Saturday, February 2, 2013

M.I.M.R.A 2013

Assalamualaikum wbt buat para pengunjung blog, 
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah kita masih dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM sehingga ke saat ini. Berbanyak kemaafan buat sahabat yang tidak sempat saya berkongsi kisah. Saya akui, di tahun akhir ini, saya banyak melalui transisi kehidupan. Tugas dan tanggungjawab semakin hari semakin mencabar. Dan sesungguhnya kewajipan itu melebihi masa yang kita. Benar kata As Syahid Imam Hassan Al Banna: 'al-wajibat aksaru minal auqot' yang bermaksud kerja dan kewajipan itu lebih banyak daripada masa-masa yang kita ada. Terima kasih Allah kerana masih memberiku peluang ini bagi menyebarkan bahagia dan hakikat penghidupan di atas muka bumi.

Mukaddimah
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh-sungguh, tak mahu cari jalan lain bila dakwah terhalang"
(Almarhumah Siti Hajar, mahasiswa UTEM yang kembali ke rahmatullah pada 20 Jan yang lalu)
Ternyata Malaysia terkesan dengan 'dakwah' terakhir ukhti ini melalui pesanan yang dicatatkan oleh ibunya. Saya agak terkilan kerana tidak sempat bersama sahabat yang melawatnya tatkala beliau ditempatkan di hospital melaka akibat kemalangan yang berlaku ke atasnya. Sungguh, beliau seorang yang sangat tabah. Sukar untuk menemui mujahidah setabah beliau pada ketika ini. Jika ada pun, kisahnya di'beku'kan. 

Fokus
Saya, dengan rasa rendah diri mewakili geng ekonomi ingin mengucapkan seinfiniti penghargaan buat semua komiti yang telah bertungkus lumus bagi memastikan keberlangsungan Minggu Mahabbah Rasulillah di peringkat Kampus Raja Melewar.

Saya juga ingin memohon berbanyak kemaafan andai terdapat hati-hati yang terguris atau terkesan dengan sikap dan cara kerja saya sepanjang memastikan keberlangsungan program ini. Memang diakui, memastikan program ini berjalan lancar, amat memerlukan perancangan yang rapi dan teliti lebih-lebih apabila Saudara Hamdan menyatakan kepada kami ini adalah program benchmark PGPI bagi tahun ini. Namun, berkat kerjasama kami dalam geng ekons serta MT dan semua guru pelatih, suatu natijah bagi permulaannya, tampak sedikit cahaya kelainan daripada program-program sebelum ini. Mungkin kerana ianya sendiri merupakan sebuah program cinta nabi. Teringat saya pada satu pesanan, "Bilamana kita bawa program cinta nabi, insyaAllah masyarakat akan mudah menerima kerana di situ tampak kesyumulannya." 

Objektif program ini jika dilihat untuk mendidik ummah agar lebih dekat dan intim dengan kisah Rasulullah SAW dan kehidupan baginda. Jika diperhatikan, secara tidak langsung komiti pelaksana adalah terlebih dahulu yang menerima tarbiah tersebut. Benar kata pepatah, yang lebih dekat dengan apa yang disampaikan adalah telinga penyampai itu sendiri. Benar dan ternyata bilamana dalam sesetengah program, komiti itu sendiri menerima tarbiah direct daripada Allah SWT. Teamwork, kesefahaman serta komunikasi berkesan dan kebergantungan komiti kepada Allah merupakan elemen penting keberlangsungan sesuatu program. Hatta di luar program pun, kita amat memerlukan kepada elemen ini kerana itu adalah aspek penting dalam hidup bermasyarakat. Saling bertolong bantu juga dapat menangkis suuz zhon sahabat-sahabat komiti. Dalam kita menjalankan program dakwah, komitmen pelajaran juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang terpaksa menghadiri kelas malam dalam masa yang sama meeting tetap perlu dijalankan. Sering diingatkan pada hari-hari demam MIMRA untuk menghantar wakil jika tidak dapat hadir ke meeting kerana meeting itu sendiri objektifnya untuk penyelarasan. Perlu diingat bahawa "kebenaran yang tidak tersusun pasti akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun." Di sinilah pentingnya peri penting akan tuntutan amanah dakwah itu sendiri. Perlu juga hadir bersama di hati 'Rasulullah akan check apa yang telah dilakukan demi Islam'

Secara jujurnya, saya amat-amat sayu lebih-lebih lagi apabila kumpulan qasidah mempersembahkan qasidah pada malam kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah. Adik-adik itu yang merupakan para huffaz amat meruntun hati ini. Benar, bilamana kita ingin berubah kerana ALLAH, ALLAH akan datangkan orang-orang yang baik agar kita tetap istiqamah dalam perubahan.

Apa yang diharapkan, semoga program-program selepas ini adalah lebih tersusun perancangan dan pelaksaannya seterusnya lebih ramai masyarakat yang menyedari akan keindahan Islam. 

Ayuh, sebarkan bahagia (^_^)


 Sekalung penghargaan buat para pensyarah dan wakil Al-Ghoniah yang sudi hadir memeriahkan 
Malam Lantunan Mahabbah Rasulillah.
Ustazah Mukarramah, Ustazah Hasnah, Kak Izah, Ustaz Ghanis, Ustaz Muhsinul
(Tiada dalam gambar : Puan Suzana, Warden Blok A)


Seinfiniti ucapan tahniah buat rakan-rakan guru pelatih yang sudi memeriahkan dan menjayakan kemuncak Malam Lantunan Mahabbah Rasulillah 2013 



Jatuh bangun M.I.M.R.A 2013
Syukran lakum sahabat-sahabat lillah
(juga buat sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan bergambar kenangan bersama)

= Semoga setiap pengorbanan antum mendapat nilaian di sisi Allah SWT =


No comments: