Sunday, August 15, 2010

Jom rebut 3 peluang

Jom rebut 3 peluang!!

"Kedatangan Ramadhan membawa keberkatan. Awalnya rahmat kasih sayang Allah, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pembebasan dari api neraka."

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam Ramadhan kareem buat para pengunjung blog. Bulan Ramadhan sudah menjelma semeriah kewujudan bazar-bazar ramadhan yang menjanjikan sejuta 'hidangan' ganjaran yang istimewa..


DEFINISI RAMADHAN

Ramadhan ==> Ramada bererti : membakar iaitu menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadah pada bulan Ramadhan.

Ramadhan ertinya ==> bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah bererti akan diberikan jaminan syurga dan ganjaran dilipatgandakan serta dianugerahi malam Lailatulqadar…

Ramadhan yang mana ditutup pintu-pintu neraka, dibuka pintu-pintu syurga dan syaitan-syaitan dirantai….menjanjikan seribu rahmat dan kasih sayang kepada semesta alam.


Ramadhan itu pintu rezeki bagi para peniaga

Ramadhan itu bank amalan bagi para abid

Ramadhan itu melatih diri menjadi atlit terhebat

Ramadhan itu melatih diri menjadi pelajar cemerlang

Ramadhan itu membentuk individu muslim ke arah yang lebih baik

Segala kebajikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan, dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Dillipatgandakan amalan fardhu menjadi 70 kali ganda manakala amalan sunat pula mendapat ganjaran seperti melakukan amalan fardhu pada bulan-bulan yang lain. Maha Kaya dan Pemurah Allah…inilah motivasi dan benteng kekuatan bagi kita untuk terus melakukan kebajikan dalam kehidupan seharian kita.


MALAM LAILATLQADAR

Merupakan malam rahsia. Amat beruntunglah golongan yang mengambil peluang ini kerana pada bulan Ramadhan terdapatnya malam Lailatulqadar yang mana Allah memerintahkan Malaikat Jibril untuk turun ke bumi mencari individu yang bangun malam demi mencari keredhaan Allah (berqiamullail, berzikir, membaca al-quran, memuhasabah diri, mengulangkaji pelajaran dan segala kebajikan yang dilakukan) sehingga terbit fajar subuh. Allahurabbi, Maha Besar Allah…apa sahaja permintaan akan dimakbulkan Allah…InsyaALLAH…

Sungguh…bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah

Sungguh…Segala perbelanjaan dan penderitaan kelaparan selama berpuasa akan mendapat ganjaran syurga

Sungguh…akan diampunkan segala dosa-dosa pada malam Lailatulqadar

Sungguh…2 kegembiraan bagi orang yang berpuasa adalah ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan tuhannya dia akhirat

Setiap perbuatan baik pada bulan Ramadhan dikira sebagai ibadah :

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)


No comments: