Wednesday, July 21, 2010

Mengambil Hassan Al-Banna sebagai motivasi - meningkatkan momentum perjuangan

Di sini saya ingin berkongsi antara 10 wasiat Imam Hassan Al-Banna :
  1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarkanlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
  3. Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul kerana sesungguhnya itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanannya.
Imam juga ada menyebut, Hati dan Jiwa insan ditautkan dengan aqidah :

"Aku maksudkan dengan ukhwah ialah "Hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah." Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap sesama Islam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri)."

~Sama-samalah kita bermuhasabah diri supaya menjadi Muslim Sejati dan unggul acuan Allah SWT. InsyaAllah ~

No comments: