Sunday, October 28, 2012

[Repost] #1 Perjuangan Ramadan 1433H

Perjuangan Ramadan 1433H
Sebaik-baik peringatan adalah mati. Dan sakit itu antaranya boleh membawa kematian jika tiada penawarnya. Hikmahnya Sakit. Syukurilah waktu sihat anda, kerana Allah sahajalah yang berhak ke atas diri kita. Dia yang berkuasa memberi kita sihat mahupun sakit. Dan jika kita lalai, kita jauh dariNya, dia memanggil lagi kita dengan memberikan ujian agar kita kembali rapat padaNya. Itulah yang dikatakan hikmah tiap ketentuan. Tanda sayangNya.

29 Julai 2012 (Ahad)
Berada di seremban, malam tu dlm pukul 10 lebih ke kedai depan IPRM (prime house) beli air dengan beberapa org shbt naik keretanya. Tak bawak WGH, waktu tu bateri kereta kong. Lepas beli air, sy bergerak ke kereta dahulu tanpa menunggu shbt2 lain, waktu tu mereka semua masih membeli brg. Belum tiba di kereta, sampai depan kedai fotostat LB sy jatuh terjelepuk sewaktu menuruni kaki lima (jatuh yang begitu simple tapi lutut agak luka sehingga seluar terkoyak sedikit, rasa sakit amat smpi sy terpaksa tggu beberapa saat utk bgn sendiri), sy tertunggu shbt2 kalu mrk hampir smpi di tempat sy terjatuh. Mereka memapah saya utk berdiri. Saya jln terjengket2 menahan kesakitan, tiba2 terfikir, mcm x logik cara jatuh td. Tp xpelah, benda dah berlaku. Sampai di bilik, saya dah xlarat, basuh kaki kemudian terus tido (esok perlu bgn awal utk ke sekolah).

30 Julai 2012 (Isnin)
Bangun pagi dah rasa lain macam, badan rasa xsedap mcm org demam, nak mandi pun rasa sejuk je..gagahkan diri jugak, sy kene pegi sekolah. Bgtau hani (pasangan praktikum) rasa mcm x sedap bdn, pegi sekolah pun kene tahankan kaki yang luka tu. Sy tutup dgn tisu supaya luka tak bergesel dgn kain. Sampai di sek, pegi pejabat tandatgn kehadiran, pegi ke bilik guru, duduk saja, pukul 7.30 turun ke perhimpunan. Saya rasa tak aktif haritu dengan rasa badan yang panas. Habis je perhimpunan saya naik semula ke bilik guru. Bayangkan dari jam 8.00 pagi sampai pukul 2.00 petang saya hanya mampu duduk di tempat saya dan tido! Kebetulan hari Isnin saya xda kelas. Sangat tak larat, rasa kaki lenguh, badan sengal. Rasa useless, assignment pun tak tersentuh. Sepatutnya saya boleh gunakan waktu tu utk wat RPH hari selasa. Kadang2 terjaga dr tido, nampak hani tengah buat assignment. Dalam hati, Ya Allah, apa yang aku mampu lakukan, diri aku sgt lemah.
Balik sekolah.
Malam tu, shikin (clasmate) dtg bilik pulangkan buku kalu x silap. Saya hanya mampu terbaring di atas katil. Suruh dia letak je atas meja. Badan saya rasa sejuk sangat, sy bgtau semalam terjatuh, berdarah beku, luka tu ada kesan tergores. Shikin bagi minyak gamat. Adel (clasmate jgk) pun dtg bilik, dia tau je sy demam, dia kata kene tuam bagi turun skit suhu badan, dia bg tuala untuk saya tuam. Saya hanya bangun untuk solat, bimbangkan RPH saya yang tak tersentuh, assignment yang tak tertengok. Saya fikir nak pegi klinik esoknya.

31 Julai 2012 (Selasa)
Pagi tu ckp dgn hani nak pegi klinik. Dia offer utk hantarkan. Jumpa Pn. Su (GPK 1), nyatakan hasrat, dgn badan yang x sihat. Saya ingat nak pegi lepas kelas hani, dlm 8 lebih. Tapi Pn beri kebenaran pegi pkul 11, kemudian dia benarkan untuk terus balik sbb nak pegi klinik kemudian balik sekolah semula mkn masa. Sampai IPRM dlm lepas zohor juga sbb kat klinik ramai org. Hari kedua ni suhu badan dah kurg skit dr smlmnya, alhamdulillah. Mula mcm xlarat nak mengajar, tp sy gagahkan diri juga untuk mengajar, kasihan pd anak murid kalu mis satu kelas pun. Maaf anak2 muridku, preparation cikgu xseberapa. Kesian kamu, yang pasti ada sesuatu yang kamu perolehi drp p&p itu.

