- Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
- Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
- Orang yang berada di saf hadapan solat berjemaah
- Orang yang menyambung saf dalam solat berjemaah dan tidak membiarkannya
- Kalangan malaikat akan mengucapkan 'amin' ketika imam selesai membaca surah Al-Fatihah
- Orang yang duduk di tempat duduknya selepas dia melakukan solat
- Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
- Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
- Orang yang membelanjakan harta di jalan Allah (infak)
- Orang yang makan sahur
- Orang yang menjenguk orang sakit
Monday, February 21, 2011
Intipati Usrah Hawa
Kenapa "BERJALAN MENCARI JAWAPAN"?

Thursday, January 13, 2011
8 anugerah dan kelebihannya
Umar r.a telah berkata :
- Siapa yang meninggalkan cakap berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
- Siapa yang meninggalkan pandangan berlebihan, dianugerahi baginya kekhusyukan hati.
- Siapa yang meninggalkan makan berlebihan dianugerahi baginya kelazatan beribadah.
- Siapa yang meninggalkan ketawa berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (di dalam dirinya.)
- Siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keinsafan (budi bahasanya).
- Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya rasa cinta kepada akhirat.
- Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari aib orang lain, dianugerahi kepadanya keselamatan memperbaiki aib dirinya sendiri.
- Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidik kepada Allah SWT, dianugerah kepadanya keselamatan dari iktikad orang munafik.
Tuesday, December 28, 2010
Matangkah kita?
- Menghabiskan nilai kad telefon prabayar untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.
- Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.
- Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.
- Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun.
- Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
- Susah hati jika tidak menerima surat, emel atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada ibu bapa anda di kampung.
- Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
- Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.
MasyaAllah, mari kita sama-sama koreksi diri, perbetul mana yang tak kene dengan diri..agar ketemu hakikat kebenaran kehidupan ini.
Tuesday, December 21, 2010
Hukum mendengar suara wanita

Thursday, December 16, 2010
Rahsia Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
sumber : www.iluvislam.com
Friday, December 3, 2010
Tahniah RapidKL perkenal bas wanita
- Menyahut seruan "La taqrabuzzina" dengan menutup mukaddimah-mukaddimah zina yang mana menggalakkan percampuran lelaki dan wanita.
- Keselamatan wanita semakin terjamin walaupun berada di tempat awam.
- Menghalang pasangan bercinta yang 'haram' untuk menaiki bas yang sama.
- Menghindarkan gangguan seksual di kalangan penumpang bas wanita.
