengharapkan pengisian dari kursus perkahwinan yang wajib dihadiri, ianya tidak mencukupi kerana pengisian di kursus adalah basic persediaan sebagai bakal pengantin juga individu muslim. Tidak keterlaluan saya katakan kerana saya sendiri bertanya kepada urusetia, jumlah peserta yang hadir hampir mencecah 2000 orang.

Hari pertama seminar, dengan tema ‘Sebelum Aku Bernikah’ berfokus kepada  aspek-aspek sebelum perkahwinan merangkumi persoalan berkaitan mencari jodoh, urusan merisik, meminang, bertunang, pengurusan hati, panduan melaksanakan walimatul urus serta pengurusan kewangan. Para penceramah menjelaskan dengan terperinci garis panduan yang ditetapkan dalam Islam berhubung perkara-perkara ini.

Hari kedua pula sesuai dengan tema ‘Bercinta Sampai Syurga’ lebih mengupas hal-hal penting dalam pembinaan rumahtangga yang kukuh mencakupi aspek pengurusan keluarga dan konflik, memupuk dan mengekalkan kasih sayang dalam keluarga, tips-tips perhubungan suami isteri, pendidikan anak-anak serta perkongsian pengalaman penceramah dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga.  

Berikut saya nyatakan beberapa catatan penting dan saya cuba meringkaskannya agar mudah sampai mesejnya kepada pembaca :

Hari Pertama : ‘SEBELUM AKU BERNIKAH’

CARI JODOH : LANGKAH 1,2,3... oleh Ustaz Pahrol Md Juoi

1. Jadilah orang yang baik
  • Jadilah soleh/ah, Allah akan datangkan orang yang solehah/soleh untuk anda. Persoalannya, bila kita betul-betul dah sampai tahap ‘baik’? Jadi baik adalah on going process. Katakan bahawa  ‘saya akan jadi orang yang baik’. Dan orang yang baik akan sentiasa melakukan kebaikan. Kita mungkin merasakan diri kita belum cukup baik, tetapi itulah usaha orang yang ingin menjadi lebih baik. Law Of Attraction – hukum sunnatullah. LOA seperti magnet. Orang-orang yang baik akan menarik orang-orang yang baik dekat padanya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
  • Dunia adalah milik orang yang baik, bukan orang yang hanya cantik. 
  • Dunia – bukan apa yang kita pandang itu yang penting, tetapi bagaimana kita memandang itu yang penting. What you see is what you will get.


2. Ikut pilihan orang yang baik.
  • Orang yang baik tidak akan menzalimi. Siapa orang yang baik? Ibu bapa, guru, naqib naqibah, kawan-kawan yang baik dan sebagainya. Di sekeliling mereka ada orang-orang yang baik, insyaAllah mereka akan memilih untuk kita orang-orang yang baik juga.


3. Ikut cara/kaedah yang baik.
  • Seperti yang telah dikatakan, baik adalah subjektif & relatif. Value system of life – ‘baik’ adalah apa yang kita rasa benar, baik dan betul. Kaedah yang baik menurut Islam adalah apa-apa sahaja perkara selagi tidak melanggar 3 elemen iaitu aqidah, syariat dan akhlak Islam. Bagaimana caranya?
  1. Gunakan orang tengah
  2. Pilih orang yang baik untuk ‘proceed’. Contoh : bapa bertemu bakal jodoh-mengambil contoh cara yang digunakan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Jangan malu jika proposal ditolak. ‘Malu’ adalah bukan pada perkara mencari jodoh sebab masih mematuhi 3 elemen tadi. ‘Malu’ yang sebenarnya adalah apabila melakukan maksiat – dedah aurat, berpegangan tangan bukan muhrim n etc. Break the siege bahawa ditolak proposal ketika mencari jodoh tidaklah ‘malu’, itu sekadar proses untuk mendapat yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi, jangan berputus asa dan terus mencari
  3. Hadis mengenai seorang wanita bertemu Rasulullah.


‘Preparation’ adalah sifat orang mukmin. Siapa yang tidak membuat preparation, terpaksa membuat correction. Sebab itu persediaan dan persiapan itu penting. Persiapan terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Dalaman (aqal, hati, emosi)
  • Untuk membentuk diri, tahu agama, perkara asas fardu ain, syariat, feqah, sekurang-kurangnya tahu 10 sifat mahmudah, mazmumah.
  • Acquired knowledge – akademik, untuk membentuk kehidupan (pengetahuan am), pengurusan konflik, pengurusan kewangan, dll. EQ-SQ-IQ.
2. Luaran (fizikal & material)
  • Bagaimana sumber pendapatan? Takkan nak berterusan bergantung pada ibu bapa?

Ustaz Pahrol turut menyelitkan mengenai konsep ibadah sunnah memandangkan stigma masyarakat yang betul ‘faham’ bahawa perkahwinan itu adalah sunnah.
Mengambil contoh solat. Ibadah sunnah bertujuan untuk menampung ibadah lain-untuk mendekatkan diri kepada Allah (mendapat kasih sayang Allah). *punca mendapat pertolongan Allah.
Konsep Islam tentang sunnah – buat dapat pahala, tak buat tak berdosa. Maka, eloklah buat. Begitulah juga perkahwinan.
Tetapi definisi masyarakat (melayu terutamanya) – buat dapat pahala, tak buat tak berdosa. Jadi, tak buat pun xpe.
Berbeza kan?

Persoalan perigi cari timba :
Satu kebaikan perlu dilakukan berkali-kali. Allah akan memberikan yang terbaik untuk hambaNya yang baik. Kegagalan adalah yuran kejayaan.

Tanda berkatnya wanita. Panduan memilih isteri bagi lelaki :
  • Yang cepat nikahnya
  • Yang ramai anaknya – kebiasaannya lihat pada keturunannya jika nak tahu.
  • Yang murah mas kahwinnya
  • Baik akhlaknya

Panduan memilih suami bagi wanita :
  • Bertanggungjawab
  • Bijaksana – wisdom, bukan hanya ilmu – tetapi juga dalam membuat keputusan. Kenapa ketua keluarga adalah lelaki? Kerana pemikiran lelaki in depth, wanita kebiasaannya memikirkan perkara yang kecil dan tidak mendalam – majoritinya lebih memberatkan emosi dan perasaan.
  • Kemampuan menjadi murabbi @ memimpin – boleh lihat ketika makan ; penting dirikah, teraturkah..etc. 

Apabila kita bernikah, kita sebenarnya bernikah dengan 3 orang :
  1. Siapa dia yang kita sangka
  2. Siapa dia yang sebenarnya
  3. Siapa dia selepas berkahwin dengan kita
And don't put too much/high expectition about the partner. Terima seadanya dan ditekankan sekali lagi bahawa menjadi baik adalah 'on going process'. Mungkin di awal perkahwinan dua-dua masih di peringkat awal menjadi baik, jadi sama-sama topup kekurangan agar di akhir hayat kedua-duanya berpeluang untuk memasuki syurgaNya. 

“Apa yang kita semai di dunia, itulah yang akan kita tuai di akhirat”

“Perkahwinan disempurnakan oleh tanggunggjawab. Waktu cinta ‘demam’, tanggungjawablah yang memainkan peranan sehingga demam kebah.”

“Jodoh adalah sesuatu yang sukar untuk ditanggapi, mari serahkan kepada Allah”

“Rezeki/jodoh yang Allah kurniakan kepada kita sesuai dengan tanggungjawab yang bakal kita laksanakan. Semakin besar tanggungjawab, semakin bertambah rezeki yang Allah beri. So, first thing first. Laksanakanlah tanggungjawab yang kita ada sekarang. Jodoh will come later.”

bersambung +++


Peserta bergembar kenangan bersama penceramah bagi slot Pengurusan Jiwa, Ustaz Ridhauddin


_______________________________________________________________________________________
"Jika bukan kita yang mendidik ummah mengenai pengurusan hati, jiwa dan cinta, takkanlah nak tunggu silibus barat memberikan pendapat?

*Feel free to click share, let's us spread the goods..(^_^)