1 Ogos 2012 (Rabu)
Demam dah berkurangan tapi suara dah mula serak. Setiap hari sy akan ambil habbatussauda utk kesihatan diri. Mungkin itu turut membantu. Harini tiada kelas juga. Pensyarah pembimbing sains bgtau esok dia nak dtg utk observe.
Mlm tu sy xtido, neves, kalu bleh nak buat yang terbaik utk prak kali ni. Buat preparation. Air kosong sentiasa di sisi. Disebabkan saya berdegil xnak makan ubatan klinik, saya hanya bergantung pada safety treatment. Call mak, minta restu + mohon doakan esok dpt buat dgn baik, pesan call kejut andaikata tertido. Tak bgtau mak sy demam, xnak dia risau lagipun rasa dah nak sembuh.

2 Ogos 2012 (khamis)
Fikir idea dan BBM sampai xtdo, tak sempat mkn utk sahur, Cuma minum air kosong. Mak call, sy angkat tel, bgtau mak, “Eton tak tido mak, mohon sekali lagi doakan pengajaran & penyeliaan berjalan lancar.”
Khamis ada 2 kelas, 7.40 dan 12.30. Kedua2nya 1 jam. Di kelas yang pertama (5 Daisy), saya pitam. Waktu tu dah step yang keempat. Tengah terangkan pada murid, saya mcm terstuck, rasa lain macam, kepala berpusing, minta kebenaran pada murid utk ke bilik persediaan sebentar. Bilik tu cuma bersebelahan dgn makmal. Sampai di bilik, rasa terus duduk di kerusi dan kepala saya terus terlentuk di atas meja, pandangan saya gelap, saya tiba2 teringat, tadi tak sahur dan tak tido. Saya terfikir murid-murid yang tengah saya biarkan, dengan bisingnya, risau perkara yang tak sepatutnya terjadi. Saya gagahkan diri untuk teruskan p&p, x mampu, saya pergi kepada seorg murid untuk beri arahan seterusnya. Selepas beri arahan, saya masih rasa pening, pandangan gelap, saya berjalan semula ke bilik persediaan utk rehat sementara murid-murid siapkan tugasan yang saya beri. Baru sampai di pintu bilik, saya pegang dinding, pandangan semakin gelap, tau2 sy dah terduduk, tiba2 sy terdengar suara “cikgu kenapa?cikgu tak sihat ke?” Saya baru tersedar saya dah pitam, saya pesan pd mereka, “Pegi ke bilik guru, bgtau cikgu suraya, cikgu pengsan (tersilap ckp).” Hani dtg, buka kipas di bilik persediaan, saya bersandar di dinding, rehat sekejap, tak lama kemudian, saya tersedar semula, rasa badan berpeluh2. Tengahari tu saya diobserve, ceritakan pada pensyarah sedikit ttg kesihatan saya, dan kisah saya terjatuh ahad mlm isnin tu. Dia tanya saya, kemudian dia kaitkan mungkin ada bersangkutan dgn makhluk yang kita x nampak. Saya bgtau, “saya ada terfikir juga perkara tu en,...hurm.” terfikir nak berubat di nuuru syifa, tapi masa yang membatasi. Mmg prak ni membataskan pergerakan sy. Benar kata beberapa org guru, “nak jadi cikgu ni mmg ssh, dah jadi cikgu mudah.” ...Mmm..
Dalam hari yang sama, pensyarah pembimbing PJ bgtau juga nak dtg keesokan harinya nak observe kami mengajar.

3 Ogos 2012 (jumaat)
Penat, tapi nak buat mcm mana, realiti cikgu praktikum. Mata panda, tak tido malam dah jadi perkara biasa. Saya, insan biasa, lemah, saya rasa x larat. Mlm tu ingat nak stay up lagi preparation utk esoknya, tapi saya tertido. Menyesal! Pagi tu juga saya pulun sebelum sahur untuk siapkan RPH hari jumaat. Saya sangat2 menyesal, Ya Allah, observe kot. Di kelas PJ, sekali lagi diuji dengan anak murid yang merajuk dgn saya sbb dia nak main bola sepak, x mahu blaja kemahiran hoki. Saya dah beritahu bhw pensyarah akan dtg. Ada sorg murid lain beritahu, “Dia sakit hati cikgu,”. Saya pelik dgn jawapannya. Selepas bercakap dgnnya barulah sy faham. Ianya amat menguji kesabaran saya. Saya pasrah, mujur pensyarah memahami, pensyarah beri cadangan bagaimana utk tangani isu sebegitu. Jadikan dia contoh atau ketua bagi aktiviti yang kita lakukan. Kemudian pujian. Murid-murid amat suka pada pujian.
Keadaan dah ok sket, tapi kadang2 pening kepala tetap ada. Suara semakin serak + seksi. Saya banyak berdiam dan memerhati. Takut tiba2 ‘tumbang’ lagi. Dah mampu utk keluar IPRM utk urusan2 seperti beli barang dan sebagainya.

4 Ogos 2012 (sabtu)
Pagi tu saya rasa seperti smlm, masih memerlukan rehat. Hanya terbaring di atas katil. Ptg lepas zohor, k.saa (junior Pia) pinjam kereta. Tiba-tiba ptg selepas asar saya rasa keadaan seperti isnin mlm selasa terjadi lagi. Badan terlalu sejuk. Tudung saya pakai, sweater, stokin walaupun dalam keadaan terbaring di bilik, pun masih sejuk. Sy msj Azye (adik junior yang selalu sy berkongsi kisah ttg nuuru syifa), dia sarankan perkara yang saya dah buat tu. Hari2 selepas sy sakit, azye bgtau waktu sy msj dia ttg badan sy sejuk teramat ni, dgn tiba2 dia rasa benda yang sama. Kak Aezza (roomate) xda, lepas zohor tu dia balik rumah. Saya keseorangan di bilik. Tempah makanan dgn k.saa. Tak lama tu dilah (JPP yang prihatin) dan k.saa dtg bilik. Saya bgtau xlarat sgt, mrk paksa sy ke klinik lagi sbb suhu badan sy panas sgt. Saya xnak menyusahkan mrk, pada saya doc xbleh buat apa, hanya bg ubat, lagi pun malam nak terawikh lagi, last2 hati saya merelakan utk pegi. Kami gerak lepas maghrib. Mulanya ingat nk pegi klinik Dr. Othman (depan IPRM), tp tutup, sy cdg pegi klinik 1 Malaysia, dia kata dah lama sgt 6 hari tu, kat sana hanya provide ubat, nurse tu sarankan pegi trus klinik kesihatan kat sana bleh check darah, kot ada demam denggi ke. Kami pun pegi klinik kesihatan. Ramai org, ingat suhu badan sy yang dah amat panas ni bleh la masuk ke ruangan emergency, rupa2nya ruangan biasa. Saya tak sedap duduk, berdiri pula rasa nak pitam. Disebabkan ramai org, sy xjumpa tmpt duduk. Saya menyandar di dinding. Tak lama kemudian, MA panggil, dia check suhu, 39.5 degree celcius. Sy bgtau sy x mkn antibiotik lg sblm ni. Antibiotik yang doc bg waktu pertama kali sy pegi klinik selasa tu pun sy x mkn. Saya hanya mkn habbatussauda. Last2, dia bwa sy ke satu bilik, dia beri sy ubat demam dan suruh mkn – kecewa + terpaksa, badanku dimasuki toksid =’( Kemudian sy tggu di ruangan biasa. Tunggu punya tunggu, akhirnya, 10 lebih baru masuk bilik rawatan, ambil darah, xda mslh. Nurse pesan minum air byk2 kalu bleh satu hari satu botol besar tu.
Terfikir saya tak makan apa lagi, tadi xlarat, mihun sup yang pesan pd k.saa n dilah td takut dah tak elok utk dimakan sebab dah lewat malam. nak pegi kedai mkn mesti kedai dah tutup. Kami pun beli apa2 yang patut di koperasi klinik tu. Balik, mkn ubat (terpaksa jugak utk sembuh) dan tido.

5 Ogos 2012 (ahad)
Esok paginya saya tak ingt sgt apa yang berlaku. Yang pasti sy hanya terbaring di katil spt hari yang sebelumnya. Mlm tu emak call, dlm keadaan yang sgt teruk tu, sy terpaksa juga beritahu perkara yang berlaku. Mak ckp, “tu la, masa ko tel haritu (rabu mlm kamis), mak nak tel lagi tak tertelefon (sy tau mak sibuk buat kerepek, ramai org yang order), sy beritahu segalanya, nak tak nak mak pasti akan tau, sebab suara yang serak.” Saya tak lalu makan, mknn yang sy gemari jadi kurg berselera, waktu berbuka pun, sy ambik masa tuk habiskan mknn. Seingat sy, waktu tu pesan dgn k.eza ayam percik, saya hanya makan beberapa gigit saja, tak boleh nak masuk. Saya hanya mampu buka berselera dgn air sejuk.
Mak sebak dgr sy cerita keadaan sy. Waktu tu badan sy teramat susut, berjalan pun terhuyung hayang, kepala berdenyut2. Kemudian mak call semula, katanya esok dia dtg bawak lek esah (makcik tukang urut kat kmpg) utk urutkan saya dengan amri jadi tukang driver (anak sedara, kebetulan dia tgh cuti). Kebetulan juga a.aris kene ke KL esok, ada keje, jd mrk gerak saing dan a.aris dtg skali tunjuk jalan pd amri. Saya mesej k.nor (kakak yang perkenalkan nuuru syifa) minta ayat penawar bagi demam panas. Belum berbalas, dah tidur agaknya.

6 Ogos 2012 (Isnin)
Pagi ni sy cdg nak ke klinik lagi, kalu ke sek pun sy xlarat nak buat apa2, bergerak ssh, berdiri rasa nak terjatuh, mengajar suara xda, dgr bunyi2 bising amat menyakitkan hati. Saya ambil keputusan ke klinik sama waktu mcm nak pegi sek, mak dan a.aris sampai dlm tghari. K.eza offer nak hantar, katanya klasnya start 8.45, tp sy yakin akan lama sbb ianya klinik kesihatan,ramai org. Saya pegi sendiri. Hampir pukul 7 juga keluar. Dalam kelemahan terasa tu, alhamdulillah bleh drive dgn selamat smpi di klinik. Lama di klinik, doc suruh ambil darah lagi dan buat urin test. Seperti keputusan lalu, xda apa2 mslh cuma ada kuman sket dlm darah. Dalam fikiran, mgkn btl apa yang encik ckp haritu, ada kaitan dgn benda2 yang kita xnampak ni. Terlalu lama saya dmm xsembuh lagi. Xmgkn sy jatuh yang biasa2 tu bleh sebabkan demam. Saya bersangka juga mgkn sbb berus gigi yang sy gunakan haritu, ianya dah terbuka lama sbb selepas buka dulu sy baru pakai 2 3 kali, mgkn ada kuman melekat padanya, sebab tekak sy rasa perit sehari sblm demam. Saya masih tinggalkan persoalan itu di benak fikiran sy. Saya balik IPRM, sampai bilik dlm pukul 10 kalu x silap..saya tido, tak lama dlm 12 lebih mak, bapak, lek esah, amri, a.aris, k.uji dan kawan a.aris dtg. K.nor beri ayat penawar ...
“ayat 69 surah anbiya’, baca 7X...baca pd air utk diminum @ basahkan kepala. Yakin, sembuh @ x sembuh sume keje Allah..mcm kata imam syah. Allah turunkan setiap kejadian pasti ada hikmahNya.”
Yup terlalu byk hikmah yang dpt direnungi.
K.uji yg mudah keluarkan air mata tu dah merah2 mata sebaik sja tgk saya, dia kasihan tgk badan sy yang sgt susut. Kami ke bais, lek esah urutkan saya di bilik helwani, dia kata tegang urat saya, mgkn sebab lama sgt dah demam. Waktu saya diurut, k.uji beri sy air penawar yang diminta drp k.minah (org yang dah biasa rawat org sakit) utk buatkan. K.uji bgtau juga, “K.minah ada bgtau eton 'tertegur' waktu jatuh haritu, kira eton bukan demam biasa ni, lambat sket nak sembuh.” Hmm..aku redha, betul sangkaanku. Sy cdg untuk pegi buat rawatan Islam terus, tapi MASA..a.aris bgtau bleh ambik cuti nnt dia uruskan. Tapi terfikir dia nak ke KL, sempat ke dia nak uruskan? Mak ada tanya jugak, kalu balik kampung senang sket mak tgk2kan..dah terlalu teruk keadaan sy (kak aah kata mcm gombal). Sy memikirkan tgh praktikum, byk prosedurnya..dan sy tak terfikir pun utk inform unit praktikum mahupun mentor krn menyangka ia adalah demam biasa dan akan sembuh spt sediakala dlm beberapa hari lagi. Keputusan – sy stay lagi IPRM. Lepas zohor mereka gerak balik. A.aris ke KL. Melihat kepulangan mak, bapak, Lek Esah n amri saya sayu, sebak dan terharu. Hati nak ikut balik tapi terikat dgn praktikum. Ia bakal menjejaskan markah. Matlamat sy skrg nak berubat dgn rawatan Islam, selagi benda tu ada dlm badan, selagi tulah sy mcm ni, melepek tak bermaya, dan tak pasti bila sy akan sembuh dan bleh ke sekolah lagi untuk mengajar. Setiap ketika badan terasa amat lemah, nak ke bilik air pun ssh, apatah lagi nak buat rutin harian biasa, berdiri lama pun xbleh, apa lagi yang bleh sy lakukan, bilik pun dah tak terurus, atas meja penuh dgn botol2 air, ubat dan sbgnya, tak tersusun, sy rimas, tapi x mampu. Ya Allah, andai ini adalah peluang2 terakhir hidupku, aku mohon ampunilah dosa2ku yang telah lalu. Andai sakit ini adalah ruang penghapusan dosaku, aku redha. Aku byk kelemahan, ampuni dosaku Ya Allah. Byk sgt amanahku yang tak terlaksana,mgkn inilah kifarahnya.
+bersambung+

1 comment: