Wednesday, October 10, 2012

Jiran di Tempat Praktikum

Meninjau beberapa minggu ke belakang,
Ada kala manis,
Ada juga pahit yang dirasai,
Bagi saya yang manis itu perlu diingati,
Yang pahit jadikan sempadan agar tidak mengulangi,

Sesekali saya teringat kepada Adif,
Anak kepada guru di sekolah tempat saya berpraktikum,
Adif baru berumur 6 tahun,
Kehadirannya adakala memberi senyuman kepada saya,
Tatkala saya ditimbuni dengan pelbagai tugasan
Usai sesi persekolahan, dia akan hadir ke sekolah
Setia menunggu mamanya sehingga habis waktu mengajar,
Bermain dengan rakannya, Met yang juga anak guru di sekolah tersebut,
Menonton upin ipin,
Bermain permainan angry bird.

Menurut ibunya dia seorang yang peramah dan mudah masuk dengan sesiapa sahaja,
Benar, dia amat selesa berbual dengan saya dan pasangan praktikum meskipun baru kenal
Ketiadaannya pula sedikit sebanyak menjadikan suasana sedikit sunyi,
Dia baru sahaja menjadi 'abang' beberapa bulan yang lalu,
Doa saya agar Adif menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.


No comments: