Thursday, March 10, 2011

Intipati Forum Remaja : Seronoknya Berkahwin...bercinta atau belajar?

Tarikh : 9 Mac 2011

Tempat : Balai Islam IPG KRM

Masa : 8.00-9.15 malam


Perkara jodoh seperti juga perkara rezeki, orang beriman percaya bahawa usaha adalah asbab kepada sesuatu takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Namun, mereka yang menyamakan usaha mereka itu dengan takdir adalah syirik.

Manakala, mereka yang menyatakan segala yang diperolehinya adalah atas usahanya semata adalah kafir.


Menjadi isu setiap manusia inginkan pasangan yang sempurna, tetapi harus dahulu melihat diri, reflek diri adakah kita berjaya menjadi seperti yang kita harapkan kepada pasangan?


Usah menekankan hujah "CINTA ITU SUATU FITRAH" walaupun keadaan belum bersedia untuk berumahtangga. Sebaliknya, jika seluruh penghidupan disandarkan pada syariat, tidak terjadi masalah percintaan yang melanggar batas-batas syariat seperti yang banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

1) Pemilihan jodoh, bersandarkan hadith Nabi SAW, lihatlah kepada agamanya.

2) Ikuti nasihat orang-orang yang baik dalam membuat keputusan samada perlu berkahwin atau tidak pada waktu tersebut ; ibu ayah, pensyarah dan lain-lain.

-USTAZ NOR AZMAN, MODERATOR IMTIYAZ.


Perkahwinan is just a beginning, bukan suatu pengakhiran kepada perhubungan percintaan. Ia adalah suatu tanggungjawab.

Untuk menjadi insan yang baik, bermula dari penghidupan seorang remaja itu. Al-quran dan As-sunnah menjadi sandaran baginya.

Belajar dan berkahwin, berkahwin dan belajar adalah dua perkara berbeza.

-DR. HASNAH ABDULLAH, KU PENYELIDIKAN & INOVASI IPG KRM.


::Mohon teguran atas sebarang kesilapan::

Tahniah adik-adik PAI PPISMP SEM 2 kerana menjayakan forum ini. (^_^)

Semoga semuanya dalam keberkatan Allah SWT.


4 comments:

AtiQ said...

salam.. ruginya x dpt join.. nnti share2 ye.. k.ton, tulis la intipati drp forum tu.. nk tau juga..

ZAITON MUHAIMIN said...

Wslm wbt atiq.
hee~ ada baiknya balik lewat..hee, jgn jealous..:P

Bukan xnak tulis intipati, tak bawak buku nota smlm, huu~ bajet minda mcm external hardisc leh ingt semua. Ni pun akak try keluarkan mana yang ingat, balik tu terus tulis note kat fb. Ni kira copy paste dari note fb tu je..huu~

Tapi naqia ada catat, semua kowt dia catat. try tgk blog dia.

http://alimujahidah.blogspot.com/2011/03/kahwin-err-refleksi-diri.html

Naqiah Nazari said...

Tambahan : Entri tu bersiri tau. So, kena rajin menggodek sikit. Hehehehe :)

ZAITON MUHAIMIN said...

ORait dik....(^_^)..

akan akak godek..hee~