Friday, November 2, 2012

#2 Perjuangan Ramadhan 1433H

+sambungan+

7 Ogos 2012 (selasa)
Pagi itu bangun tido keadaan sy tiada perubahan, hati rasa sayu. sy berchatting dgn k.aah melalui fb. Bgtau rasa macam nak berubat, dah tak tahan. Nak pegi sekolah pun macam xda function, x dapat buat apa2 kerja. K.aah tanya nak balik kampung ke? Mmg hati berat nak balik tapi malas nak memikirkan prosedur cuti sakit tu, sy xlarat nak uruskan sendiri, berdiri rasa nak tumbang. Kemudian, setelah difikirkan dan dibuat pertimbangan, sy rujuk juga pd unit praktikum, sy sms memaklumkan kepada En.Izan mengenai kondisi sy yang sudah 9 hari demam. Sy mohon kebenarannya untuk ambil cuti. Tak sangka pula En.Izan tahu perkara ini daripada En.Sufian yang diturut dimaklumkan oleh a.aris. Alhamdulillah permohonan sy diterima, sy maklumkan kpd pihak sekolah untuk cuti sakit. Dan yang pasti surat mc itu perlu ada. K.aah sudi untuk hantarkan sy balik kmpg. Saya bersiap2 sementara tunggu k.aah sampai dari melaka. Dalam hati terfikir mcm mana la dia nak bwk kete dengan faza yang masih kecik tu. Moga semuanya selamat.
Dekat pukul 10 xsilap sy, k.aah sampai di iprm. k.aah bawa saya ke melaka dahulu, sampai di melaka, k.aah terus bawa saya ke klinik kesihatan tengkera untuk memohon surat mc. Sewaktu menunggu giliran di klinik, sy dan k.aah merancang utk berubat cara Islam di melaka sahaja. Sy tny kpd shbt ippm mengenai ustaz yg boleh mengubatkan pesakit yang terkena gangguan. Dlm masa yg sama sy bertanya juga pd k.nor kalau2 imam shah available utk ubatkan. Lgpun sy tak bercdg utk cuti lama sbb bimbang akan peratusan kehadiran ke praktikum kurang. K.nor bgtau xdpt call imam shah, tp dia ada kwn yang duduk di kuarters Nilai geng2 ustaz haron din jugak yg boleh mengubatkan. Alahai, jauh la pulak, waktu tu dah berada di melaka. Sy pasrah. Sy dapat dua hari mc. Selesai urusan di klinik, k.aah bawa sy balik ke rumahnya. Sy berehat. Kepala still pening, suhu badan yang kadang kala naik kadang kala turun. Betulla, saat tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya. Saya rasa amat dekat dengan Allah, betul2 kita perlukan perlindungan Allah. K.aah sarankan sy utk stay di rumahnya dulu, esoknya baru berubat.
Berada di rumahnya sy rasa seperti seminggu, ntahlah rasa begitu lama, padahal hny satu mlm! Waktu berbuka hanya berjaya mkn beberapa suap walaupun sy tgk nasi goreng yg k.aah buat begitu sedap. Sy jugak mintak air sejuk sebab itu sahajalah yg boleh membuka selera sy. Sy hanya terperap di bilik.
Menjelang senja, rasa yang sama berulang lg. Badan sy rasa teramat sejuk, sy pakai sweater, tudung, stokin, tetap juga sejuk. Tetapi selepas maghrib dlm jam 7.45 keadaan kembali normal. Begitulah keadaannya 2 3 hari sy rasakan. Sepanjang mlm sy rasa tidak selesa. Tido dengan keadaan asyik terjaga. Dengan keadaan badan yg panas, ntah brapa puluh kali sy menuam dahi, perut dan kaki krn rasa x selesa. Betul k.aah kata, keadaan sy mcm ‘gombal’. Nak pggl k.aah pun sy tak larat, apatah lagi nak bgn.

8 Ogos 2012 (rabu)
Pagi tu keadaan agak ok sedikit. Haritu k.aah terus hantar sy ke jb (seingat sy dalam tengahari @ lepas zohor baru gerak) sebab pg tu dia siapkan kuih-k.aah mohon betulkan kalu ingat. Mmg tempahan kuih drp rakan2 pun sy x sempat penuhi sbb k.aah dah sibuk menguruskan sy dan keadaan sy yang tak terurus, nak jumpa org lain pun x sempat. Sampai jb dalam waktu petang. Malam tu sy dihantar oleh abg alim, k.nor ke nuuru syifa (tempat yg biasa sy buat rawatan). K.nor bgtau alhamdulillah, mgkn rezeki sy dpt buat rawatan mlm tu. Kalau diikutkan imam shah tak buat rawatan dlm bulan ramadhan kecuali kes2 kecemasan. Sampai di sana, keluar dr kereta, sy trus dapatkan kerusi utk duduk, sementara menunggu utk masuk ke bilik rawatan, sy berasa sgt tak tahan sehingga sy terpaksa duduk menyandar di dinding berdekatan kaunter. Sebaik sahaja imam shah panggil untuk memulakan rawatan, soalan yang ditanya, “Kenapa lambat sangat datang, teruk sangat dah ni”. Allahuakbar. Sy tak mampu utk menjawab. Kalau diikutkan hati mmg drp minggu lepas lg sy nak berubat. Allah..sesi rawatan itu, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Bila kuku ni ditekan, peritnya umpama kene sepit dengan playar. Benar, Kekuasaan Allah tak boleh ditandingi oleh sesiapa. Makhluk2 tu lemah dengan kalimah suci. Selesai rawatan, badan sy rasa sgt lemah. Lemah kerana menahan kesakitan sewaktu berubat. Imam Shah bgtau, “Kalau lambat sikit datang ni boleh tumbang orangnya”.
Seperti biasa sy perlu mandi air limau 4 hari berturut2 sebagai prosedur rawatan. Abang alim turut mengijazahkan kepada sy Hizb Bahri untuk diamalkan sebagai pendinding diri.

Kesakitan itu berlarutan sehingga 2 minggu lebih rasanya sehingga saya benar2 pulih, sisa sisa kepala yang masih 'tak centre' masih saya rasai ketika hari raya aidilfitri. pakcik sy yang boleh mengubatkan mengajukan soalan bertalu2 sehingga sy malu. Biarlah berjuta soalan yg ditanya, cukuplah ujian itu sekadar seepisod dr penghidupan sy dan sy tak mahu ianya terjadi lagi. Sy tidak boleh bergerak ke mana-mana keseorangan kini, sy tak kuat. Jiwa sy lemah. 

Kehidupan saya selepas itu berubah. Banyak hikmah yang saya perolehi. Saya sangat-sangat diuji dengan kesabaran. Tiap apa yang kita tuturkan pasti Allah akan tuntut. Dalam keadaan sy sakit itu, sy hilang selera makan menjadikan berat badan sy hilang hampir 6 kg, sy tak terdaya untuk berdiri, kepala sy sangat pening dan hanya mampu terbaring. Sewaktu tido ntah brapa puluh kali saya batuk2 kadang kala sampai muntah. Terharu melihat k.aah yg byk bantu dan jaga sy.
Selama ini saya banyak berbicara mengenai sabar dan hikmah. Dan ternyata Allah menguji dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Jiwa seorang daie juga tidak seharusnya kosong sentiasa perlu diisi dengan zikrullah. Dan satu perkara yang amat diterapkan oleh adik sy, azye kita sangat2 perlu sentiasa mengingati Allah, kalau boleh jangan putus mengingati Allah kerana pada badan kita sudah ada jalan bg ‘mereka’ yang boleh masuk bila2 masa seandainya hati lalai.
Allahurabbi, kesakitan ini juga menyedarkan sy bahawa ramai insan disekeliling sy yang amat mengambil berat dan sayang akan diri sy. Perhatian yg diberikan amat meruntun hati ini. Dalam kondisi sy yang lemah, kadang kala, nak berjalan ke bilik air sy rasa mcm x mampu dan takut2 kalau pitam lagi. Sy juga terpaksa solat dlm keadaan duduk krn x mampu utk berdiri lama. Tp semua ujian ini tidak lain dan tidak bukan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada saya. Saya terima sbg kifarah dosa. Mgkn, terdapat byk kekhilafan dan dosa yang selama ini ingin Allah padamkan sebelum sy benar2 ‘kembali’ pd Allah.
Saya sgt terharu pd perhatian yg diberikan terutama family sy, rakan2 serta pensyarah yg sentiasa beri kata semangat dan doa agar sy cepat sembuh seperti sediakala. Perubahan yg drastik pd diri sy amat ketara. Sy susut sehinggakan saudara mara menyedari akan perubahan pd diri sy pada hari raya. Apa yg boleh sy katakan kini, alhamdulillah, kesakitan itu mengajar byk perkara kpd sy juga agar sy lebih tabah utk mengharungi kesusahan yg lebih pd kehidupan akan dtg. Seorg adik beri kata motivasi kepada saya, “Akak diuji mungkin kerana Allah nak beri sesuatu yang lebih baik”. Dan benar, saya seperti sudah menyedari akan ‘hadiah’ yang Allah nak berikan itu. Cumanya, samada benar atau tidak, itu saya belum pasti. Segalanya dalam pengetahuan Allah.

Wallahualam, mana yang baik harap pembaca semua ambil dan yg tak tidak baik semoga dapat dijadikan sempadan.

Alfaqirah Ilallah,
Anamuslehlife2012.
Perjuangan Ramadhan 1433H.

Kini, saya sudah boleh kembali tersenyum J

No comments: