Friday, October 8, 2010

Ilmu Allah itu luas

Sedang khusyuk menelaah pelajaran (dulu saya agak rajin, adalah dalam setengah jam boleh tahan mengadap buku, sangat berbeza dgn skrg)...tiba-tiba tertera di skrin watchphone ku...

Tet...tet...1 new message

msg dari saudari afifah...

"Salam. Nanti kalau zaiton nak p surau annur message saya ye"...

"Ok. InsyaAllah nanti saya p surau..lagipun malam ni ada kuliah maghrib oleh en. suhaimi kan."

"Ok, t kite p dlm kul 7 ye."

"Ok fifah..=)."




Di surau inilah terakam seribu pengalaman manis pertama bagi penulis. Hati mana yang tidak tersentuh tatkala tarbiah dari penciptaNya menyentuh dengan ilmu-ilmu dan mahabbah bersama sahabat dalam menuju redhaNya. Digarapnya segala pemberian Tuhan sebagai persediaan menghadapi hari mendatang. Kerana baginya, biarlah dugaan datang melanda, hadapi dengan tenang. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama

Tak sabar rasanya nak mendengar kuliah maghrib di surau annur. Begitulah rasanya tiap kali ada pengisian rohani. Takkan ku lepaskan bagi menambah thaqafah diri demi meningkatkan keimanan kepadaNya..ditambah pula sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Di sana tiada gap walaupun saya dengan afifah berlainan program dan berlainan kelas. Rindunya pada kerendahan hati yusniza, kepetahan afifah dengan loghat kelatenya,...dan sahabiah lain yang dirindu.

Di matrik, walaupun jadual di sana pack, tapi kami masih sempat pergi hampir ke semua program-program dan kuliah-kuliah agama yang dianjurkan. Surau annur tidak lekang dengan Nur Islami. Hampir dikatakan setiap hari diisi dengan majlis ilmu. Jika tiada kuliah maghrib oleh en. suhaimi, en. mahfuz menjadi penggantinya. Perkongsian ilmu dan pengalaman mereka bersama kami amat bermakna. Mana tidaknya, pada kala umur sebeginilah remaja mencari & membentuk identitinya. Masih segar dalam ingatan saya pada perkongsian en. mahfuz berkenaan sahabatnya sewaktu di kampus dahulu. Sahabatnya merupakan pelajar cemerlang di kampus dan pernah menjadi pelajar terbaik SPM di seluruh Malaysia. Hendak dipendekkan cerita, kejayaan sahabatnya bukanlah hanya hasil titik peluhnya sendiri, tapi dengan berkat dan rahmat dari Allah. Dengan berpandukan ungkapan basmallah. "Rahmat Allah untuk semua makhluk, tapi rahim Allah untuk hambaNya yang terpilih sahaja". Beliau bukanlah seorang yang 'gila study', tapi qiamullail itu kuncinya. Beliau akan tidur awal dan bangun awal. Pada keheningan pagi itulah beliau akan bangun, berqiam serta menelaah pelajaran. Subhanallah, sungguh indah cara hidup yang bersyariat itu. Dunia dapat, akhirat insyaAllah juga telah dijanjikan. Segala yang dilakukannya dalam jagaan dan redha Allah SWT.

Malangnya di sini, boleh dikatakan rehat yang mendominasi, tapi nak membuka lembaran tafsir quran pun tak sempat, pelbagai alasan diberikan assignment, ISL, folder, presentation. Itulah dunia, tiada sudahnya...luangkanlah sedikit masa demi kesihatan rohani. Hampir setiap hari kita memberikan makanan kepada minda dan jasmani, tapi sanggupkah mengabaikan rohani yang padanya kita akan beroleh ketenangan. Sama-samalah kita memuhasabah diri, tanya pada rohani. Sihatkah dia???

p/s : wallahu'alam...peringatan juga buat insan anamusleh yang sentiasa dahagakan sentuhan hati nurani. Moga Allah sentiasa bersama kita, dalam ingatan dan denyutan nadi.

No comments: