Monday, July 15, 2013

Saat Hati Disentuh Tarbiah : Prolog

Bismillahitawakkaltu’alallah..Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Diberi secangkir Iman untuk diuji ketaqwaan hambaNya yang benar-benar cinta kepadaNya, diberi sekeping hati yang berkarat dengan nafsu dunia serta penuh dosa dan noda, diberi seorang sahabat untuk membimbing ke jalan yang diredhaiNya. Semoga ukhwah yang terjalin ini berpanjangan dengan rahmat daripadaNya. Syukran aidhon dan mohon keampunan, jaga diri hiasi peribadi. –akhwat akhirat-
Aisyah tersentap membaca SMS dari Kak Muzdalifah, Ya Allah...Kau menghantar mesej tepat pada masanya, saat hati ini berbolak balik, kau peganglah erat hatiku agar sentiasa dekat, kau amarilah aku dengan ayat-ayat cintaMu, agar diri ini dapat kembali kepadaMu dengan tenang, pengakhirannya beroleh keredhaanMu.
***************************************************************************************************************************
Pagi itu, di Kediaman Acasia, Aisyah melihat jari-jemari teman sebiliknya ligat menaip di papan kekunci mengorak langkah dalam jalan dakwah ini, menyiapkan kertas kerja yang bakal diserahkan kepada Ustazah pilihan Rafidah. Dalam nada lirih, Aisyah bisa mendengar temannya bermonolog, “Aku melakukan yang terbaik, dengan keyakinan kepadaMu, aku serahkan segalanya kepadaMu Allahu Rabbi, moga kertas kerja program ini lulus, mudah untuk mendapatkan dana, dan akhirnya program ini dapat berlangsung.” Bagi Auni, biarlah ramai hati-hati yang kan tersentuh dengan program-program Islami sebegini. Kerana dirinya sebelum ini begitu juga, hati ditarbiyah pada masa yang tidak dijangka-jangka, saat membawa hati yang lara, ke bumi yang jauh dari perkampungan halaman, tepat pada masanya, saat hati Auni mencari cinta Hakiki, di situ dia menemuinya. Pengajiannya di KUSZA setahun yang lalu, membawa dia kepada penghidupan baru, penghidupan yang lalu jauh ditinggalkannya, takkan sekali melangkah kembali, biarlah segala yang sudah berlalu kan menjadi pengajaran buat dirinya pada hari mendatang. Dia pasti, jalan itu Allah aturkan pasti punya hikmah yang masih tersembunyi. “Ya Allah, campakkanlah segala kenangan itu sejauh-jauhnya!” Tetapi, disebabkan beberapa kekangan, Auni mengambil keputusan menyambung pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Dakwah dan Pengurusan Islam walaupun dia meninggalkan KUSZA dengan perasaan yang berbelah bahagi.
Aisyah menuju ke dapur yang terletak di penjuru rumah mereka. Berempatnya mereka iaitu Aisyah, Auni, Qasidah dan Shamilah cukup membuatkan mereka akrab sehinggakan jika terdapat diantara mereka yang tidak bersama dirasakan amat janggal dalam kalangan rakan sekampus. Meskipun berlainan jadual kuliah dan tutorial, mereka tetap mencari waktu bersama untuk solat berjemaah, makan berjemaah dan keluar bersiar-siar. Di kalangan rakan sekampus USIM, mereka terkenal dengan gelaran ‘Muslimah Jundullah’. Meskipun personaliti mereka sentiasa istiqamah mengenakan jubah dan tudung labuh, masyarakat kampus USIM tetap menyenangi kehadiran mereka daripada pelbagai peringkat, daripada para pensyarah, staf pentadbiran sehinggalah pengawal keselamatan. Mereka sentiasa bermanis muka meskipun beban pengajian dan tuntutan dakwah mengelilingi kehidupan mereka. Taklifan yang telah diamanahkan kepada mereka sentiasa mereka jaga dengan sebaik mungkin.
“Aisyah, milah dan Idah mana ye?”
“Erm...tadi mereka kata nak pergi Kolej Kediaman Siantan, nak jenguk adik junior yang kene demam campak...erm, lupa pula siapa nama adik tu”
“Siapa? Lily ke?”
“A’ah, lily..lily..budak FQS”
bersambung. . .

AnamuslehCOPYRIGHTreserved

No comments: