Sunday, July 25, 2010

Jongkang Jongket Study & Dakwah


Salam mahabbah fillah. Alhamdulillah...kali ini saya ingin berkongsi satu artikel yang mana amat berkait rapat dengan kehidupan remaja terutama yang bergelar pelajar. Semoga kita mengambil iktibar daripada kisah ini. Di akhir kisah ini, saya ini mengajak pembaca semua melakukan koreksi diri, di manakah situasi kita. Adakah sama seperti watak tersebut? Jika ya, semoga dapat melakukan perubahan yang lebih baik. InsyaAllah...
Astaghfirullah....Astaghfirullah....Astaghfirullahal 'Aziim...semoga kita dijauhkan daripada segala fitnah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tia, jomlah pergi usrah
Tia, jomlah berdakwah
Tia, ummah semakin koyak
Tia, jom bantu ummah~


Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal mengikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya.
Bukan ke islam tu syumul?

Kalau nak berjaya, kena study.
Waktu study, studylah..Esok kalau dah Berjaya..Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku.
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Tia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket.

Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah..Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah..Tu bukan dakwah namanya..Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan..Macam ni, bila dah berdakwah tu..Rasa senang je nak study..Bila belajar tentang jantung misalnya..Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah..ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa..kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah Rasa senang hati nak terima ilmu . Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu..
Jadinya, kau nak cakap yang selama ni aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah?
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh.
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,..
Terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar..
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi..Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah

Ada keraguan dalam hati…Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah..Siapa yang menolong agama Allah, nescaya..Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,..tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita..Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah
Tia dah faham..Tia kena banyak muhasabah
Tia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk..Tia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Tia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Tia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan. Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Tia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Tia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al-Banna. Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam jalan ini.
Tia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al-Banna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al-Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Tia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Tia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperoleh keputusan yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab :
Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Tia, aku teringat email yang pernah diterima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hatiku. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Aku menamakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.Subhanallah.
Pasti Tia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Tia, ayuh pertingkat diri demi Allah. 

No comments: