Sunday, October 24, 2010

KESYUMULAN = MENYELURUH


Mak bapak...

Terima kasih kerana telah menjagaku
Sejak Dia meniupkan roh dalam jasadku
Memeliharaku sebaiknya
Menegur silap langkah tentang hakikat kehidupan
Mengajar dan menunjukku atas setiap perbezaan baik dan buruk
Membimbingku memilih jalan kehidupan
Terima kasih mak bapak, keranamu aku lebih mengerti nilai pengorbanan
Redhailah anakmu ini kerana Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayahbonda

Sanak saudaraku...
Kehadiranmu dalam hidupku membuahkan rasa syukurku
Rasa syukur atas setiap jalinan persaudaraan
Atas segala perkongsian perngalaman kalian
Juga perkongsian suka dan duka

Sahabat...
Tiap nasihat dan kata-kata kalian mengajarku berfikir
Hakikat sebuah PERJALANAN di bumi Tuhan
Memperjelas akan matlamat hidup seorang khalifah dan hamba Tuhan

Guru...
Hadirmu meneruskan tanggungjawab ibu bapaku
Kalian bukan sekadar mengajar abjad-abjad dan digit-digit
Malah membimbingku menjadi insan berguna atau sebaliknya
Mengajar selok belok berhadapan masyarakat yang pelbagai

Bakal anak-anak didikku...
Dikaulah generasi yang akan meneruskan perjuangan kehidupan
Rosaknya kamu, rosaklah dunia
Satu pintaku
Jadikanlah ISLAM sebagai cara hidupmu
Biar bidang apa yang kamu ceburi
Pasti kamu berjaya dalam redha Ilahi

Pemimpin...
Kalianlah lampu suluh kami
Taatnya kalian kepada Sang Pencipta
Amanlah dunia dari segala kefasikan dan kekufuran

Alam...
Terdapat rahsia yang tersimpan disebalikmu
Kewujudanmu tanda kekuasaanNya
Aku belum puas BERJALAN MENCARI JAWAPAN...
Kerana luasnya ilmu Tuhan...
Meski hingga terbaringnya aku di liang lahad...

Hatiku...
Dikau ibarat raja bagi diriku
Suci dan bersihnya kamu, memberi impak yang besar dalam tindakan dan fikiranku
Aku boleh tenang keranamu,
Juga boleh runsing keranamu
Dikau AMAT PENTING dalam hidupku

Agamaku...
Penyuluh hidupku
Juga cara hidupku
Ibarat tongkat bagi si buta
hilangnya engkau dari diriku
Tiada lagi erti hidup ini

Rasulullah...
Yang sering merindui umat
Yang sanggup menanti umat di pintu syurga
Allah...betapa mulianya hatimu
Akhlakmu...menarik hati-hati kaum musyrikin untuk menerima fitrah ISLAM sebagai cara hidup

Allah...
Pemilik hatiku...
Satu kekuatan untuk mengharungi mehnah kehidupan di dunia...
Bisa pancarkan HIDAYAH yang didambakan setiap insan
CintaMu bisa merubah insan hina kepada mulia

Palestin...
Kalian tidak bersendirian
Bersabarlah atas penderitaan dunia ini
Kami akan bantu perjuangan ini dari jauh
Doa kami sentiasa mengiringi
Teruskan pertahankan hak milik ISLAM
Janji Allah itu pasti
YAHUDI ZIONIS TIDAK PERNAH MEREDHAI
KEMENANGAN PASTI KITA GENGGAM!!
KERANA ALLAH BERSAMA KITA


Ku bermohon padaMu Allah
Sinarilah
Hatiku
Jagalah mak bapakku
Temanilah ahli keluarga dan sanak saudaraku
Dampingilah sahabat-sahabatku
Ajarilah guru-guruku
Didiklah anak-anak didikku
Pimpinlah pemimpin-pemimpinku
Turunkan rasa syukurku pada alam ciptaanMu
Peliharakanlah agamaku
Bantulah kami mempertahankan Baitul Maqdis
Rindukanlah aku pada syahid dijalanMu seperti RasulMu

"JADIKAN KAMI HAMBA YANG MENGAMALKAN ISLAM SECARA KESELURUHANNYA"

Bukan sekadar agama keturunan
Mahupun agama dalam kad pengenalan...
Wallahualam..

anamusleh,
16 Zulkaedah 1431H
11.30 am.
Matikanlah aku dalam keadaan yang Kau redhai Ya Allah


~Maaf atas partition yang tertinggal untuk dilistkan~


No comments: