Wednesday, July 21, 2010

Untuk Yang Mendambakan Pengisian Rohani

Assalamualaikum buat para mengembara blog saya. Menghayati post sahabat saya yang merupakan kenalan di kmpp 3 tahun dahulu membuatkan mata hati ini terus tersentuh. Tarbiyah dan dakwah. Dua perkataan yang amat memberi kesan yang 'besar' dalam diri saya. Tarbiyah atau kata lain sebut sebagai didikan merupakan langkah pertama bagi seseorang individu untuk menjadi seorang muslim sejati. Melalui tarbiyahlah kita mengenali Allah, melalui tarbiyah juga kita kenal siapa diri kita. Apa matlamat dan halatuju hidup kita. Namun, jika tiada tarbiyah, tiada maknalah hidup ini. Hanya tahu belajar, cari kerja, berkahwin, dapat anak, dan akhirnya kembali ke alam barzakh. Sebaliknya, jika kita tahu matlamat hidup kita, tujuan kita diciptakan, ke mana kita akan pergi, dan hal-hal yang merangkumi seluruh aspek hidup kita, kita pasti temui jalan yang pasti untuk kita lalui. Iaitu ISLAM, which is the best way of LIFE.

Suka untuk saya memetik potongan ayat cinta daripada Allah mengenai kewajipan berdakwah dalam Surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud :

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh melakukan yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Jom hayati artikel yang telah saya edit daripada blog sahabat saya ==>>

Tarbiyah...

bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

bukan untuk orang yang cepat mengalah

bukan untuk orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain

bukan untuk orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk orang yang hanya tahu mengkritik dan menilai itu dan ini,
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information


Dakwah...

bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli persatuan itu dan ini

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat,
bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. 

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon lelaki
atau wanita sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja.

 
Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyah.

Tanpa orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. 

Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


"Amanah bukanlah sebagai kemegahan, tetapi tanggungjawab yang bakal dipersoalkan"

"Ya Allah, tetapkanlah kami dan HATI kami untuk tetap berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Semoga segala dugaan yang datang silih berganti hanya sebagai ujian buat kami agar lebih bersedia mendepani berjuta lagi mehnah dan tribulasi. Kami akur kerana jalan perjuangan bukanlah mudah. Rasulullah SAW lebih-lebih lagi dugaannya. Tapi dugaan yang Kau berikan untuk kami secebis cuma. Maka, tetapkanlah hati-hati kami untuk tetap dalam jalan mendakwah manusia agar lebih menyedari akan hakikat penghidupan ini. Kerana kami akur jalan ini perit kerana syurga itu manis. Amin amin Ya Rabbal 'Alamiin..."

Tegakkanlah ISLAM dalam diri kita, 

Jom ubah diri ke arah lebih baik

No comments: