Saturday, March 2, 2013

Nota #1 : Seminar Baitul Muslim 2.0

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah pada 16 dan 17 Feb yang lalu saya berkesempatan mengikuti satu Grand Event, Seminar Baitul Muslim siri ke 2 di PICC.

Bermulanya terdetik di hati untuk mengikuti seminar ini adalah apabila saya melihat info di Page OHCS. Bertitik tolak sambutan SBM 1.0 yang menggalakkan, maka SBM 2.0 turut dirancang. Walaupun tidak berkesempatan hadir ke SBM 1.0 atas hal tertentu, namun  alhamdulillah, pada kali ini Allah memberi peluang kepada saya untuk menggarap segenap ilmu berkenaan pembinaan keluarga Islam.

Juga, niat pertama saya tidak lain dan tidak bukan ingin mengetahui sedalam-dalamnya definisi Keluarga Islam yang sebenarnya menurut pandangan ilmuwan dan ulama’ yang telah diundang.

Alhamdulillah, meskipun mendaftarkan diri pada detik-detik terakhir tempoh early bird, akhirnya Allah permudahkan juga jalannya. Bersama kakak senior dan seorang adik junior menuju ke PICC, saya dapat lihat ramai sebenarnya jiwa yang inginkan ilmu, hari pertama yang majoritinya adalah seusia saya. Benar, pengisian mendalam mengenai keluarga Islam seperti ini jarang diadakan di luar. Dan juga saya akui, jika hanya mengharapkan pengisian dari kursus perkahwinan yang wajib dihadiri, ianya tidak mencukupi kerana pengisian di kursus adalah basic persediaan sebagai bakal pengantin juga individu muslim. Tidak keterlaluan saya katakan kerana saya sendiri bertanya kepada urusetia, jumlah peserta yang hadir hampir mencecah 2000 orang.

Hari pertama seminar, dengan tema ‘Sebelum Aku Bernikah’ berfokus kepada  aspek-aspek sebelum perkahwinan merangkumi persoalan berkaitan mencari jodoh, urusan merisik, meminang, bertunang, pengurusan hati, panduan melaksanakan walimatul urus serta pengurusan kewangan. Para penceramah menjelaskan dengan terperinci garis panduan yang ditetapkan dalam Islam berhubung perkara-perkara ini.

Hari kedua pula sesuai dengan tema ‘Bercinta Sampai Syurga’ lebih mengupas hal-hal penting dalam pembinaan rumahtangga yang kukuh mencakupi aspek pengurusan keluarga dan konflik, memupuk dan mengekalkan kasih sayang dalam keluarga, tips-tips perhubungan suami isteri, pendidikan anak-anak serta perkongsian pengalaman penceramah dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga.  

Berikut saya nyatakan beberapa catatan penting dan saya cuba meringkaskannya agar mudah sampai mesejnya kepada pembaca :

Hari Pertama : ‘SEBELUM AKU BERNIKAH’

CARI JODOH : LANGKAH 1,2,3... oleh Ustaz Pahrol Md Juoi

1. Jadilah orang yang baik
  • Jadilah soleh/ah, Allah akan datangkan orang yang solehah/soleh untuk anda. Persoalannya, bila kita betul-betul dah sampai tahap ‘baik’? Jadi baik adalah on going process. Katakan bahawa  ‘saya akan jadi orang yang baik’. Dan orang yang baik akan sentiasa melakukan kebaikan. Kita mungkin merasakan diri kita belum cukup baik, tetapi itulah usaha orang yang ingin menjadi lebih baik. Law Of Attraction – hukum sunnatullah. LOA seperti magnet. Orang-orang yang baik akan menarik orang-orang yang baik dekat padanya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
  • Dunia adalah milik orang yang baik, bukan orang yang hanya cantik. 
  • Dunia – bukan apa yang kita pandang itu yang penting, tetapi bagaimana kita memandang itu yang penting. What you see is what you will get.


2. Ikut pilihan orang yang baik.
  • Orang yang baik tidak akan menzalimi. Siapa orang yang baik? Ibu bapa, guru, naqib naqibah, kawan-kawan yang baik dan sebagainya. Di sekeliling mereka ada orang-orang yang baik, insyaAllah mereka akan memilih untuk kita orang-orang yang baik juga.


3. Ikut cara/kaedah yang baik.
  • Seperti yang telah dikatakan, baik adalah subjektif & relatif. Value system of life – ‘baik’ adalah apa yang kita rasa benar, baik dan betul. Kaedah yang baik menurut Islam adalah apa-apa sahaja perkara selagi tidak melanggar 3 elemen iaitu aqidah, syariat dan akhlak Islam. Bagaimana caranya?
  1. Gunakan orang tengah
  2. Pilih orang yang baik untuk ‘proceed’. Contoh : bapa bertemu bakal jodoh-mengambil contoh cara yang digunakan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Jangan malu jika proposal ditolak. ‘Malu’ adalah bukan pada perkara mencari jodoh sebab masih mematuhi 3 elemen tadi. ‘Malu’ yang sebenarnya adalah apabila melakukan maksiat – dedah aurat, berpegangan tangan bukan muhrim n etc. Break the siege bahawa ditolak proposal ketika mencari jodoh tidaklah ‘malu’, itu sekadar proses untuk mendapat yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi, jangan berputus asa dan terus mencari
  3. Hadis mengenai seorang wanita bertemu Rasulullah.


‘Preparation’ adalah sifat orang mukmin. Siapa yang tidak membuat preparation, terpaksa membuat correction. Sebab itu persediaan dan persiapan itu penting. Persiapan terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Dalaman (aqal, hati, emosi)
  • Untuk membentuk diri, tahu agama, perkara asas fardu ain, syariat, feqah, sekurang-kurangnya tahu 10 sifat mahmudah, mazmumah.
  • Acquired knowledge – akademik, untuk membentuk kehidupan (pengetahuan am), pengurusan konflik, pengurusan kewangan, dll. EQ-SQ-IQ.
2. Luaran (fizikal & material)
  • Bagaimana sumber pendapatan? Takkan nak berterusan bergantung pada ibu bapa?

Ustaz Pahrol turut menyelitkan mengenai konsep ibadah sunnah memandangkan stigma masyarakat yang betul ‘faham’ bahawa perkahwinan itu adalah sunnah.
Mengambil contoh solat. Ibadah sunnah bertujuan untuk menampung ibadah lain-untuk mendekatkan diri kepada Allah (mendapat kasih sayang Allah). *punca mendapat pertolongan Allah.
Konsep Islam tentang sunnah – buat dapat pahala, tak buat tak berdosa. Maka, eloklah buat. Begitulah juga perkahwinan.
Tetapi definisi masyarakat (melayu terutamanya) – buat dapat pahala, tak buat tak berdosa. Jadi, tak buat pun xpe.
Berbeza kan?

Persoalan perigi cari timba :
Satu kebaikan perlu dilakukan berkali-kali. Allah akan memberikan yang terbaik untuk hambaNya yang baik. Kegagalan adalah yuran kejayaan.

Tanda berkatnya wanita. Panduan memilih isteri bagi lelaki :
  • Yang cepat nikahnya
  • Yang ramai anaknya – kebiasaannya lihat pada keturunannya jika nak tahu.
  • Yang murah mas kahwinnya
  • Baik akhlaknya

Panduan memilih suami bagi wanita :
  • Bertanggungjawab
  • Bijaksana – wisdom, bukan hanya ilmu – tetapi juga dalam membuat keputusan. Kenapa ketua keluarga adalah lelaki? Kerana pemikiran lelaki in depth, wanita kebiasaannya memikirkan perkara yang kecil dan tidak mendalam – majoritinya lebih memberatkan emosi dan perasaan.
  • Kemampuan menjadi murabbi @ memimpin – boleh lihat ketika makan ; penting dirikah, teraturkah..etc. 

Apabila kita bernikah, kita sebenarnya bernikah dengan 3 orang :
  1. Siapa dia yang kita sangka
  2. Siapa dia yang sebenarnya
  3. Siapa dia selepas berkahwin dengan kita
And don't put too much/high expectition about the partner. Terima seadanya dan ditekankan sekali lagi bahawa menjadi baik adalah 'on going process'. Mungkin di awal perkahwinan dua-dua masih di peringkat awal menjadi baik, jadi sama-sama topup kekurangan agar di akhir hayat kedua-duanya berpeluang untuk memasuki syurgaNya. 

“Apa yang kita semai di dunia, itulah yang akan kita tuai di akhirat”

“Perkahwinan disempurnakan oleh tanggunggjawab. Waktu cinta ‘demam’, tanggungjawablah yang memainkan peranan sehingga demam kebah.”

“Jodoh adalah sesuatu yang sukar untuk ditanggapi, mari serahkan kepada Allah”

“Rezeki/jodoh yang Allah kurniakan kepada kita sesuai dengan tanggungjawab yang bakal kita laksanakan. Semakin besar tanggungjawab, semakin bertambah rezeki yang Allah beri. So, first thing first. Laksanakanlah tanggungjawab yang kita ada sekarang. Jodoh will come later.”

bersambung +++


Peserta bergembar kenangan bersama penceramah bagi slot Pengurusan Jiwa, Ustaz Ridhauddin


_______________________________________________________________________________________
"Jika bukan kita yang mendidik ummah mengenai pengurusan hati, jiwa dan cinta, takkanlah nak tunggu silibus barat memberikan pendapat?

*Feel free to click share, let's us spread the goods..(^_^)

No comments: