Wednesday, July 21, 2010

buat Pemuda dan Pemudi terutamanya

Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di Padang Mahsyar nanti, di mana pada hari itu tiada naungan selain naungan Allah SWT :

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada Allah.
  3. Pemuda yang hatinya terpaut kepada masjid.
  4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda (untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita, lalu dia berkata : "Sesungguhnya aku takut kepada Allah."
  6. Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
  7. Orang yang berzikir kepada Allah di tempat sunyi hingga mengalir air matanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, pemuda yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

No comments: